Tuah masuk ke dapur lalu dia menuju ke arah peti sejuk. Sesuatu dicarinya lalu dia mengambil air susu yang ada didalamnya. Tanpa menyedari MakSu dan yang lain dia terus berjalan ke arah tempat letak gelas dan cawan dia terus mengambil gelas lalu dituangnya ke dalam gelas itu susu yang diambilnya tadi.
"Hey Tuah fokus betul sampai tak menyapa kami semua disini."
Suara itu menyentak Tuah membuatkan Tuah hampir tersedar air susu. Dia terkejut melihat semua ada diruang dapur itu kecuali maknya.
"Ehh bila pula korang ada disini?" Tegur Tuah yang terkejut itu.
Sofea dan yang lain telah menggelengkan kepalanya. Sofea bangun lalu mendekati Tuah. Belakang tangan dibahawa ke dahi Tuah.
"Tak panas. Maksudnya tak demam. Tapi kalau dah kami berempat didapur ini pun kau tak nampak aku rasa kau patut junpa dukun. Takut hijab kau ditutup habis-habis sampai kami disini pun kau tak nampak." Ucap Sofe menyindir Tuah lalu dia berjalan ke arah tempat duduknya lagi.
Tuah mengusap lehernya dan berdehem kecil. Dia merenung ke arah MakSu Ainul yang jelas tidak melepas pandang ke arahnya itu. Nampak wajah MakSu Ainul serius saja.
"Ikut MakSu kejap." Arah Maksu Ainul pada Tuah serius. MakSu Ainul bangun dari duduknya lalu pergi ke pintu dapur yang menebus ke ruang belakang itu.
Tuah meletakkan gelas susunya lalu mengekori MakSu Ainul. Macam manalah dia boleh tak sedar ada orang didapur. Teruk sangat kau ni Tuah. Itulah tak tidur lagi malam tadi kan dah hilang fokus.
"Ye Maksu ada apa?" Tanya Tuah yang sudah tiba dibelakang MakSu Ainul itu.
MakSu Ainul memalingkan dirinya menghadap Tuah. Wajah serius diberikan. Dia menelitinya wajah Tuah yang lesu itu. Dengan mata yang layu dia yakin Tuah tak tidur semalaman.
"Ke mana kamu pergi semalam? Kayla call Maksu malam tadi tanya kamu ada balik tak. Maksu jawab kamu tak balik sini. Eh tiba-tiba pula kamu muncul dekat rumah ini." Tanya MakSu Ainul sambil membebel.
Agak terkejut Arsyakayla sampai call MakSu Ainul untuk mencarinya. Dia ingatkan gadis itu dah seronok sangat sampai tak pedulikan dia ini.
"Tuah ada kerja malam tadi. Itu yang tak balik sana." Tipu Tuah.
MakSu Ainul mendiamkan diri dan merenung ke arah Tuah yang asyik melarikan matanya daripada memandang MakSu Ainul. MakSu Ainul menggelengkan kepalanya.
"Dengan rambut kusut, belum mandi, mata merah, muka lesu. Jarang-jarang kamu macam ni Tuah kalau tak kamu ada masalah. Kau itu yang paling awal bersiap daripada kami semua kebiasaannya. Sibuk mana pun kamu takkannya kamu macam ni." Bebel MakSu Ainul yang tahu bahawa dia menipu. Tuah memejamkan matanya seketika. Dia memang tak boleh tipu MakSu Ainul.
Menggelengkan lagi kepada MakSu Ainul melihat keadaan Tuah itu. "Maksu tak tahu apa jadi dengan kamu dan Kayla. Dengan dari nada suara Kayla malam tadi Maksu yakin korang gaduh. Ditambah lagi keadaan kamu pagi ni tak seperti biasa. Jadi jangan nak menipu."
Tuah tersengih sambil meramas rambutnya itu.
"Tuah. Maksu cuma nak ingatkan lagi sekali. Ingat balik tujuan kamu masuk ke dalam keluarga Tan Sri Aariz. Maksu mengekang kamu dan Maksu juga tak nak masuk campur urusan peribadi kamu. Tapi ini melihat banyak pihak. Maksu harap kamu bijak dalam bertindak. Ingat jika ianya soal hati Maksu harap kamu bijak dalam membuat keputusan. Banyak hati yang bakal terluka nanti." Ucap MakSu Ainul memberikan nasihat buat Tuah.
Tuah merenung ke arah MakSu Ainul. Dia faham apa maksud MakSu Ainul itu. Tapi jika melibatkan hati, sesiapa saja yang dapat kawal? Siapa saja yang dapat endahkan?
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...