Bab 1

137 7 4
                                    

"Ughhhh.... Ughh... Ughhh."

Bunyi nafas yang tercungap-cungap setelah lama berendam di dalam air. Dadanya naik turun mengatur nafas. Dia memandang sekeliling ruang bilik air sebelum keluar daripada tub mandi tersebut.

Tuala diambil dan dibalutnya ke badan. Cermin di dekatinya. Mata memandang tajam ke arah dirinya sendiri dari biasan cermin. Pandangan yang penuh dendam dan amarah. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Soon i will take my revenge. Soon. SOON!" Ucapnya sambil menekan perkataan teakhir itu. Senyuman sinis terukir.

Dia terus mengambil pistol yang ada diatas sinki itu lalu dibawanya keluar dari bilik mandi itu. Pistol di lemparnya ke tilam lalu dia menuju ke arah almari.

Jaket hitam, baju hitam dan jeans hitam diambilnya serta dipakai. Selepas itu dia menuju ke arah meja yang berada disebelah katilnya.

Telefon diambil dan dihidupkan. Terdapat beberapa persanan yang diterima. Tapi hanya satu pesanan saja yang menarik perhatiannya. Dia terus membuka pesanan tersebut.

Bersedia. Mereka dah sampai diperlabuhan.- Leo.

Dia tersenyum sinis lalu mencari nombor seseorang. Lalu menelefonnya. Tidak lama kemudian panggilannya diangkat.

"Selesaikan kerja korang semua.Pastikan mereka sudah tukar container tersebut. Aku dan Leo on the way ke sana. " Ucapnya memberi arahan lalu menutup panggil telefon tersebut. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar.

Setelah merapikan diri di cermin dia terus mengambil pistol dan diselitnya dipinggang seluar sebelum keluar dari bilik. Hari yang mengubah hidupnya kembali dan permulaan bagi pengalaman barunya. Dia pasti kali ini dia yang bakal tamaykan permainan ini.

Kakinya melangkah ke arah sebuah bilik. Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak kedalaman. Kepalanya dijengah ke dalam untuk melihat siapa yang ada di dalam.

Terdapat  seorang wanita tua dalam lingkungan 50 an dah juga seorang wanita dalam lingkungan 40 an. Dia terus masuk ke dalam bilik itu.

"Assalamualaikum." Ucapnya mesra. 

Kedua orang wanita itu tersenyum ke arahnya. "Waalaikumussalam." Jawab mereka serentak.

"Tuah." Panggil wanita tua itu. Tuah terus menghampiri wanita itu lalu peluk dan cium wanita itu.

"Tuah ke mana? Lama mak tak jumpa Tuah." Ucap maknya sambil mengusap kepala anaknya itu. Tuah terus memandang wanita yang digelarnya Maksu Ainul.

Maksu Ainul memandang serius pada Tuah. Tuah memalingkan mukanya lagi ke arah maknya. "Tuah ada kerja mak." Jawab Tuah sambil mengusap dan mencium tangan maknya itu.

"Macam mana Mak?" Tanya Tuah pada Maksy Ainul.

"Alhamdulillah Tuah, minggu ini tak da pula dia meragam okey saja emosinya." Jawab Maksu Ainul.

Tuah menganggukkan kepalanya faham. Dia mengusap kepala dan mencium ubun-ubun maknya itu. Sesekali dia mengusap tangan maknya. Rindunya dia dengan maknya. Hampir sebulan dia tak jumpa nak dia. Nasib baik ada Maksu Ainul ini iaitu adik kepada arwah bapaknya itu ada. Kalau tidak dia pun tak tahu nak harapkan siapa.

Selepas sebulan arwah bapaknya meninggal dunia Maknya disahkan menghidap sakit mental yang menyebabkan Maknya terpaksa ditahan di hospital Sakit jiwa. Pada awalnya dia mengamuk kerana dia tak sampai hati untuk biarkan maknya didalam itu. Tapi kudratnya tidak berdaya untuk menjaga maknya.

Tapi Alhamdulillah setelah 2 tahun maknya didalam Hospital Maksu Ainul menawar diri untuk menjaga maknya. Jadi mereka minta kebenaran Pihak hospital untuk menjaga dan merawat maknya di Rumah memandang Maksu Ainul ialah bekas doktor.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now