Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tapi Tuah masih belum pulang. Petang tadi Tuah cakap nak keluarga sekejap adahal. Jadi dia tak suruh budak-budak balik lagi. Tuah suruh budak-budak temankan dia disini. Bila ditanya kenapa dia cakap tak penting. Wajahnya nampak serius saja. Lepas rehat daripada balkoni tapi dia perasan Tuah ada bercakap melalui telefon dengan seseorang tapi tak tahu siapa.
"Arsya. Tuah pergi mana sebenarnya?" Tanya Akmal pada Arsyakayla. Mereka daripada tidur tadi sekarang dah bangun tidur dan sempat makan lagi. Tapi Tuah masih belum balit lagi.
Arsyakayla menggelengkan kepalanya saja. Hatinya dipugut resah. Hal apa saja Tuah ada disini sampai 1 pagi belum balik-balik.
"Dia tak bagitahu apa-apa pada korang ke?" Tanya Arsyakayla pula. Mereka semua menggelengkan tanda tidak ada. Arsyakayla menghela nafas berat. Dia bangun dari sofa lalu berjalan ke balkoni ruang tamu itu.
Udara malam disedut dan dihembus keluar. Perasaan yang serah cuba ditenangkan. Dia takut apa-apa jadi pada Tuah diluar sana. Sudahlah Aaron ada bersama mereka disini. Takut nanti Aaron apa-apakan Tuah macam mana?
"Atau Tuah pergi jumpa Aaron." Ucap Arsyakayla meneka. Dia kemudian masuk ke dalam semula lalu mendekati yang lain.
"Ataupun Tuah pergi jumpa Aaron!" Bagitahu Arsyakayla pada mereka semua.
Mereka semua berkerut dahi dengan tekaan Arsyakayla itu.
"Kenapa pula dia nak jumpa Aaron? Aaron ada disini ke?" Tanya Akmal pelik.
Arsyakayla serta merta diam. Dia lupa yang mereka semua tak tahu bahawa Aaron ada disini. Apakah patut dia bagitahu mereka bahawa Aaron mengugutnya? Bagitahu sajalah. Sampai bila-bila pun masalah takkan selesai kalau asyik berahsia saja.
"Actually aku ada benda nak bagithau korang semua." Ucap Arsyakayla memulai bicara. Ya dia tak patut berdiam diri. Dia sepatutnya jujur dari awak supaya Tuah dan yang lain boleh selesaikan masalah ini.
"Apa Arsya?"
"Sebenarnya Aaron ada disini. Sepanjang kita disini sebenarnya dia dah ekori kita semua dan yang paling teruk Aaron sempat ugut aku untuk tinggalkan Tuah." Jujur Arsyakayla. Jelas wajah mereka semua terkejut.
"Kenapa Cik Arsya tak bagitahu awal-awal? Tak mustahil Tuah sekarang pergi jumpa Aaron seorang diri." Ucap Fir melontarkan soalan pada Arsyakayla.
"Aaron ugut untuk bunuh Tuah kalau aku bagitahu yang dia ugut aku." Ucap Arsyakayla dengan nada takut.
"Dia ugut apa? Jelaskan pada kami." Tanya Akmal yang Khawatir itu.
"Aaron minta aku serah diri pada dia. Dia bagi masa 2 minggu mulai hari perkahwinan kami. Kalau aku tak serah diri pada dia. Dia akan bunuh Tuah." Ucap Arsyakayla jujur.
"2 minggu maksudnya tinggal lagi. 4 hari!" Ucap Akmal terkejut dan serta merta bangun dari duduknya. Dia memegang kepalanya tidak percaya. 4 hari lagi masa yang tinggal. Tak hairan kenapa Aaron Damian berani ugut untuk bunuh Mak Jijah dan salahkan Arsyakayla dan Tuah.
"Arsya... Apa kau fikri Arsya. Kenapa baru sekarang kau bagitahu. 4 hari lagi Arsyakayla 4 hari lagi. Apa yang dapat Tuah dan kami buat 4 hari untuk selesaikan masalah ini? Sepatutnya kau bagitahu kami lebih awal Arsya supaya kami boleh fikir apa nak buat." Ucap Akmal yang masih cuba bertenang itu. Walaupun dia betul-betul rasa nak marah dengan tindakan Arsyakayla yang merahsiakan perkara ini pada mereka semua. Terutama sekali Tuah.
Arsyakayla menundukkan kepalanya. Mulai sedar atas kesalahan dirinya. Sepatutnya dari awal lagi dia dah bagitahu Tuah. Sepatutnya dia percaya Tuah mampu selesai masalah ini. Ya dia akui dia salah. Dia akui dia bodoh.Tapi dia takut. Dia takut jika dia jujur pada Tuah, Aaron sudah menyiap perangkap untuk menumbangkan Tuah. Dia takut disebabkan dirinya orang lain kena tempias. Dia tak mahu ada orang hilang nyawa disebabkan dia degil tidak mahu serah diri.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...