Tan Sri Aariz meletakkan telefon pintar Tuah ke atas meja dengan kasar. Dia memejamkan matanya dan menggenggam tangannya untuk menenangkan dirinya. Rakaman CCTV yang ditunjukkan Tuah itu makin membuatkan dia serabut.
"Mana dia?" Tanya Tan Sri Aariz menahan amarah.
"Dekat dapur tengah buatkan air." Jawab Mikhail. Dia tahu yang dimaksudkan Tan Sri Aariz ialah Arsyakayla.
"And aku dapat maklumat juga yang Mr.Claus dah balik Itali selepas saja dia jumpa Kayla." Beritahu Tuah lagi.
Tan Sri Aariz bangun dari duduknya. Kami dibawa berjalan-jalan disekitar ruangan bilik. Cuba menenangkan dirinya yang tengah serabut dan resah itu.
Dia tak tahu kenapa anak perempuannya itu sangat berani berunding dengan orang. Tak ada rasa takut langsung. Dia tengok tadi oun rasa nak tercabut jantung mengenangkan kekejam Lavi's Family itu.
"Apa yang aku patut buat? Arsyakayla semakin sukar dikawal. Kau tengoklah kali ini sudah 3 kali dia cuba berunding dan rundingan kali ini aku tak tahu apa yang dia cuba buat? Sepatutnya esok kita kena berjumpa dengan Mr.Claus dan memberi jawapan untuk tawarannya itu. Tapi tengoklah sekarang. Dia pergi tanpa pamit." Bebel Tan Sri Aariz. Dia benar-benar tak tahu apa yang harus dibuat.
Sudahlah masalah dengan Mr.Claus belum selesai, anaknya pula nak tambah masalah. Dengan dia yang nak batal perjanjian AA Holding dengan Elite syndicate. Yang mana satu harus dia buat terlebih dahulu?
"Macam mana dengan Deniz? Apa respon dia tentang apa yang kita bincangkan hari itu?" Tanya Tuah pada Tan Sri Aariz.
Tan Sri Aariz hampir lupa tentang perkara itu. Dia memandang Tuah lalu kembali duduk ditempatnya semula.
Tuk! Tuk!
Pintu bilik diketuk dari luar, tombol pintu dipulas dan ditolaknya. Terlihat Ariana dengan senyuman yang lebar masuk ke dalam membawa dulang air.
"Eh Riri. Kenapa kamu yang hantar? Mana Arsya?" Tanya Tan Sri Aariz pelik.
"Erm... Arsya dia ada kerja dekat dapur. Ha... Itu ya Riri tolong hantarkan." Jawab Ariana sambil meletakkan cawan minuman ke atas meja.
Tuah memerhati gerak-geri Ariana. Dia rasa ada yang tak kena. Tapi dia tak boleh meneka apa. Tuah menyambut huluran cawan yang diberikan Ariana itu.
"Kalau tak ada apa-apa Riri minta izin balik ye." Ucap Ariana pamit pada Tan Sri Aariz dan yang lain.
"Yelah. Eh kamu datang sini naik dengan Tuah kan? Macam mana kamu nak balik?" Tanya Tan Sri Aariz prihatin itu.
"Ye tapi guna kereta Riri." Jawab Ariana lalu pandangannya beralih ke arah Tuah.
"Malam ni. Jangan lupa. No excuse. You dah janji." Ucap Ariana mengingatkan Tuah dengan nada serius. Tuah hanya tersenyum kecil lalu mengangguk kepalanya.
"Okeyla Riri balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Jawab mereka semua serentak.
Setelah memastikan Ariana keluar. Tuah kembali memandang ke arah Tan Sri Aariz. "Jadi apa respon dia?" Tanya Tuah sambil tangannya bermain-main dengan cawan minumannya itu.
"Dia mengamuk. Dia cakap aku cuba untuk khianat dia dan cuba untuk jatuhkan dia. Dia bagi amaran untuk aku tidak teruskan majlis itu" Jawab Tan Sri Aariz.
Halif dan Mikhail masing-masing kehairanan. Majlis apa yang dimaksudkan Tan Sri Aariz dan Tuah ini?
"Maaf menyampuk. Tapi ada apa-apa yang kmi berdua tak tahu ke?" Tanya Mikhail kebingungan.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...