Mikhail yang baru saja hendak pergi ke ruang tamu itu tiba-tiba terbantut kerana mendengar bunyi loceng. Terus kaki dibawa melangkah ke arah pintu rumah.
"Siapa pula yang datang ni."
Mikhail lantas membuka pintu. Terlihat seorang perempuan membelakanginya. Kerutan di kening terhasil. Tidak boleh mengecam siapa gerangan perempuan didepannya itu.
"Excuse me? Siapa eh?"
"Suprise!!!!"
Alangkah terkejutnya Mikhail apabila melihat Ariana Balqis yang ada dihadapannya itu. Senyum lebar dengan mata yang bersinar akibat terkejut terhasil pada wajah Mikhail.
"Weyyyy Riri!!!" Ucap Mikhail terkejut. Ariana terus mendekati Mikhail dan mereka berpelukan seketika.
"Masuk." Pelawa Mikhail sambil menarik Ariana masuk ke dalam.
"Pak Ngah Aariz mana?" Tanya Ariana sambil mengekori Mikhail.
Mikhail hanya mendiamkan diri saja. Dia terus menaeik Ariana pergi ke arah laluan ruang tamu.
"Teka siapa yang datang!" Ucap Mikhail dengan nada gembira.
Tan Sri Aariz yang sedang menonton televisyen itu terus mengalihkan pandangannya ke arah Mikhail yang baru tiba-tiba ke ruang tamu itu.
Matanya terbeliak dan senyum manis terukir dibibirnya apabila melihat gerangan gadis yang ada di belakang Mikhail itu. Gadis itu turut tersenyum gembira memandangnya.
"Pak ngah!!!" Ucap Ariana girang sambil berjalan ke arah Tan Sri Aariz.
"Ya Allah Riri. Bila kamu sampai Malaysia?" Tanya Tan Sri Aariz terkejut. Huluran tangan Ariana disambutnya. Ariana tersenyum lebar lalu duduk disebelah Tan Sri Aariz.
"Riri dah balik 4 bulan lepas. Tapi baru ada masa nak melawat Pak Ngah dengan yang lain." Ucap Ariana diakhir sengihan.
"Lah. Sibuk sangat ke kamu? Ni sekarang buat apa?" Tanya Tan Sri Aariz.
"Mana tak sibuknya Pak Ngah balik sinis Riri terus masuk kerja. Riri jadi Doktor Hospital swasta." Ucap Ariana sambil menyandarkan badannya ke sofa. Ini pun dia baru saja habis kerja.
"Ini kamu baru balik dari kerja ke?" Tanya Tan Sri Aariz apabila melihat wajah Riri keletihan.
"Ye Pak Ngah. Baru je habis. Dengan Khabar Mikha dah keluar itunya terus melencong ke sini." Ucap Ariana lalu memandang ke arah Mikhail.
"Amacam hidup sekarang ada baik ka?"
"Hahahah Alhamdulillah." Jawab Mikhail ringkas.
"So apa kau nak buat sekarang? Kembali seperti dulu?" Tanya Ariana yang ingin tahu rancangan Mikhail seterusnya.
"Not sure lagi. Aku masih nak rehat. Mybe dalam 2 minggu lagi aku try uruskan bisnis daddy aku?" Ucap Mikhail sambil mandi ke arah Tan Sri Aariz. Kelihatan Tan Sri Aariz turut memandangnya dan menghadiahkan anggukkan kepala tanda setuju dengan perancangan Mikhail itu.
"Ilmu didada dan otak kau masih ada lagi ke nak uruskan syarikat Pak Ngah? Jangan muflis sudah ler." Sndir Ariana bergurau. Mikhail memandang Ariana tidak puas hati. Bantal kecil di tepinya diambil lalu dibaling ke arah Ariana.
"Eh sorry sikit ye Ini Mikha. Budak pandai setakat nak uruskan bisnis itu tak da hal lah." Ucap Mikha mempertahankan dirinya.
"Hahhaha yelah Mikha kau memang budak pandai tapi kadang bongok juga." Sindir Ariana lagi. Mikhail menghadiahkan jelingan pada Ariana. Malas dia nak berbalah. Buat sakit hati saja.
"Papa tahu kamu ke sini?"
Mendengar soalan itu senyuman Ariana mati. Dia bangun dari sandarannya lalu memandang ke arah Tan Sri Aariz.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...