Serentak 2 buah kereta masuk ke kawasan tanah lapang itu dari 2 arah yang bertentangan. Kereta diberhentikan. Kemudian tiba kereta yang mengiri masing-masing berhenti dibelakang kereta mereka.
Tuah merenung ke arah kereta yang ada didepannya. Lampu tingi kerera dibuka maka terpancar sinar lampu itu menerangi kereta yang ada didepannya itu.
"Kayla?" Ucap Tuah kehairanan. Kenapa Bukan Mr.Claus?
Arsyakayla terpaksa keluar terlebih dahulu apabila lampu itu meneranginya sehingga mengganggu penglihatan matanya.
Tuah yang melihat Arsyakayla keluar dari kereta itu membuatkan dia turut keluarga sama.
Masing-masing berdiri ditempatnya masing-masing. Mata saling berpandangan. Terbit pelbagai rasa dalam hati dan persoalan dalam fikirannya.
"Kayla?"
"Elena ivy." Tegas Arsyakayla lalu menutup pintu kereta kuat menandakan dia sedang marah. Teringat akan video itu membuatkan Arsyakayla rasa sakit. Sakit yang amat jika bena Tuah yang bunuh Daddynya.
Tuah terkejut dengan apa yang Arsyakayla ucapkan. Nada suara gadis itu keras, raut wajahnya bengis namun pandangan mata Arsyakayla lain. Lauran Arsyakayla jelas berbeza namun tidak pada renungan mata itu.
"Kenapa kau yang datang? Mana Mr.Claus?" Tanya Tuah masih tenang.
"Mr.Claus serahkan urusan malam ini pada aku." Ucap Arsyakayla lalu melangkahkan kakinya beberapa tapak kehadapan.
"Apa maksud kau?" Tanya Tuah pula pada Arsyakayla. Kakinya turut melangkah beberapa tapak kehadapan.
"Urusan malam ini ialah urusan antara kita Tuah Akalil. Serahkan Aaron Damian, Mrs.Claus dan Victoria pada kami." Ucap Arsyakayla dingin nak tegas.
Kami?
Tuah tersenyum sinis. Dia tak faham apa yang cuba Arsyakayla buat. Namun dia yakin satu sesuatu yang tak kena berlaku.
"Kami? Jadi kau berpihak pada mereka?" Tanya Tuah inginkan kepastian.
Arsyakayla diam dan berpaling wajah. Tidak sanggup untuk menatap mata Tuah. Hatinya cepat luluh bila direnung oleh Tuah. Berbagai rasanya hadir dalam hatinya bila menatap mata itu.
"Jawab Kayla! Aku berpihak pada mereka?" Tanya Tuah dengan menaikkan nada suaranya seoktaf.
"Ya! Dan aku nak ingatkan kau aku bukan Kayla! Aku Elena Ivy!" Jawab Arsyakayla juga menaikkan suaranya.
Tuah sekali lagi terkejut dengan pengakuan Arsyakayla itu. Dia tak tahu nak percaya atau tidak. Semuanya nampak lain. Semuanya nampak yang gadis itu betul-betul berubah. Kecuali renungan mata itu.
"Kenapa? Kenapa kau buat macam ini? Apa sebenarnya kau nak? Apa sebenarnya kau cuba buat Arsyakayla Lycra?!" Tanya Tuah lagi sambil melangkahkan kakinya mendekati Arsyakayla.
Namun Arsyakayla bertindak mengundurkan diri. Pistol yang terselit diseluar pinggangnya itu di keluarkan lalu satu das tembakan dilepaskan ke tepat didepan Tuah Akalil.
"Jangan dekat! Atau aku tembak kau!" Ucap Arsyakayla memberi amarna keras pada Tuah.
Tuah menurut. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Ikutkan hati memang dia tarik Arsyakayla masuk dalam kereta. Tapi dia yakin Mr.Claus mesti ada pasang perangkap untuknya. Jadi dia harus bijak mencipta langkah.
"Beritahu aku kenapa kau buat semua ini? Kenapa kau tiba-tiba berubah? Kenapa kau berpihak pada mereka?" Tanya Tuah merayu pada Arsyakayla inginkannya penjelasan.
"Aku tak ada masa nak berborak kosong dengan kau Tuah Akalil. Serahkan mereka bertiga pada kami!" Balas Arsyakayla tidak menjawab soalah Tuah itu.
"Aku takkan beri mereka pada kau selagi kau tak jawab semua persoalan dalam fikiran aku Kayla! Jawab soalan aku. Kenapa kau berubah?!" Tegas Arsyakayla lagi.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...