Bab 56

27 2 0
                                    

Tuah memandang dirinya dibalik cermian besar itu. Dia sudahpun lengkap berbaju melayu berwarna putih. Hari ini merupakan hari yang paling berat baginya. Hari dimana dia akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Juga merupakan hari yang paling bermakna kerana dia bakal disatukan dengan gadis pujaan hatinya.

Sesuatu yang tak pernah disangka berlaku secepat ini. Dia mahukan gadis itu tapi dia tak tahu bagaimana caranya. Tapi tanpa diduga takdir telah pun membuka ruang untuk mereka. Walaupun perkahwinan ini pada mulanya atas dasar ingin melindungi gadis itu tapi tidak baginya. Dia justeru bakal menikahi gadis itu kerana dia betul-betul ingin menjadi suami kepada gadis itu.

Tapi...

Ada sesuatu yang membingungkannya.

Entah kenapa sejak hari mereka berbincang tentang perkahwinan ini Arsyakayla nampak lain. Dia banyak mendiamkan diri. Tidak banyak membantah. Dia juga tidak banyak untuk melawan sesiapa. Wajahnya suram. Tapi jika ditanya dia pantas menceriakan wajahnya walaupun Tuah tahu dia terpaksa.

Apa yang mengganggu fikiran gadis itu?

Tuk! Tuk!

"Masuk." Arah Tuah apabila mendengar pintu bilik itu diketuk.

Terlihat Akmal, Amir, dan Leo masuk ke dalam bilik lalu berjalan ke arahnya. Tuah lantas bangun dari duduknya apabila melihat Leo turut ada disitu.

Tuah memandang ke arah Leo yang juga memandang ke arah Tuah  Tuah kemudian memandang ke arah Akmal.

"Kenapa?"

"Leo nak cakap sesuatu dengan kau. Pesanan daripada Itali." Jawab Akmal Lalu memandang ke arah Leo.

"Hanz?"

Leo mengangukkan kepalanya tanda betul.

"Kenapa?"

"Tuan Hanz telefon aku malam tadi. Dia bagitahu aku Aaron datang jumpa Mr.Claus untuk minta bantuan. Tuan Hanz cakap mereka bincang untjk hapuskan Tan Sri Aariz, Inspektor Azlan dan juga kau." Beritahu Leo.

Tuan tersenyum sinis. Dia langsung tak gerun dengan apa yang dia dengar itu. Walaupun dia tahu Mr.Claus itu kuat orangnya tapi ini tempatnya bukan tempat Mr.Claus.

"Bagitahu Hanz aku tunggu kedatangan mereka." Ucap Tuah dengan nada sombong.

"Ada satu lagi. Benda ini penting dan serius. Aku rasa benda ini akan buat kau marah."Ucap Leo lagi. Tuah yang baru saja ingin mengambil telefon pintarnya itu teru terbantut apabila mendengar kata-kata Leo itu.

Apa yang Leo akan bagitahu ini bakal membuat Tuah marah?

Tuah terus memandang ke arah Leo dan berjalan mendengar Leo.

"Apa?"

"Tuan Hanz buat deal dengan Aaron. Pada awalnya, Tuan Hanz hanya ingin hapuskan bukti dan Tan Sri Aariz saja. Mr.Claus setuju sebab Mr.Claus tak nak banyak masalah timbul. But suddenly everything changed after Aaron join them. Aaron cakap mereka harus hapuskan Inspektor Azlan dan Tuah dulu sebab korang berdua yang akan menyebabkan mereka masuk dalam. Tapi Tuan Hanz dan Abang Long Jugah tak setuju sebab hanya kau saja dapat lindungi Arsyakayla, Ariana dan Mikhail. Jadi mereka buat deal dengan Aaron. Aaron boleh ambil Arsyakayla tapi jangan ganggu kau." Beritahu Leo.

Tuah terus mencengkam leher baju Leo lalu ditolaknya ke dinding. Dengan perasan marah dia merenung tajam ke arah Leo.

"Benda bodoh apa yang kau beritahu aku ini setan!" Marah Tuah menengking Leo. Leo sudah menggigil ketakutan dengan amarah yang dilontarkan Tuah itu.

"Tuah sabar. Dengar dulu sampai habis apa yang Leo nak cakap." Ucap Akmal cuba melepaskan cengkaman tangan Tuah pada baju Leo itu. Tuah menurut terua melepaskan leher baju Leo itu.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now