Tangan lincah mengubati luka dikaki itu. Sekali matanya melirik ke arah Tuah yang tiada sebaris senyuman pun diwajah. Dia menggeleng kepalanya kecil pelik ye lelaki sekacak ini nikmat senyuman telah ditarik.
"Done."
Tuah memerhati gerak geri gadis yang mengubati lukanya itu. Seorang gadis tinggi lampai berpakaian seragam doktor dengan wajah yang garang tapi feminin. Muka macam ini jadi doktor mahu takut semua pesakit. Tak mesra langsung.
"Makan antibiotik ini nanti sampai habis okey." Kata gadis yang bertag nama Ariana itu.
Ariana meletakkan ubat antibiotik diatas meja tepi katil. Selesai saja mengemas barang-barangnya itu dia terus duduk dibirai katil Tuah menyebabkan Tuah mengalihkan dirinya ke tepi sedikit.
Agak tidak selesa dekat dengan gadis itu.
Gadis itu merenung lama ke arahnya menyebabkan dia rasa pelik dan tidak selesa.
"Pahal?" Tanya Tuah pelik.
"You don't remember me?" Pertanyaan gadis itu mematikan ucapan Tuah.
Siapa dia? Kami kenal ke? Dimana dan bagaimana boleh kenal? Serious cakap langsung dia tak kenal siapa gadis itu.
Tuah menggelengkan kepalanya. Raut wajah Gadis Itu bertukar kecewa. Mungkin mengharapkan Tuah mengenalinya. Malangnya tidak sama sekali.
"Nevermind i Ariana. Anak perempuan Abang Long Jugah. Lelaki yang arahkan orang untuk culik you semalam." Kata Ariana pada Tuah.
Tuah berkerut dahi. Abang Long Jugah. Bukannya adik beradik angkat dengan Tan Sri Aariz ke? Yes betullah sebab Arsyakayla ada sebut nama Pak Lang Jugah. Adakah Abang Long Jugah dan Pak Lang Jugah orang yang sama?
Dia tahu nama-nama orang yang disebut Arsyakayla tapi dia tak pernah jumpa lagi mereka semua itu.
"Apa motif bapak kau culik aku? Dia nak apa daripada aku? Aku tak kenal siapa dia." Tanya Tuah dengan nada serius.
Ariana tersenyum kecil lalu menjungkit bahunya tanda tidak tahu. " Aku tak tahu. Tapi rasa aku boleh agak kot apa yang dia nak daripada kau." Jawab Ariana sambil memikirkan sesuatu.
"Apa?"
"Mybe..."
Bicara Ariana terhenti apabila pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar. Tuah dan Arina serentak memandang ke arah pintu. Terlihat seorang lelaki yang agak berusia masuk ke dalam bilik.
"Riri you can go know." Kata Lelaki itu lembut pada Ariana.
Ariana mencebik lalu bangun dari duduknya dan menghampiri lelaki tersebut. Dia menyalami lelaki itu dan memeluk lelaki itu seketika.
Tuah boleh mengagak yang lelaki itu mesti Abang Long Jugah. Lelaki yang menculiknya.
"Riri belum sempat berkenalan dengan dia lagi papa. Potong betullah." Kata Ariana seakan-akan merajuk.
Abang Long Jugah ketawa kecil lalu mengusap kepala Ariana.
"Later okey. Papa ada perkara nak bincang dengan dia. Or mybe you can send him back home later?" Kata Abang Long Jugah memberi dia.
Tuah hanya mendiamkan dirinya saja mendengar perbualan dua beranak itu.
Ariana tersenyum gembira. Idea yang bernas!
"Okey kalau macam itu lepas breakfast Riri hantar dia balik. Okey hensem boy." Kata Ariana lalu memandang ke arah Tuah.
Tuah hanya berlagak serius saja. Tiada secalit senyuman pada bibir lelaki itu. Namun Ariana nampak tidak terkesan dengan sikap Tuah.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...