Bab 74

18 1 0
                                    

"Saya harap doktor boleh simpan rahsia ini elok-elok. Belum masanya untuk mereka tahu tentang perkara ini." Ucap Ayahanda Andika memohon pada Doktor Nadir sambilan berjalan keluar daripada bilik rawatan Tuah itu.

"Ayahanda jangan risau. Saya pegang rahsia ini elok-elok. Saya faham situasi keluarga Ayahanda sekarang. Saya mampu doakan semua berjalan dengan lancar dan cepat selesai." Ucap Doktor Nadir sambil menepuk lengan Ayahanda Andika agar tidak risau.

Ayahanda Andika menghela nafas lega. Dia memandang ke arah Kekanda Bima dan Tan Sri Aariz disebelahnya.

"Korang berdua hantar Doktor Nadir. Aku nak masuk ke dalam." Arah Ayahanda Andika. Mereka berdua menganggukkan kepala tanda menerima arahan.

"Sekali lagi Terima Kasih doktor." Ucap Ayahanda Andika sambil bersalaman dengan Doktor Nadir.

"Sama-sama." Jawab Doktor Nadir lalu dia mulai melangkah pergi meninggalkan ruangan itu.

Ayahanda Andika segera masuk ke dalam bilik Tuah dan mengunci pintu bilik itu. Terlihat Tuah termenung kosong diatas katil. Mujurlah semua orang tiada dirumah semalam. Kalau tidak mesti rancangannya agak gagal lagi.

Belum masa untuk orang rumah ini tahu tentang Tuah yang sudah sedarkan diri itu.

"Tuah." Tegur Ayahanda Andika yang sudah ada ditepi katil Tuah itu.

Tuah terus memusingkan kepalanya memandang Ayahanda Andika. Dia masih rasa tak faham apa yang berlaku. Kenapa dia ada diatas katil ini. Kepalanya sakit. Lebih-lebih lagi bawah dadanya masih rasa perih.

"Apa jadi?"

"Kau tak ingat?" Tanya Ayahanda Andika pada Tuah. Tuah menggelengkan kepalanya tanda dia tak ingat.

Ayahanda Andika menghela nafasnya lalu duduk dikerusi yang ada ditepi katil itu.

"Perkara buruk berlaku ketika kau berada di Switzerland. Kau kena tembak dibahagikan bawah dada antara jantung dan hati. Keajaiban berlaku nyawa kau sangat liat untuk diambil." Ucap Ayahanda Andika menjelaskannya secara ringkas.

Tuah berkerut dahi. Dia kena tembak? Dia memandang sekeliling ruangan itu. Tak nampak macam hospital langsung.

"Aku dekat mana? Berapa lama dah aku macam ini?" Tanya Tuah tanpa nada.

"Kau dekat rumah aku. Sudah 2 bulan kau terlantar tidak sedarkan diri. Kau koma."

Mendengar perkataan koma Tuah terus memandang ke arah Ayahanda Andika. Dia koma selama 2 bulan? Lamanya!  Dia cuba menenangkan dirinya dan cuba untuk mengingat semula apa yang jadi.

Dia pergi Switzerland dan bercuti dengan Arsyakayla.

Arsyakayla!

"Isteri aku! Isteri aku mana?" Tanya Tuah gelabah.

"Sabar Tuah. Dia baik-baik saja." Ycap Ayahanda Andika sambil menahan Tuah yang nampak ingin turun dari katil itu.

"Mana dia? Kenapa dia tak ada dekat sini?" Tanya Tuah kehairanan. Entah kenapa dia rasa Ayahanda Andika tipu dia.

Ayahanda Andika sekali lagi menghela nafas. Dia ingatkan tak nak beritahu dulu tentang Arsyakayla tapi kalau macam ini gayanya memang dia perlu beritahu serba sedikit.

"Arsya okey. Dia baik-baik saja tapi dia tak ada dekat sini." Jawab Ayahanda Andika.

"Dia dekat mana?"

"California, Amerika syarikat."

"Hah?! Dia buat apa dekat sana?" Dahu Tuah berkerut kehairanan. Jauhnya isterinya pergi.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now