Arsyakayla dan Tan Sri Aariz serentak keluar daripada perut kereta. Manakala Halif dan Tuah yang berada di kereta yang kedua turut serentak keluar daripada perut kereta.
Kini mereka berada di penjara tempat dimana Mikhail Asher anak pertama kepada Tan Sri Aariz dan arwah Puan sri Qarisha. Sebentar lagi Mikhail kembali kepada pangkuan mereka. Masing-masing teruja ingin berjumpa dengan Mikhail yang sudah 3 tahun mereka tidak berjumpa itu.
Arsyakayla memeluk lengan Tan Sri Aariz. Tan Sri mengusap tangan anaknya yang ada pada lengannya itu. Masing-masing menguntunkan senyuman gembira.
Halif dan Tuah pula berada ditepi kereta. Mereka masing-masing masih mendiamkan diri. Mereka juga teruja dengan kepulangan Mikhail kepada mereka. Sekurangnya ada juga teman mereka dirumah itu.
Namun masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Kepulangan Mikhail menggembirakan mereka sekaligus merisaukan juga kerana tertanya-tanya Mikhail akan menyebelahi siapa.
Tiba-tiba pintu besi penjara terbuka. Tidak lama kemudian seorang lelaki berkepala botak keluar dari situ membawa beg hitam.
Semua mereka tersenyum ke arah lelaki itu. Lelaki itu pula tersenyum ke arah mereka semua.
"Assalamualaikum semua. I'm back." Ucapnya kegembiraan. Dia berjalan menghampiri Tan Sri Aariz lalu memeluk erat Tan Sri Aariz.
Tanpa dapat ditahan air mata bercucuran jatuh membahasi pipi Mikhail. Hatinya rasa tenang dan cukup damai sekarang. Penyiksa bertahun-tahun kini sudahpun tamat. Kerinduan terhadap keluarga tercinta kini kian terubat.
Arsyakayla menyeka air matanya yang mengalir. Sebak melihat daddy-nya dan Abangnya berpelukan sambil mengalirkan air mata itu. Tentu mereka saling merindui antara satu sama lain.
"Korang saja ke berpelukan. Arsya pun nak juga."
Mendengar suara Arsyakayla itu Mikhail terus melepaskan pelukan dari daddy-nya lalu memandang ke arah Arsyakayla yang muncung mulutnya itu.
"Oh my kenit. I really miss you." Ucap Mikhail lalu mendepakan tangannya sambil berjalan ke arah Arsyakayla.
Kenit?
Tidak semena-mena Arsyakayla menumbuk perut Mikhail menyebabkan Mikail meringkuk menahan sakit di perutnya.
"Arghh. Sakit gila." Adu Mikhail.
"Padan muka. Cakap lagi orang kenit. Orang tinggal 167 tau." Ucap Arsyakayla lalu melibas rambut dengan lagak.
Tuah menggelengkan kepalanya memandang sikap Arsyakayla itu. Suka menyakat.
"Tak baik kau buat abang kau macam itu. Kesian dia dahlah kena seksa dekat dalam itu. Kau pula nak seksa dia." Ucap Tuah sekadar bergurau. Arsyakayla hanya tersengih saja.
Mikhail mendongakkan kepalanya apabila mendengar suara yang cukup dia kenali itu.
"Tuah!" Ucap Mikhail terkejut lalu menegakkan badannya semula.
Tuah tersenyum memandang Mikhail. Mikhail dengan wajah teruja terus menerpa ke dah Tuah.
"Tuah hahah kau ada sini? My old friend. Huhuhu rindu gila dengan kau." Ucap Mikhail sambil memeluknya dan menggosok rambut Tuah menyebabkan rambut Tuah serabai.
"Sejak bila Tuah ada? Bukan ke dia dah tinggal kita 3 tahun lepas sebab putus denagn Adik?" Tanya Mikhail tanpa berlapik lagi.
Arsyakayla tersentak dengan pertanyaan Abangnya itu. Elok elok dia nak lupakan tentang peristiwa itu abangnya boleh pula ingatkan balik.
Tuah menggosok lehernya kekok. Boleh pula Si Mikhail ini ungkit tentang kejadian dia keluar daripada kumpulan itu.
"Baru je lagi. Daddy rasa dah 2 minggu lebih." Jawab Tan Sri Aariz sambil melihat Arsyakayla dan Tuah yang nampak kekok itu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...