Mereka tidak menyedari bahawa Tuah mendengar perbualan mereka dari tingkap bilik tempat dia dirawat. Tuah memejamkan matanya menenangkan diri. Cuba menepis segala ucapan dan hal-hal yang diperkatakan mereka dibawah sana.
Dia harus mengawal emosi dan tindakan. Jangan mudah percaya pada kata-kata. Walaupun jauh dari sudut hati agak mempercayai apa yang mereka ucapkan itu tapi dia tidak boleh cepat menghukum.
Arsyakayla akan kahwin dengan Aaron?
Senyuman sinis terukir dibibirnya.
Perkara itu takkan terjadi. Arsyakayla Lycra hanya miliknya seorang!
Beranganlah Aaron Damian Hua sebab kau takkan dapat miliki Arsyakayla Lycra.
"Kau kenal Arsyakayla Lycra Tuah. Kau tahu mana perbuatan dia yang betul-betul dan mana perbuatan dia yang terpaksa. Kalau kau nak tahu kebenarannya kau kena jumpa dia." Ucap Tuah yang masih memejamkan matanya itu.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar membuat Tuah mencelikkan matanya kembali. Tingkap yang terbuka sedikit itu ditutupnya semula.
"Tuah." Sapa Ayahanda Andika dengan membawa fail dokumen berjalan ke arah katil Tuah.
Tuah kemudian melangkah turut mendekati katilnya. Dia terus duduk di sebelah Ayahanda Andika.
"Ada apa?"
"Kau minta aku beritahu dimana keberadaan mereka yang lain. Jadi dokumen ini akan jawab persoalan kau." Ucap Ayahanda Andika sambil menyerahkan dokumen maklumat Arsyakayla, Mak Jijah , Aaron Damian Hua dan Ariana Balqis.
Tuah mengambilnya namun tidak dibukanya lagi.
"Aku nak minta tolong kau." Ucap Tuah tapi tidak memandang ke arah Ayahanda Andika.
Ayahanda Andika terkejut dengan apa yang Tuah cakap. Tuah minta pertolongannya? Rasa mimpi saja Tuah akhirnya meminta pertolongannya.
"Kau minta tolong aku?"
Tuah mengalihkan pandangannya ke arah Ayahanda Andika. "Aku tahu kau terkejut aku minta tolong kau. Dalam keadaan aku sekarang ini aku tak boleh ego." Ucap Tuah merendah diri.
"Kau nak aku tolong apa?" Tanya Ayahanda Andika pada Tuah.
"Aku nak minta tolong kau bawa mak aku balik ke sini." Jawab Tuah.
Ayahanda Andika menganggukkan kepalanya. "Kalau soal itu, kau jangan risau Tuah. Kami memang tengah usaha untuk bawa balik Mak kau dan Arsya." Ucap Ayahanda Andika pula.
"Aku cuma minta tolong kau bawa mak aku balik saja. Mak aku. Sahaja." Tekan Tuah membuatkan Ayahanda Andika berkerut dahi.
"Mak kau saja? Habis itu Arsya?"
"Itu bini aku. Biar aku yang bawa dia balik. Aku cuma minta kau bawa balik Mak aku saja bukan bini aku." Ucap Tuah sambil mengulangi apa yang dia mahukan.
"Tapi Tuah..."
"Aku tak terima bantahan. Tapi kalau kau membantah juga aku tak ada cara lain untuk munculkan diri aku sekarang juga. Tapi aku tak janjilah kalau hidup korang semua aman damai kalau aku keluar." Ucap Tuah sambil meletak dokumen itu diatas meja tepi katilnya itu. Nada suara terdengar sinis dan penuh amaran.
Ayahanda Andika mendiamkan diri. Dia harap tindakan Tuah tidak menggagalkan rancangannya. Atau pun Tuah perlu tahu sesuatu.
"Aku nak beritahu perkara penting pada kau." Ucap Ayahanda Andika pada Tuah Akalil.
"Apa yang penting selain Mak dan bini aku." Tanya Tuah pada Ayahanda Andika.
"Nyawa kau."
Tuah mendiamkan dirinya. Ya tidak dinafikan nyawa itu penting.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...