Bab 79

22 3 2
                                    

Seawal jam 10 pagi lagi Golden Gate park San Francisco telah dipenuhi oleh para tetamu yang turut sertai memeriahkan Program Kebajikan pada hari ini. Dia keadaan yang genting ini terselit rasa bersyukur dan gembira kerana berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan program kebajikan untuk anak-anak yatim, orang-orang tua dan gelandangan yang ada di sini.

Program sudah 1 jam berlangsung. Makin ramai tetamu yang hadir.Program ini merupakan program yang terakhir untuknya kerana selepas semua masalahnya selesai dia sudah merancang untuk mengasingkan dirinya dengan dunia luar. Tidak mahu aktif seperti ini lagi. Dia mahu jadi orang biasa yang tidak dikenali oleh masyarakat.

Ingin membina hidup baru yang sederhana bersama anaknya. Dia ingin membesarkan anaknya dengan suasana yang aman damai, tenang dan bersederhana. Ingin anaknya belajar erti bersyukur dan redha agar tidak taksud dengan dunia yang boleh membinasakan diri sendiri jika tidak bijak mengendalinya.

"Wow termenung jauh nampak." Sapa Ryan Sky Bursin padanya yang sedar memerhati pada tetamu yang hadir itu.

Arsyakayla memberi senyuman gembira pada Ryan Sky Bursin.

"Thankyou." Ucap Arsyakayla pada Ryan Sky Bursin.

"For?"

"Bantu aku jayakan program ini." Jawab Arsyakayla jujur.

"Aku cuba tolong sikit je Arsya. Kau sepatutnya berterima kasih pada diri kau sendiri sebab berjaya buat ini semua disaat kehidupan kau dilanda masalah." Jawab Ryan Sky Bursin merendahkan diri.

Arsyakayla tergelak kecil.

Terima Kasih wahai diri sendiri kau mampu kuat harungi cabaran hidup kau.

"Mereka belum datang lagi." Ucap Victoria yang baru saja mendekati mereka itu.

Arsyakayla dan Ryan Sky Bursin memandang sekilas ke arah Victoria lalu memerhati para tetamu yang hadir.

Ya Keluarganya belum tiba lagi. Sudah 1 jam majlis berlangsung tapi mereka belum datang lagi. Arsyakayla mulai resah. Takut Mr.Claus dan Aaron Damian merancang sesuatu tanpa dia ketahui.

"Macam mana kalau Mr.Claus dah culik mereka?" Teka Arsyakayla yang kerisauan itu. Dia mulai bermain dengan jari jemarinya menghilangkan resah.

"Tak mungkin. Aku dah tanya semua pekerja-pekerja daddy aku. Mereka cakap mereka tak terima arahan apa-apa kecuali arahan untuk mereka bertindak malam ini." Beritahu Victoria pada Arsyakayla yang namapk resah sangat itu.

Tiba-tiba Aaron Damian berjalan ke arah mereka dengan menghadiahkan senyuman manis pada Arsyakayla. Arsyakayla terpaksa mengubah perwatakannya serta merta.

Arsyakayla tersenyum ke arah Aaron Damian lalu melangkahkan kakinya mendekati Aaron Damian.

"Congratulations,Sayang you did it." Ucap Aaron Damian sambil meraih tangan Arsyakayla lalu dicium sekilas. Arsyakayla  menghadiahkan senyuman saja pada Aaron Damian

"Thankyou." Jawab Arsyakayla mesra.

"So bila you nak umumkan berita penting itu?" Tanya Aaron Damian yang nampak tidak sabar itu.

"Mereka dah sampai?" Tanya Arsyakayla pada Aaron Damian inginkan kepastian.

"Who? Your family?" Tanya Aaron Damian inginkan kepastian.

"They are not my family Aaron." Tegas Arsyakayla. Dia tidak mahu Aaron Damian mengesyaki apa-apa. Dia tahu lelaki itu meraguinya jadi dia harus berlakon seakan dia bencikan keluarganya sendiri..

Aaron Damian tersenyum puas. Sekarang rasa percaya dia pada Aaron Damian semakin kuat. Melihat gerak geri dan percakapan gadis itu membuatkan dia percaya yang Arsyakayla itu jujur.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now