Arsyakayla keluar daripada biliknya lalu menuruni tangga. Pagi-pagi lagi dia sudah diberitahu oleh orang gajinya yang daddynya sudah keluar pergi kerja. Katanya ada mesyuarat. Bosanlah dia kalau Daddy dia kerja. Dia nak buat apa saja dirumah ini?
Ada abang tapi masuk penjara. Dia pun jelas sangat penyebabAbang Mikha masuk penjara sebab dia dah menetap di UK sebelum Abang dia masuk penjara lagi.
"Abang Halif. Abang Halif." Laung Arsyakayla memanggil Halif dari ruang tamu rumah.
"Yes Arysa." Jawab Halif dari luar rumah. Dia yang sednag mengilap pistol itu terkejut mendengar suara Arsyakayla memanggilnya.
Arsyakayla terus berjalan ke luar rumah. Dia melihat Halif sedang duduk dibangku sambil mengilap pistolnya. Dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah dengan pistol kesayangannya itu.
"Hey abang. Dari Arsya zaman sekolah sampai sekarang tak sudah-sudah ye dengan pistol kesayangannya itu." Ucap Arsyakayla sambil duduk dibangku yang berada di depan Halif itu.
Halif tersenyum mendengar ucapan Arsyakayla itu. Mana tak sayang. Pistol inilah yang selamatkan dia dan Tan Sri Aariz dari mula dia masuk dalam keluarga ini. Pistol ini banyak jasanya pada dia dan keluarganya Tan Sri Aariz.
"Banyak sejarah dengan pistol lama ini Arsya. Pistol inilah yang selalu tolong abang dan daddy Arsya bila dalam bahaya. Pistol ini jugalah yang bantu Arsya dulu tau." Kata Halif sambil memandang ke arah Pistolnya dan Arsyakayla silih berganti.
Arsyakayla ketawa kecil sambil menggelengkan kepala melihat Halif yang tekun mengilap Pistolnya itu.
"Yelah abang. Arsya tahu. Pistol itu banyak berjasa dengan kita semua."
Halif tersenyum bangga sambil menunjukkan pistolnya itu. Arsyakayla menggelengkan kepalanya melihat gelagat Halif itu. Tiba-tiba dia teringat tentang sesuatu.
"Abang."
"Ye?"
"Boleh Arsya tanya something?"
Halif yang mendengarnya soalan itu terus memberhentikan perbuatannya. Arsya ini kalau dah tanya minta izin pasti ada sesuatu yang hendak dikoreknya. Ini mesti soal polis yang datang rumah hari itu.
"Apa?"
"Arsya nak tanya tentang kes Kontena itu." Kata Arsyakayla. Halif menghela nafas pendek. Kain ditangannya diletak keatas meja lalu pistol itu diletaknya diatas kain. Dia mengubah posisi duduknya menghadap Arsyakayla sepenuhnya.
"Arsya nak tahu tentang apa?" Tanya Halif pula.
"Semua. Semua yang jadi sampai kontena yang palsu itu boleh ada dibalai polis dan kenapa mereka syak itu barang-barang daddy." Tanya Arsyakayla serius.
"Promise me that you will not mad at me or your daddy.". Kata Halif sambil menunjukkan jari kelingkingnya pada Arsyakayla. Arsyakayla menganggukkan kepalanya sambil menyantumkaj jari kelingkingnya dengan Halif.
Halif menganggukkan kepalanya lalu melepaskan pautan itu.
"Memang betul barang-barang bukan milik Tan Sri Aariz. Tapi barang-barang itu semua Tan Sri Aariz yang simpan. Actually itu barang-barang milik Tuan Hanz yang dirampas oleh Tan Sri Aariz. Your daddy rampas barang-barang itu 4 bulan lepas sebab nak sesuatu daripada Tuan Hanz." Ucap Halif mulai menceritakan apa yang jadi.
"Kenapa Daddy nak buat semua itu? Apa yang daddy nak dari Tuan Hanz?" Tanya Arsyakayla serius. Dia dah agak Daddy dia memang tak akan cuci tangan daripasa semua benda ini. Sebab itu dia tak pernah percaya dengan janji Daddy.
"Dia nak Tuah kembali kepada dia."
Arsyakayla berkerut dahi mendengar nama Tuah disebut oleh Halif. Nak Tuah kembali kepada mereka? Kenapa? Dia mulai rasa pelik. Sehebat itukan Tuah sehingga daddynya sanggup bahayakan dirinya untuk dapatkan Tuah dengan cara itu? Sepercaya itukan dia pada Tuah?
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...