Arsyakayla keluar daripada bilik Mak Jijah setelah Mak Jijah terlena kerana ubat yang dimakannya tadi. Nasib baiklah semua keadaan terkawal dengan izinnya.
Satu masalah sudah selesai.
Sekarang masalah lain lagi.
Tuah.
Ke mana dia? Kenapa masih belum ada apa-apa maklumat tentang keadaan Tuah? Hati dipugut resah. Niatnya semalam untuk meminta maaf terus tersempat akibat kejadian yang tidak diingini.
Hatinya makin rasa serba salah apabila mengingatkan Tuah masih memikirkan keselamatan walaupun dirinya sendiri dalam kesakitan. Sudahlah mereka baru lepas bertengkar memang makin bertambah-tambah rasa serba salahnya itu.
Kaki dibawa melangkah ke arah ruang tamu
Terlihat semua berkumpul di ruang tamu sambil mengemas-ngemas ruangan tersebut. Banyak kaca pecah bertaburan di lantai. Kakinya dibawa melangkah ke arah MakSu Ainul yang sedang duduk berehat itu."Mak Jijah dah tidur?" Tanya Maksu Ainul.
"Dah." Jawab Arsyakayla ringkas lalu duduk disebelah MakSu Ainul.
"MakSu minta maaflah sebab menyusahakan Kayla. Maksu pun tak tahu sampai teruk macam ini. Ini rasanya pertama kali dia mengamuk teruk macam itu. Ini juga pertama kali dia mimpi Tuah kena tembak. Sebelum ini ada juga mimpi tentang Tuah tapi kali ini mimpi Tuah kena tembak itu kira dahsyat lahkan ." Kata Maksu Ainul pada Arsyakayla.
Arsyakayla menganggukkan kepalanya faham. Naluri seorang ibu. Orang pertama yang akan tahu kita dalam masalah ialah ibu. Tengoklah dalam keadaan tidak sihat dan kurang waras naluri ibu tetap betul. Seorang ibu tahu anaknya mesti sedang dalam masalah.
"Kami tak tahu MakSu, ke mana Tuah sekarang. Daddy belum inform apa-apa lagi pada saya tentang Tuah. Semuanya berlaku secara mengejut dan pantas. Tapi saya syak Tuah sudah lama diperhatikan sebab dia tahu ke mana saja Tuah pergi dan dia bukan orang biasa-biasa sebab dia buat kerja dekat zon panas. Mybe polis?" Ucap Arsyakayla mengutarakan pandangannya.
Polis?
MakSu Ainul termikirkan sesuatu. Mustahil polis. Kalau polis mesti Inspektor Azlan dah maklumkan pada dia. Tak mungkin juga polis kalau nak tangkap orang macam penjahat. Mereka ada protokol yang perlu dipatuh. Tidak boleh sesuka hati bertindak.
"Maksu tak rasa polis. Polis banyak protokol. Mereka tak boleh tangkap orang dengan cara macam itu. Maksu rasa yang buat kerja ini mungkin orang-orang yang tidak puas hati dengan Tuah. Atau..."
"Musuh daddy?" Sambung Arsyakayla memotong ucapan MakSu Ainul.
MakSu Ainul terus memandang ke arah Arsyakayla. Boleh jadi itu musuh Tan Sri Aariz. Ramai yang tidak puas hati dengan Tan Sri Aariz. Lebih-lebih lagi jika Tuah bersama mereka makin ramai yang panas dengan kehadiran Tuah. Tak senang duduk dengan kehebatan Tuah.
Yelah hanya mendengar nama Tuah saja tanpa mengenali siapa Tuah mereka tahu kehebatan Tuah.
Hati Arsyakayla mulai dipugut resah. Otaknya menerawang jauh memikirkan keadaan Tuah. Nafas berat dihela. Telefon pintar diambil namun otaknya kosong tidak tahu hendak berbuat apa.
MakSu Ainul memandang ke arah Arsyakayla yang kelihatan resah itu. Dia memandang sayu ke arah Arsyakayla.
Alangkah bagusnya jika Arsyakayla bukan anak pembunuh bapak Tuah. Pasti dia takkan halang Tuah daripada jatuh cinta dengan Arsyakayla. Arsyakayla sifat sangat berbeza dengan Tan Sri Aariz. Macam mana anak sebaik Arsyakayla boleh ada sosok bapak sekejam Tan Sri Aariz?
'Maafkan Maksu Kayla. Maafkan Maksu Tuah. Maksu cuma nak yang terbaik untuk kalian. Jika kamu berdua bersatu kamu berdua tak akan bahagia.' ucap MakSu Ainul dalam hati tanpa sedar air matanya mengalir.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
Storie d'amoreMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...