Tuah berjalan santai menuruni tangga. Dia agak pelik bila malam ini ramai orang-orang Tan Sri Aariz tidak ada dirumah. Ke mana yang lain pergi? Kalau ada tugasan kenapa tak ada sesiapa yang memaklumkan padanya? Sampai ke anak tangga yang terakhir Tuah memandang kiri dan kananya.
Sunyi.
Dia terus melangkah ke arah kanan iaitu laluan untuk ke ruang tamu.
"Aku percayakan kau jadi untuk kali ini aku serahkan tugas ini kepada kau. Ingat aku nak barang-barang itu sampai pada mereka dengan tangan kau sendiri. Bukan melalui sesiapa. Jangan timbulkan masalah lagi. Ramai orang yang dah undur diri untuk tidak lagi berkerjasama dengan aku. Jadi kali ini jangan hampakan harap aku pada kau." Ucap Tan Sri Aariz.
Tuah yang ingin melangkah ke arah masuk ke dalam Ruang tamu itu terus terbantut. Langkah serta merta terhenti. Perbualan antara Tan Sri Aariz dan Halif. Mendengar dari nada suara Tan Sri Aariz ianya agak serius.
"Kalau saya minta satu permintaan boleh?" Tanya Halif pada Tan Sri Aariz.
Tan Sri Aariz memandang ke arah Halif. "Apa?"
"Jangan beritahu Tuah tentang tugasan ini." Pinta Halif.
Tan Sri Aariz menghela nafasnya dan menjeling ke arah Halif. Lagi dan lagi Halif nak salahkan Tuah!
"Kau tak habis-habis lagi nak salahkan Tuah?" Tanya Tan Sri Aariz agak kasar.
Halif diam sambil menundukkan kepalanya. Dia yakin apa yang jadi tempoh hari ada kaitan dengan Tuah. Dia yakin Tuah yang telah mensabotaj kerjanya itu. Dia yakin Tuah ialah dalangnya.
"Cukup-cukup rasa dengki kau terhadap Tuah. Sampaikan kesalahan sendiripun kau nak libatkan orang lain!!!" Ucap Tan Sri Aariz lagi.
"Saya bukan dengki! Saya cuma dapat rasakan Tuah ada kaitan dengan kes yang lepas." Ucap Halif dengan lantang dan yakin.
"Cukup Halif! Cukup. Cukup burukkan Tuah!" Marah Tan Sri Aariz lalu bangun dan menghampiri Halif.
"Mengaku sajalah ini semua salah kau? Kenapa kau perlu libatkan orang yang tidak bersalah? Perkara yang berlaku tidak ada kaitan dengan Tuah!!! Semua salah kau!!! Dah macam-macam usaha kau buat untuk tunjukkan yang Tuah bersalah selama 10 tahun kau cuba buktikan yang Tuah bersalah. Tuah pengkhianat tapi bukti kai langsung tak cukup untuk salahkan Tuah atas setiap perkara yang kau buat." Marah Tan Sri Aariz. Dadanya turun naik akibat marahnya tadi. Serabut dia asyik Halif nak salahkan Tuah saja.
"Beri saya peluang untuk buktikan yang saya tidak bersalah." Rayu Halif lagi tidak putus asa.
Tan Sri Aariz memalingkan mukanya sambil menahan amarah. Halif tak habis-habis inginkan peluang untuk membuktikan dia tidak bersalah.
"Okey. Baiklah aku beri kau peluang. Tugas kali ini Tuah tidak akan tahu. Tugas ini antara kita berdua saja. Tapi... Kalau tugasan kali ini gagal... Kau tahu apa nasib kau." Kata Tan Sri Aariz mengizinkan Halif serta memberi peringatan pada Halif.
Halif menganggukkan kepalanya. Kali ini dia akan pastikan yang dia berjaya. Dia akan buktikan yang Tuah ada kaitan dengan kes tempoh hari.
Tuah kembali menuju ke tangga. Akalnya mulai mengeluarkan idea. Pelbagai idea jahat yang muncul untuk memerangkap Halif. Halif nampaknya nekad untuk jatuh dia.
Tak apa kita tengok siapa yang jatuh tersungkur nanti!
Arghh dia sukakan cabaran ini. Dia sukakan hura yang terjadi diantara keluarga ini. Dia harus menyusun strategi yang bagus untuk menggagalkan rancangan Halif.
"Tuah!"
Suara memanggilnya. Lantas dia merapikan dirinya lalu berjalan menuju ke arah suara itu.
Ruang tamu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...