Hari sudah gelap. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Namun kelibat Arsyakayla masih belum kelihatan. Semua penghuni rumah dalam kerisauan. Sudah hampir 2 jam Tan Sri Aariz mengarahkan orang-orangnya untuk mencari keberadaan Arsyakayla namun satu khabar tentang Arsyakayla masih belum mereka dapat.
"Kenapa kamu tak halang dia Mikhail!" Marah Tan Sri Aariz pada Mikhail.
Mikhail menunduk kepalanya apabila dijerkah Tan Sri Aariz. Kali ini dia tak dapat lawan sebab memang salah dia. Sepatutnya dia halang Arsyakayla keluar apabila keadaan mereka yang terancam ini bukannya membiarkannya saja.
"Daddy Mikha minta maaf. Mikha tahu Mikha salah." Ucap Mikha memohon maaf.
Tan Sri Aariz memandang tajam ke arah Mikhail. Dia mendekati Mikhail lalu mencengkam lengab Mikhail membuat Mikhail mendongakkan kepalanya memandang Tan Sri Aariz.
"Kalau apa-apa jadi pada Arsyakayla kamu yang harus bertanggungjawab!" Ucap Tan Sri Aariz penuh amaran sambil melepaskan cengkaman dengan kasar.
"Sabar Tan Sri. Tan Sri kena kawal emosi. Tan Sri tak boleh stress nanti tekanan darah Tan Sri naik." Ucap Halif menasihati Halif.
"Kau pun sama! Tak boleh diharap!!" Marah Tan Sri Aariz membuat Halif menundukkan kepalanya.
Tiba-tiba orang-orang Tan Sri Aariz yang diarahkan untuk mencari Arsyakayla datang menghampiri mereka.
"Mana anak aku!" Tanya Tan Sri Aariz cemas. Lagi-lagi dia melihat dia kelibat Arsyakayla langsung.
"Maaf Tan Sri. Kami dah cuba tapi masih tak dapat jumpa. Kami dah hubungi Tuah juga untuk maklumkan hal ni. Mungkin Tuah berjaya jumpa Arsyakayla." Ucap salah seorang daripada mereka.
Tan Sri Aariz merengus kasar. Dadany turun naik menahan amarah. Kerisauan dan kegelisahan semakin menyelubungi hatinya. Kaki dibawa mundar Mandir disekeliling Ruang tamu. Tak senang duduk dia selagi tak dapat berita bauk tentang Arsyakayla.
"Ke mana kamu pergi Arsya. Kenapa kamu keluar tak beritahu kami." Ucap Tan Sri Aariz seorang diri.
Seketika kemudian Tuah pula datang ke arah Ruang tamu dengan wajah yang bengis dan matanya yang tajam.
"Apa jadi? Mana Kayla? Kenapa seorang pun tak beritahu aku dia keluar?!" Ucap Tuah dengan bengisnya. Semua orang-orang Tan Sri Aariz menundukkan kepalanya mereka akibat takut dengan suara kuat Tuah.
"Tuah aku minta maaf. Aku salah. Arsya ada beritahu aku dia keluar dan dia pesan suruh beritahu daddy tapi aku tertidur waktu tunggu kau dan daddy berbincang dalam bilik. Jadi aku lupa nak beritahu." Ucap Mikhail mengaku salahnya.
Tuah mengetap gigi nya dan menggenggam tangannya menahan amarah. Nak dimarah Mikhail tak sengaja. Nak tenang Arsyakayla tak ada khabar langsung.
"Kau Halif! Kenapa tak ikut dia keluar? Bukan kau terpaling boleh lindungi dia ke dulu?!" Marah Tuah menyindir Halif.
Halif memandang tajam ke arah Tuah. Dia bertindak ingin mendekati Tuah dan memberi satu tumbukan namun Mikhail cepat menghalang.
"Behave! Jangan buat hal! Kita banyak masalah!" Ucap Mikhail tegas dan kasar membuat Halif diam dan kembali duduk ditempatnya.
"Maaf. Tapi ada perkara lagi yang kami nak beritahu." Ucap salah seorang daripada mereka tadi.
Serentak Tan Sri Aariz, Tuah, Mikhail dan Halif bergerak mendekati mereka semua itu.
"Apa?" Tanya Tuah serius.
"Kami jumpa ni dekat mall tempat last orang-orang kita ternampak Arsyakayla. Ni Cik Arsya punyakan?" Ucap lelaki itu memberi maklumat sambil menunjukkan rantai bertatah berlian yang sangat tidak asing bagi Tuah itu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...