Assalamualaikum semua. Mohon vote this Story okey dan share kepada Readers yang lain juga 🥰🥰 terima kasih dah vote and support 🤍🫰🏻
****
Mikhail berjalan menuju ke halaman belakang rumah. Terlihat Tuah dan Arsyakayla sedang berbual-bual itu terus didekatinya. Nampak serius saja muka. Tapi tak nampak macam bergaduh pun.
"Hello pasangan merpati dua sejoli. Buat apa tu?" Sapa Mikhail sambil berjalan ke arah mereka berdua.
Arsyakayla dan Tuah yang sedang berbincang tentang kejadian makan malam semalam itu terus terdiam. Sebenarnya mereka sekeluarga belum berkumpul lagi untuk membincangkan soal perkara malam semalam.
"Aish sibuklah orang tua ni." Kata Arsyakayla sambil menolak-nolak abangnya yang tiba-tiba duduk menghimpit disebelahnya itu.
Mikhail hanya mengendahkan saja ucapan Arsyakayla itu.
"Ini aku nak tanya. Macam mana kau boleh balik ke sini lagi?" Tanya Mikhail pelik.
"Tan Sri yang cari aku. Dia nak aku kembali berkerja dengan dia." Jawab Tuah.
"So maksudnya kau kerja macam dulu baliklah?" Tanya Mikhail lagi. Tuah menjawab pertanyaan itu dengan menggelengkan kepalanya.
"Tuah jadi bodyguard aku and Trainer kepada budak-budak baru. Dia tak buat kerja-kerja yang melibatkan bisnes AA Holding ataupun aktiviti-aktiviti gelap Daddy.." Jawab Arsyakayla bagi pihak Tuah.
Mikhail terkejut mendengar jawapan Arsyakayla. Nampak macam Arsyakayla dah tahu kerja daddy mereka yang lagi satu.
"Jap kau tahu?"
Arsyakayla memandang Abangnya lalu dia menganggukkan kepalanya. Mikhail sekali lagi terkejut lalu memandang Tuah meminta penjelasan.
Tuah tersenyum sinis lalu berkata "kau tahukan sikap adik kau macam mana? Dia akan buat hal sampai dia tahu cerita sebenarnya." Jawab Tuah.
"Tapi aku tahu ada banyak lagi perkara-perkara yang aku tak tahu. Sebab terlalu banyak persoalan yang bermain dalam minda aku." Ucap Arsyakayla.
"Contoh?"
Arsyakayla terus memandang abangnya "Apa yang terjadi diantara Pak long, Daddy, Pak lang dan Pak Su? Kenapa Paksu dengan daddy bermusuhan? Atas alasan? Yes memang mereka bukan keluarga kandung. Tapi mereka family jugakan? And kenapa daddy jauhkan diri dari Atuk Andika? Why? There must be something happened between them that we don't know. "
Mikhail terdiam setelah mendengar persoalan yang diucapkan oleh Arsyakayla. Bukan hanya Arsyakayla. Dia juga pernah terfikirkan benda yang sama. Namun waktu itu dia masih hanyut dengan dunia jadi dia ambil keputusan untuk abaikan dan menikmati hidup yang tanpa hala tuju.
Namun kita syukur diberi umur yang panjang untuk memperbaiki diri dan kini dia sudah semakin bijak mengendalikan dirinya sendiri.
Berbalik pada persoalan tadi, dia rasa dia perlu cari tahu tentang perkara yang menjadi penyebab keluarga besar mereka berpecah belah. Dia juga ada terfikir untuk memberhentikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh daddy-nya sekarang.
"Aku terfikir nak tolong daddy." Ucap Mikhail tiba-tiba.
"Tolong daddy?"
"Ye tolong dia keluarkan daripada dunia kongsi gelap ini dan tolong dia keluar dari Elite syndicate." Ucap Mikhail lalu memandang Arsyakayla.
Arsyakayla hanya tersenyum sinis. "Abang yakin nak tolong? Kalau daddy sendiri yang masih nak stay. Kita tak dapat buat apa-apa."
"Tapi daddy pernah janjikan dengan kita yang dia nak cuci tangan?" Ucap Mikhail mengingatkan pada Arsyakayla.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...