Bab 64

41 2 0
                                    

Tuah tersenyum kecil melihat Arsyakayla yang sednag menikmati ais krim sambil menimati suasana malam hari di Duomo Di Milano iaitu merupakan Bandar Ikonik di Milan Itali. Banyak bangunan bangunan bersejarah yang ada disini. Belum lagi kalau mereka masuk Galleria Vittorio Emanuele ii. Dia rasa tak keluar-keluar Arsyakayla dari dalam itu kalau tengok beg-beg dan barang yang berjenama dan ekslusif di sana.

"Awak. Esok kita pergi Designer Outlet, Serravalle nak? Saya nak beli souviner." Ucap Arsykay mengajak Tuah.

Tuah berkerut dahi. " Kayla kita 1 hari pun belum dekat sinis kau dah nak beli souviner." Ucap Tuah yang agak kehairanan itu. Tak boleh ke beli cenderamata itu akhir terkahir mereka?

"Alah barang-barang dekat sini murah tak mahal. Alang-alang dekat Itali tak salahkan?" Jawab Arsyakayla yang tak mahu kalah itu. Dia membuatkan muka kasihannya pada Tuah dan berharap Tuah akan mengikuti kehendaknya.

"Galleria Vittorio Emanuele ii kau tak nak pergi?" Tanya Tuah menyindir Arsyakayla.

"Oh itu esok pagi kita pergi. Lepas dari sana kita pergi Designer Outlet." Cadang Arsyakayla lagi.

Tuah menepuk dahi. Ada saja rancangan Isterinya itu. Mana mungkin perempuan akan lepaskan peluang keemasan begini kan?

"Tak apa guna duit saya."

Tuah serta merta memandang tajam ke arah Arsyakayla. "Apa kau ingat aku tak ada duit nak beli untuk kau? Ambillah apa kau nak ambil aku bayarkan. Simpan saja duit kau itu. Aku masih mampu nak hidupkan kau." Ucap Tuah yang rasa tercabar itu. Dia takkan biarkan Arsyakayla berbelanja disini menggunakan duitnya sendiri.

Apa guna dia sebagai suami kalau isteri nak beli barang pun masih guna duit sendiri? Lebih baik tak payah kahwin kalau masih keluarkan duit sendiri.

Arsyakayla tersenyum kecil. Dia saja je cakap macam itu. Dia tahu Tuah takkan biarkan dia belanja duitnya sendiri.

"Tercabar ke cik abang?" Tanya Arsyakayla bergurau. Tuah memandang ke arah Arsyakayla lalu tersenyum sinis.

"Langsung tak tercabar ke Puan Arsyakayla. Puan belilah apa Puan nak beli memandangkan kad saya ada pada Puan tapi not for free lah." Ucap Tuah bangun lalu menundukkan dirinya separuh dekat dengan Arsyakayla.

"Oh. Tak ikhlas. Belanja tapi nak bayar juga." Sindir Arsyakayla lagi pada Tuah.

"Yes. Of course tak ada benda yang percuma di dunia ini." Jawab Tuah pula. Tuah kemudian merapatkan dirinya ke arah telingan Arsyakayla.

"Aku nak upah. Anak Made in Switzerland." Ucap Tuah lembut dan suara serak lalu mencium pipi isterinya. Sempat dia tersenyum sinis pada Arsyakayla yang terkaku itu sebelum    melangkah meninggalkan isterinya yang masih termagu dan terkaku itu.

Arsyakayla memegang pipinya. Dia yakin pipinya sekarang memerah. Tiba-tiba dia rasa malu. Tuah memang tahy kelemahannya.

"Atuk. Arsya minta maaf. Arsya dah langgar syarat atuk." Ucap Arsyakayla sambil tersenyum kecil lalu bangun dan mengejar Tuah yang sudah agak jauh itu.

Manakala Akmal dan yang lain terduduk letih dilantai. Mereka semua kepenatan mengekori Tuah dan Arsyakayla yang tidak habis-habis lagi berjalan. Sekarang dah lewat malam tadi mereka berdua masih lagi berjalan. Habis satu bandar Milan dipusingnya agaknya.

"Arghh sudah itu nak gi mana pula itu." Ucap Kai iaitu salah seorang daripada orang bawahan Ayahanda Andika. Mereka semua menghela nafas berat apabila melihat Tuah dan Arsyakayla tiba-tiba bangun dari tempat yang mereka duduk tadi.

"Aku dah penat." Luah Amir pada semua. Dia menyandarkan kepalanya dibahu Iman yang juga  salah orang daripada orang bawahan Ayahanda Andika.

"Aduh kau ini. Orang lain penat juga tapi tak adalah hilang semangat macam kau." Ucap Iman sambil menggelengkan kepalanya. Amir mengabaikan apa yang Iman ucapkan. Dia hanya perlukan tempat untuk berehat.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now