Bab 78

28 1 0
                                    

Dia merenggangkan badannya. Badannya terasa letih namun tidurnya terasa sangat lena. Dia bangun dari pembaringannya lalu duduk. Matanya digosok-gosok perlahan-lahan. Dia memandang keliling ruang biliknya itu. Wajah berkerut melihat pintu balkoni biliknya yang terbuka itu.

"Aku ada buka ke semalam? Ke aku lupa tutup?" Tanya dia pada dirinya sendiri. Angin yang meniup masuk ke dalam biliknya membuat hidung menangkap sebuah bau wangi yang tidak asing.

Dia berkerut dahi

Termenung seketika. Baru bangun tidurkan jadi otak tak berapa nak berfungsi sangat. Dia menghelas nafas pendek.

"Kau terbawa perasaan Arsya." Ucapnya pada diru sendiri. Dia menyingkap selimut yang membalutinya.

Baru saja dia turunkan sebelah kakinya dia tiba-tiba teringat sesuatu.

Kenapa dia tidur elok terletak disini? Siap berselimut bagai. Sedangkan semalam dia tidur disebelah sama dalam keadaan melintang!

Aku rindu kau juga sayang... My little sweetie Apple Pie

Matanya membulat, mulutnya terbuka sedikit rabda terkejut.

"Suara itu... Suara Tuah..."

Dia terdiam seketika sambil cuba mengingat semula apa yang jadi semalam. Dia minta Tuah untuk hadir dalam mimpinya tapi yang dia ingat hanya suara Tuah yang mengucapkan ayat-ayat itu.

Dia memegang dadanya yang tiba-tiba rasa berdebar. Wangian itu semakin kuat menusuk ke dalam hidungnya. Lebih tepat biliknya sekarang dipenuhi dengan wangian itu.

"Tuah?" Ucapnya berdebar.

Namun pasti dia menggelengkan kepalanya. Dia kena sedar. Ini semua mungkin kerana rasa rindu yang mendalam dalam dirinya membuatkan boleh terfikir ini wangian Tuah. Suara malam tadi mungkin suara dalam hati dan fikirannya.

"Tuah dah tak ada Arsya. Kau kena terima semua takdir itu." Ucap Arsyakayla mengingatkan dirinya.

Kaki dibawa turun dari katil. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah kotak hitam diatas meja sebelah katilnya itu. Dahinya berkerut kembali. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa aneh. Rasa macam ada sesuatu yang berlaku malam tadi. Cuma dia tak ingat apa.

"Kotak ini..." Ucap Arsyakayla mengambil kotak itu lalu melihat isi dalamnya. Masih sama baju Tuah. Dia mendekatkan baju itu pada hidungnta untuk dihidu sekian kalinya.

Namun ada sesuatu yang membuatnya curiga. Bau baju Tuah ini, makin kuat. Macam baru dipakai. Dia menjauhkan baju itu dari mukanya. Wajah bingung terpancar di wajahnya.

"Apa jadi semalam? Kenapa aku tak ingat apa-apa?" Tanya Arsyakayla pada dirinya sendiri.

Dia bangun dari duduknya lalu dia berjalan disekitar kawasan biliknya itu. Matanta meliar memandang segenap ruangan itu. Cuba mengingat kembali apa yang terjadi semalam. Tapi hampa kerana benda terakhir dia ingat tentang kejadian semalam ialah suara yang dekat pada telinganya itu.

"Ugh... Sudahlah Arsya. Tak terjadinya orang dah meninggal hidup balik. Kau ingat dia akan jadi vampire?" Omel Arsyakayla pada dirinya sendiri. Kotak baju ditangannya dibawanya ke almari dan disimpannya semula ditempat asal.

Selesai itu dia terus mencapai tuali mandinya lalu melangkahkan kaki ke bilik air. Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk dimana dia harus bersama-sama pekerjanya untuk menyiapkan persiapan program tang akan dia adakan 3 hari lagi.

Tombol pintu dibuka. Dahinya berkerut lagi untuk kesekian kalinya. Cermin pada pintu bilik mandi ada wap dan lantai bilik mandinya basah! Seperti sudah ada yang menggunakan bilik mandinya.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now