Bab 6

63 6 0
                                    

"Tuah Akalil."

"Arsyakayla Lycra."

Masing-masing memandang antara satu sama lain. Pandangan yang mengambarkan rasa yang bercampur baur dalam hati mereka. Tidak ada ucapan dan kata yang dapat diucapkan untuk mengungkapkan rasa yang bercelaru dalam hati.

Lidah kelu.

Masing-masing pegun ditempat masing-masing. Keadaan sekeliling terasa sepi. Sepertinya hanya mereka berdua saja berada disitu.

Fikiran mereka mulai berlayar akan kenangan yang telah mereka cipta bersama. Sepertinya ada pita video yang bermain di mata mereka.

Kenangan manis dan pahit mulai bermain dimata.

Sebak?

Ya, kerana tidak sangka bakal berada dalam situasi yang seperti ini.

Gembira?

Ya, kerana sudah lama tidak berhubung dan bersemuka.

Rindu?

Ya, rindu dengan Kenangan, gelak ketawa dan pahit manis yang pernah mereka lalui.

Benci?

Ya, apabila mengingatkan kembali tentang punca berlakunya perpisahan antara mereka.

Tapi...

Mereka telah berjanji untuk tidak saling mengenali antara satu sama lain lagi. Bahkan telah berjanji untuk menganggap bahawa mereka tidak pernah kenal dan Kenangan mereka tidak pernah tercipta langsung.

"Pekerja Tan Sri Aariz?" Tanya Arsyakayla tenang. Dia tak boleh nampak sangat yang dia terkesan dengan keadaan ini. Jangan terlalu bawa perasaan dan suasana.

"Tetamu Tan Sri Aariz?" Tanya Tuah kembali. Nadanya juga tenang seolah tidak mengenali gadis itu

Arsyakayla memandang serius ke arah Tuah. Dia melepaskan bagasinya lalu berjalan ke rah pintu belakang tempat penumpang. Bagasi dibiarkan saja ditempat tadi.

"Correction! Anak Perempuan Tan Sri Aariz." Kata Arsyakayla dingin lalu masuk ke dalam perut kereta itu.

Tuah memejam matanya dan mengetap gigi menahan geram. Dibukanya matanya semula lalu memandang bagasi yang masih berada diluar kereta itu. Dia menjenguk sedikit ke cermin memandang Arsyakayla yang merenung tajam ke arahnya. Pandangan dilarikan tangan digenggam seketika cuba menahan emosi sebelum dia berjalan menuju ke arah bagasi milik Arsyakayla.

"Melayang terus adab perempuan ini!" Umpat Tuah. Dia terus membawa bagasi itu ke Bonet. Dia menutup bonet agak kasar menyebabkan Arsyakayla terkejut sedikit. Marah? Biarkan dia!

Tuah masuk ke dalam kereta. Cermin pandang belakang dilihatnya dan dia ternampak Arsyakayla memandang ke satu arah. Lantas dia memandang ke arah pistol yang ada di tempat kosong sebelah kerusi itu.

"Simpan." Arah Arsyakayla dingin. Tuah tanpa membantah terus mengambil pistol itu lalu dimasukkannya ke dalam dashboard. Arsyakayla memandang sekilas Tuah sebelum dia membuatkan pandangannya keluar.

Belum apa-apa dia dah tengok benda yang dia tak suka.

Tuah menghidupkan enjin kereta. Pedal brek tangan diturunkan, gear diubah danpedal minyak ditekan perlahan-lahan lalu kereta pun meluncur meninggalkan kawasan airport.

****

Halif memberhentikan keretanya dihadapam sebuah gudang yag terbiar. Enjin kereta dimatikan dan dia keluar daripada perut kereta. Kaki dibawa melangkah ke arah depan pintu gudang tersebut. Halif membuka kunci mangga pintu lalu menolak pintu gudang itu seluas-luasnya.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now