Bab 34

27 2 0
                                    

Halif memberhentikan kereta yang dipandu agak jauh daripada perkarangan rumah Tuah. Setelah berminggu-minggu mencari alamat baru rumah Tuah akhirnya dia jumpa juga. Tuah kerap kali berpindah membuatkan dia rasa curiga. Dia juga mengupah ornag untuk ekori Akmal dan Amir ke mana saja mereka berdua itu pergi.

Mikhail disebelah dipandangnya. Wajah Mikhail nampak terpaksa mengikutinya. Tapi dia tetap memaksa Mikhail untuk mengikutinya sebab dia nak tunjuk bukti lain bahawa Tuah ialah pengkhianat.

Halif mengambil sampul surat yang berada diatas dashboard lalu diserahkannya pada Mikhail.
"Dalam Ini gambar mereka bertiga. Kau tengok duaorang lelaki dalam gambar itu dan kau tengok siapa yang akan keluar daripada rumah itu"

Mikhail mengambil sampul surat itu lalu memeriksa isi sampul tersebut.

Terlihat Tuah bersama dua orang laki. Nampak seperti muda lagi. Mungkin sebaya Arsyakayla.

"Siapa diaorang berdua ini?" Tanya Mikhail sambil memandang ke arah Halif.

"Orang yang sabotaj kerja aku. Mereka ini orang suruhan Hanz ." Jawab Halif namun matanya masih memandang ke arah rumah Tuah.

"Okey. Tadi abang cakap kita dekat rumah Tuah sekarang. Abang suruh Mikha tengok siapa yang keluar daripada rumah itu. Jadi abang nak cakap yang Tuah ada kaitan dengan mereka lah?" Teka Mikhail. Halif menganggukkan kepalanya tanda benar.

Halif menghela nafas pelik. "Kalau ye pun mereka ada kaitan Mikha tak rasa ada masalah disitu. Kita Tahukan yang Tuah itu dijaga oleh Pak Su Hanz sebelum ini. So apa yang nak peliknya?"

"Kau tak fikir ke yang Tuah tahu apa yang Hanz rancangan. Mereka bertiga ini serumah. Mustahil Dua ekor budak itu ada beritahu dia." Ucap Halif memenangkan dirinya.

Mikhail diam. Apa betul apa yang Halif cakap. Tapi dia tak rasa Tuah mengkhianat. Mana mungmin Tuah mengecewakan hati Arsyakayla buat sekali lagi.

"Abang yakin mereka yang sabotaj abang malam itu? Abang cakap mereka guna topeng. Macam mana abang boleh tahu mereka yang sabotaj abang? Kalau orang lain?"

Pertanyaan Mikhail serta merta mematikan ucapan Halif. Halif mendiamkan dirinya lalu memalingkan wajahnya. Walaupun dia tak nampak muka 2 orang itu tapi dia yakin Amir dan Akmal terlibat dalam kes itu.

Mikhail menghela nafas berat lalu pandangannya dialihkan ke arah rumah berwarna kelabu itu. Tidak lama kemudian dua orang lelaki keluar daripada rumah itu bersama dengan seorang perempuan.

Mikhail lantas memandang gambar ditangan lalu ke arah Akmal dan Amir pula.

Orang yang sama.

Jadi memang betullah Tuah dan dua orang lelaki itu saling mengenali. Tapi wajarlahkan?

"Nampak? Betulkan mereka saling mengenali?abang yakin mereka berdua itu yang sabotaj abang. Mereka itu orang suruhan Hanz. Boleh jadi mereka juga orang suruhan Tuah." Tanya Halif sinis.

"So? Kalau saling mengenali sekali pun why? It's normal abang. Tuah anak angkat Paksu. Mungkin mereka sudah lama kenal sebelum Tuah dengan kita lagi. Lagi satu takkan Tuah nak khianat daddy. Kita semua tahu Tuah macam mana. Kalau dia berkerja dalam satu kumpulan dia takkan khianat." Ucap Mikhail membela Tuah. Dia masih tidak dapat mempercayai ucapan Halif. Tambahan lagi, dia tahu bahawa Halif tidak sukakan kehadiran Tuah.

Halif merengus kasar. Dia memandang Mikhail tidak puas hati. "Eh kenapa semua orang percayakan dia? Korang semua tak nampak lagi ke? Kena semua tak syak Tuah terlibat? Setelah bukti yang aku beri pada korang semua, kenapa tak ada seorang pun yang cuba untuk siasat Tuah?" Marah Halif tidak puas hati.

Mikhail menghela nafas panjang. Dia malas nak bergaduh dan dia hormat Halif sebagai seorabg abang. Ikutkan hati dia memang nak lawan saja ucapan Halif itu.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now