"Tuah. Mereka dah jumpa mak kau."
Tuah yang sedang memejamkan mata untuk berehat sekejap itu terus terbuka matanya luas. Dia bangun dari pembaringannya lalu berdiri dan berjalan ke arah Ryan Sky Bursin.
"Dekat mana?"
Ryan Sky Bursin terus menyerahkan tabletnya pada Tuah. Terpampang peta lokasi tempat Mak Jijah disembunyikan.
"Dekat gudang lama tempat Mr.Claus sembunyikan semua tawanan dia dulu. Tapi aku tak sure gudang itu masih digunakan atau tidak sebba nampak macam dah lama sangat terbiar." Jawab Ryan Sky Bursin. Tuah memerhati peta tersebut.
"Kau nak kami buat apa?" Tanya Ryan Sky Bursin pada Tuah.
"Ikut aku." Jawab Tuah lalu dia melangkahkan kakinya berjalan keluar rumah. Sebuah rumah rehat yang ada dibelakang halaman rumah itu ditujunya. Tempat Victoria dan Isteri kepada Mr.Claus di sembunyikan.
Pintu dibukanya terlihat Mrs.Claus sedang tidur manakala Victoria sedang membaca buku diatas sofa.
"Tuah?" Tegur Victoria lalu meletakkan bukunya ke tepi lalu berjalan menghampiri Tuah.
Tuah memberi isyarat untuk dia keluar. Victoria tanpa menunggu lama terus keluar daripada rumah itu.
"Why Tuah?"
"Mereka yang lain dah jumpa keberadaan Mak aku." Beritahu Tuah pada Victoria. Victoria memberi reaksi gembira lalu memandang ke arah Ryan Sky Bursin dan Tuah silih berganti.
"Dekat mana?" Tanya Victoria ingin tahu. Ryan Sky Bursin segera menunjukkan maps pada Victoria.
"Kau tahu tempat ini dekat mana?" Tanya Tuah pada Victoria. Victoria mengangukkan kepalanya.
Tuah tersenyum tanda syukur. Kerja makin senang.
"Aku nak minta tolong kau bawa Mak aku keluar dari situ. Aku tahu nak bawa keluar mak aku dari situ. Ryan akan bantu kau sekali dengan yang lain disana." Pinta Tuah pada Victoria. Namun wajah Victoria seakan-akan gelisah membuatkan Tuah dan Ryan Sky Bursin pelik.
"Kenapa?" Tanya Ryan yang menyedari perubahan wajah itu.
"Kalau dulu gudang itu paling banyak perangkap. Aku tak tahu perangkap yang ada situ masih ada dan berfungsi atau tidak bahkan." Ucap Victoria yang agak risau itu.
"Sebab itulah aku minta tolong kau ambik Mak aku. Hanya Lavi's Family saja yang tahu tempat mereka." Ucap Tuah pada Victoria yang masih resah itu.
Victoria menghela nafas berat. "Maaf Tuah aku tak dapat." Tolak Victoria rasa serba salah.
Mendengar ucapan itu Tuah memalingkan wajahnya menahan geram. Baru saja dia rasa kerjanya dimudahkan dan tiba-tiba datang masalah pula.
Ryan Sky Bursin turun melepaskan keluhan. Dia juga buntu nak buat apa kalau Victoria tak mahu bantu.
"Kalau aku tolong macam mana dengan my mom? Tempat ini jauh. Kau cakap kalau dalam hari ini daddy aku tak ada khabar berita kau sendiri akan minta dia datang?" Tanya Victoria yang risau dengan keadaan maknya itu. Dia bukan apa, mak dka mana pernah terlibat dalam keadaan macam ini. Mak dia sentiasa selamat. Lavi's Family jaga mereka dengan baik. Ini kali pertama jadi seperti ini.
"Soal itu jangan risau aku tahu apa nak buat. Aku jaga mak kau." Jawab Tuah cuba mengambil kepercayaan Victoria itu.
Victoria memandang Tuah dan Ryan Sky Bursin silih berganti. Keluhan dilepaskan lagi. "Maaf aku tetap tak dapat tolong."
Sekali lagi Tuah daj Ryan Sky Bursin melepaskan keluhan berat. Rambut diramas kasar. Cuba menenangkan diri. Tidak ingin emosi menguasai diri mereka.
"Tapi... Ada orang yang boleh tolong kita ambil Mak kau." Ucap Victoria tiba-tiba membuatkan Tuah dan Ryan Sky Bursin memandang semula ke arah Victoria.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...