Arsyakayla memandang ke arah Tuah yang sedang menyiapkan senjata itu. Mereka semua ditegaskan untuk tidak menghalang Tuah daripada bertindak. Tak sangka Tuah dapat semua senjata ini semua disini.
Arsyakayla menyiku tangan Akmal.
"Mana dia dapat?" Tanya Arsyakayla yang bingung itu.
"Kawan dia."
"Dia ada kawan dekat sini?"
"Arsya suami kau itu Tuah Akalil faham. Tuah Akalil." Sampuk Amir pula.
Arsyakayla menghela nafas berat. Hebat juga suaminya ini, mana-mana pergi ada saja orang kenal.
Mereka semua tidak tahu apa yang cuba Tuah lakukan itu. Tuah terus bertindak tanpa beritahu mereka apa-apa. Tapi yang pasti Tuah mesti pergi jumpa Ariana atau Aaron.
"Tuah."
"Diam Kayla." Tegas Tuah keras membuatkan Arsyakayla terus mengunci mulutnya. Nada suara Tuah kedengaran kasar. Nampak sangat Tuah tidak mahu diganggu.
Tuah selesai menyiapkan senjatanya lalu dia bangun dari duduknya. Dia memandang tajam ke arah mereka yang ada di depannya
Tuah kemudian mendekati mereka berenam yang nampak takut itu. Beg yang berisi senjata diberikan kepada Akmal.
"Tanpa bantahan. Aku amanahkan Arsyakayla pada korang berlima. Balik Malaysia! Jangan tunggu aku." Arah Tuah tegas dengan wajah yang dingin.
Mereka semua tercengang dengan arahan Tuah. Tanpa berbincang apa-apa mahupun bertanyakan pendapat Tuah terus arahkan mereka semua untuk balik Malaysia.
"Tuah! Apa ni? Kenapa tiba-tiba?" Tanya Arsyakayla tak puas hati.
"Diam! Ikut arahan aku!" Tegas Tuah lagu lalu memandang tajam ke arah Arsyakayla supaya Arsyakayla takut dengannya.
Tapi Tuah lupa Arsyakayla ialah cerminannya. Arysakayla turut memberi pandangan tajam dan bengis ke arah Tuah.
"Saya takkan ikut arahan awak selagi awak tak bagitahu saya awak nak pergi mana dan apa yang awak nak buat?" Tegas Arsyakayla sambil mengambil pistol yang ada ditangan Tuah lalu dilemparkannya ke sofa. Tuah menahan geram. Dia tidak terkejut dengan tindakan Arsyakayla sebab dia tahu isterinya macam mana.
"Ikut arahan aku. Aku suami kau. Jangan lawan. Jangan degil." Ucap Tuah tegas. Dia mendekatkan lagi dirinya pada Arsyakayla.
"I will not." Tegas Arsyakayla kasar didepan muka Tuah.
"Tak boleh ke kau ikut cakap aku?"
"Tak boleh ke awak bincang dengan saya apa awak nak buat? Saya isterikan? Kita dah kahwin. Awak cakap kita dah kahwin apa-apa keputusan kena bicang sama-sama tapi apa yang awak buat sekarang Tuah?" Marah Arsyakayla pada Tuah yang tetap berdegil itu.
Tuah tersenyum sinis mendengar ucapan Arsyakayla.
"Bincang sama-sama? Kalau kau tahu benda itu kenapa kau rahsiakan setiap ugutan yang Aaron beri pada kau? Dah kahwinkan? Kenapa tak nak jujur dengan aku. Kenapa masih nak berahsia? Kau nak buat apa sebenarnya Kayla. Ke kau tak anggap perkahwinan ini?" Ungkit Tuah tidak puas hati dengan Arsyakayla yang seolah-olah mengalahkannya itu. Arsyakayla mendesaknya dikala marah menguasai dirinya.
Serta merta lidah Arsyakayla terkelu. Tidak tahu hendak berkata apa tentang perkara itu kerana benar dia rahsiakan daripada Tuah. Tapi dia buat sebab dia sayang Tuah. Dia tak nak Tuah diapa-apakan oleh Aaron.
"Kenapa diam? Terasa? Betulkan? Kalau kau anggap kita dah kahwin kau sepatutnya jujur dengan apa semua benda or mybe apa yang Ariana cakap itu betul. Kau sebenarnya dah rancang dengan Aaron untuk jatuhkan aku. Yelah bff kau kan? And kau sayang daddy kau. So kau sanggup buat apa saja untuk selamatkan daddy kau kan" Ucap Tuah sinis tanpa sedar. Kerana emosi yang menyelubungi dirinya dia sudah tidak kesah apa saja yang keluar daripada mulutnya itu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...