Tuah mengusap lembut rambut Arsyakayla yang sedang tidur nenyak didalam pelukannya itu. Lepas daripada pengsan malam tadi Arsyakayla masih belum sedarkan diri. Terkejut dia tengok badan Arsyakayla yang sudah rebah ke lantai tanpa sempat dia sambut. Nasib baik hanya benjolan dikepala saja dan tidak menghasilkan luka.
Apa yang jadi? Kenapa suara Arsyakayla begitu cemas memanggil nama Ayahanda Andika? Dengan air mata yang berlinangan membasahi pipi isterinya itu. Keadaan Isterinya malam tadi cukup menggusarkan hati. Lebih-lebih lagi Ayahanda Andika beritahu dia Deniz Lie Hua datang ke rumah tengah hari semalam.
Dia memandang ke arah Isterinya yang tengah lena itu. Tangan dibawa mengusap pipi lembut isterinya perlahan-lahan. Pipi ini sering kali basah disebabkan air mata kesedihan. Dia sedih mengenakan nasib Arsyakayla yang dikelilingi oleh-oleh orang-orang yang tidak jujur.
Termasuk dirinya sendiri.
Semua orang berahsia dengan dia. Termasuk dia sekali. Tidak jujur siapa dirinya yang sebenarnya.
Tapi jika dia jujur adakah Arsyakayla bakal menerima atau pun pergi dari hidupnya? Dia tidak mahu kehilangan gadis ini lagi. Cukuplah dia terseksa 3 tahun lepas. Dia takkan kehilangan gadis ini lagi. Tidak akan.
Tapi. Sampai bila dia nak menipu? Lambat laun kebenaran akan terbongkar. Arsyakayla akan tahu juga. Jika waktu itu tiba, dia harus bersiap sediakan akan respon daripada Arsyakayla.
Namun yang pasti dia takkan tinggal gadis itu.
Tidak akan!
"Ergh." Rengek Arsyakayla menyentak lamunan Tuah. Gerakan badan Arsyakayla membuatkan Tuah melonggar pelukan bagi memudahkan isterinya untuk bangun.
Arsyakayla sedaya upaya untuk bangun dari baringnya dengan kepala yang masih terasa berat itu. Tuah memerhati saja gerak-geri isterinya itu. Arsyakayla memalingkan wajahnya memandang ke arah Tuah yang dia rasa sudah lama bangun itu.
"Morning, my little apple pie." Ucap Tuah lembut sambil menarik pinggang Arsyakayla lembut untuk kembali baring didalam pelukannya.
Badannya kaku apabila Tuah melingkarkan lengan besar itu pada pinggangnya. Namun dia membiarkan saja perbuatan suaminya itu. Tuah merebahkan kepala isterinya diatas dada bidangnya lalu memeluk erat lagi pinggang isterinya itu.
Arsyakayla usah dicakap lagi. Hatinya tidak keruang dengab perbuatan Tuah. Sering kali Tuah menyiksa jiwa raganya ini. Baru 2 hari kahwin Tuah dah buat dia rasa nak hilang nyawa. Ada saja tindakan Tuah mengkakukannya.
"Kau buat aku susah hati sayang." Ucap Tuah lembut sambil tangannya mengusap pinggan ramping isterinya itu. Arsyakayla memejam mata. Cuba untuk mengawal perasaannya. Malulah dia kalau mudah-mudah cair dengan tindakan suaminya itu.
"Hah?"
"Kau buat aku susah hati tengok kau tiba-tiba rebah malam tadi." Jawab Tuah lagi lalu mencium lama ubun-ubun isterinya itu. Wangi rambut Arsyakayla menenangkan hatinya.
Malam tadi?
Arsyakayla baru ingat malam tadi dia pengsan didalam bilik kerja Ayahanda Andika. Patutlah dia bangun bagi ini kepalanya terasa berat.
"Apa jadi? Kenapa kau nampak cemas malam tadi? Kau menangis teruk juga aku tengok?" Tanya Tuah berkali-kali. Dia melepaskan pelukan lalu membuatkan Arsyakayla bangun dari baringnya lalu duduk bersandar pada kepala katil.
Dia bermain dengan jari jemarinya. Alasan apa lagi yang dia nak bagi? Dia tak nak Tuah tahu tentang ugutan itu. Dia tak mahu Tuah serang Aaron. Takut Aaron perangkap Tuah dan bunuh Tuah. Dia tak sanggup kehilangan Tuah.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...