Amir dan Akmal masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang lebar kerana sudah selesai tugasan yang diberi oleh Tuah malam tadi pada mereka berdua.
"Huh.. kena ada depan tv nanti 9:30 pagi mesti ada berita.Confirm Virallah huhu. Bangga sikit aku!!" Ucap Amir girang seperti kanak-kanak riang itu.
Akmal menggelengkan kepalanya lalu dia berjalan menuju ke sofa yang ada diruang tamu itu. Penat semalam berkerja, hari ini dia rasa nak rehat dengan tenang tanpa gangguan sebelum mereka memulakan lagi beberapa tugasan minggu depan.
Amir terus duduk disebelah Akmal lalu dia menyiku lengan Akmal membuatkan Akmal memandangnya.
"Aku tak sangka Kita boleh berjaya buat misi kali ini. Sumpah do misi kali ini memang bahaya. Kawasan Zon merah kot. Tumpuan semua pihak berkuasa. Aku rasa dah macam vibe vibe fast and furious, mission impossible pula. Hahaha." Ucap Amir tidak percaya.
Akmal memejam matanya sambil tersenyum. "Baru sikit Mir. Nanti kita akan ada beberapa tugasan yang besar lagi." Ucap Akmal keletihan.
Amir tercengang!
Tugasan yang besar!
"Serius lah?? Weyhhh ini pun dah nak tercabut jantung kau boleh cakap tugasan lebih besar akan ada?!! Tuah ini gila ke apa!!??" Tanya Amir terkejut.
Dia memegang kepalanya kerana stress memikirkan geliganya kepala otak Tuah. Akmal tersenyum saja mendengar kata-kata Amir.
"Tapi kau rasa kenapa Tuah nak buat semua ini? Dia tak takut ke MakSu Ainul tahu? Kalau Maksu tahu habislah dia. Bukan dia saja habis kita pun habis sekali tau." Ucap Amir agak kerisauan.
"Nak takut apa Mir. Tuah itu geliga otaknya, kekuatan dia boleh mengatasi kekuatan 10 orang. Dia mana takut. Lagipun selama ini kita belum pernah lagi kantoi buat kerja kan? Jadi tak ada yang perlu dirisaukan." Ucap Akmal sambil memandang ke arah Amir.
"Ye aku tahu. Tapi kali ini Tuah cuba untuk buat kotor dikalangan mereka. Kau rasa tak bahaya ke? Mereka itu juga handal. Jadi tak mustahil mereka boleh tahu siapa yang buat onar dalam dunia mereka. Lagi satu kalau Tuan Hanz tapi Tuah punya kerja habislah Tuah dengan keluarga Tuah. Tahukan kita bawah jagaan siaap?" Ucap Amir lagi dalam kerisauan itu.
Akmal diam. Apa yang diucapkan Amir memang betul. Tapi mereka tidak ada kuasa untuk menghalang kecuali Maksu Ainul. Tapi kalau ikut kepala Tuah dia memang tak kisahkan pendapat orang. Yang dia tahu apa yang dia buat hanya untuk melindungi keluarganya.
"Hanya Maksu yang boleh halang dia." Ucap Akmal. Amir menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Ada apa-apa yang Maksu kena tahu?" Tanya Maksu Ainul yang baru saja masuk ke dalam ruang tamu itu.
Serta merta mereka berdua bangun. Muka mereka nampak terkejut dengab kehadiran Maksu Ainul dihadapan mereka.
Masing-masing memandang antara satu sama lain sebelum memandang ke arah MakSu Ainul. Mereka menelan air luar terasa kesat. Pandangan mata MakSu yang tajam membuatkan mereka menundukkan kepala.
MakSu Ainul berjalan ke arah meja lalu mengambil alat kawalan jauh tv. Punat merah ditekan dan dihalakan ke tv.
"Berita terkini! Pihak polis menerima sebuah kontana besar yang diletakkan dihadapan balai polis bukit aman. Menurut laporan pihak polis, terdapat sejumlah besar dadah jenis heroine yang bernilai 8 juta US dollar. Siasatan akan dijalankan secepat mungkin untuk mengenal pasti siapakah pemilik barang itu."
"Ada apa-apa yang nak dijelaskan?" Tanya MakSu Ainul pada Akmal dan Amir. Maksu Ainul memandang serius ke arah mereka dengan wajahnya bertukar bengis.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...