Bab 4

44 4 0
                                    

Kekanda Bima membaca maklumat yang baru saja diterimanya daripada Abang Long Jugah. Dia cuba mengawal emosinya yang sedang membuak-buak itu. Satu demi satu masalah yang ditimbulkan olah ketua-ketua dibawah mereka. Semuanya sudah lari daripada matlamat asal. Ketamakan terhadap kekayaan, kekuasaan, pangkat dan darjat mulai menghancurkan mereka.

Apakah mereka lupa sebab utama organisasi ini ditubuhkan?

Kekanda Bima meletakkan ipad yang dipegangnya tadi ke atas meja. Kekanda Bima bangun dari tempat duduknya. Dia merapikan bajunya lalu kakinya mulai melangkah ke arah jendela bilik itu. Pandangan dibuang ke luar. Melihat suasana sibuk bandar itu menunjukkan banyak manusia  yang keluar menjalankan tanggungjawab mereka.

Tapi adakah mereka benar-benar mengetahui tanggungjawab mereka yang sebenarnya?

"Jugah." Panggil Kekanda Bima pada Abang Long Jugah.

Abang Long Jugah yang sedari dari tadi berdiri ditepi meja kerja Ayahanda Bima mulai melangkahkan kakinya ke arah Ayahanda Jugah.

"Ye Kekanda?" Tanya Abang Long Jugah memandang ke arah Kekanda Bima yang membelakanginya itu.

"Ingat lagi kenapa Ayahanda Andika ambil kita berempat sebagai anak angkat?" Tanya Kekanda Bima pada Abang Long Jugah

"Untuk ubah hidup kita dan untuk latih kita sebagai role model pada masyarakat." Jawab Abang Long Jugah ringkas.

"Apa tujuan Ayahanda Andika buat tubuhkan Persatuan ini?" Tanya Ayahanda Bima lagi.

"Persatuan ini ditubuhkan untuk membantu masyarakat-masyarakat yang kesusahan, membanteras keganasan, membantu remaja-remaja yang sudah mulai terumbang-ambing akibat pengaruh luar yang negetif. " Jawab Kekanda Jugah dengan jelas.

"Apa yang cuba Ayahanda tunjuk pada masyarakat tentang persatuan kita."

"Kita Persatuan kebajikan. Bukan kelab kongsi gelap. Kita bukan gangster, kita bukan samseng. Kita ahli persatuan yang membantu masyarakat bukan menindas masyarakat. "Jawab Kekanda Jugah dengan diakhiri nada suara mengendur.

Dia faham maksud semua pertanyaan yang diajukan padanya. Dengan masalah yang terjadi sekarang sangat-sangat memberi beban pada Kekanda Bima kerana dia orang kanan Ayahanda Andika pemilik Organı kebajikan mereka. Dengan kondisi Ayahanda Andika yang tidak berapa sihat itu makin membuatkan dia serabut.

Setiap apa yang dilakukan oleh ketua-ketua dan orang-orang bawahannya ialah tanggungjawabnya. Baik mahupun buruk itu semua atas tanggungjawabnya. Mana mungkin dia membebankan Ayahanda Andika dengan hal-hal ini.

"Aku kesal," Ucap Kekanda Bima lalu memalingkan dirinya ke arah Abang Long Jugah.

"Dulu waktu Ayahanda masih mampu untuk bergiat aktif dalam persatuan ini. Langsung tak ada satu maslaah yang berkaitan jenayah pun muncul. Bahkan setiap ketua-ketua melaksanakan tanggungjawab mereka dengan amanah tanpa bermusuh antara satu sama lain." Luah Kekanda Bima dengan suaranya yang sayu.

"Tapi semua berubah secara perlahan-lahan sejak 16 tahun lalu. Banyak ketua-ketua yang mulai naik kepala. Banyak yang sudah mulai berpaling daripada matlamat yang sebenarnya. Amanah yang Ayahanda beri mereka salah gunakan. Kebenaran yang ayahanda berikan intuk mereka uruskan kumpulan-kumpulan mereka, mereka pergunakan untuk kepentingan peribadi. Akal mereka panjang sehingga boleh mengaburi mata pihak-pihak berkuasa. Mereka licik dalam menipu Ayahanda. Kenapa Juga? Kenapa mereka jauh terpesong?" Lauh Kekanda Bima dengan perasaan yang cukup kesal dan kecewa dengan orang-orang bawahan mereka.

Abang long Jugah menundukkan kepalanya. Benar apa yang diucapkan oleh Kekanda Bima itu. Sejak 14 tahun selalu ketua-ketua dibawah mereka makin hari semakin jauh. Bahkan sudah tidak mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mereka cuma tidak berani melawan Ayahanda Andika kerana Ayahanda Andika mempunyai banyak bukti yang boleh menghumbankan mereka semua ke dalam penjara.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now