"Awak, kenapa ni? Macam tak suka je saya datang jumpa awak."
Aku masih lagi diam. Duh! Serius aku tak tahu nak bersembang apa dengan dia ni.
Mataku memandangnya dan dia masih lagi tersenyum. Dia ni tertelan sebaldi gula ke apa? Tahu tak bila dia senyum gitu, muka dia nampak manis. Sumpah sweet!
"Saya ingat nak bawak awak keluar pusing-pusing JB. Tapi tadi masa saya bawak Qiden and Arep keluar pergi bandar, diorang cakap pelajar aspuri outing hari Ahad. Tapi sokay, saya pun memang ada bawakan something untuk awak. Hope awak suka. Sebab dari tadi muka awak tak senyum pun bila tengok saya." Katanya sambil membuka pintu kereta di seat sebelah pemandu.
Oh, jadi dia baru lepas jumpa Qiden dengan Arep lah ni. Lagipun hari Sabtu memang hari untuk pelajar aspura pergi outing.
Aku hanya berdiri memerhati perlakuannya sambil dua tanganku menyeluk saku jubahku.
Dia menghulurkan chocolate bouquet kepadaku. Aku sedikit tergamam dengan pemberiannya itu.
"Untuk aku ke?" Aku bertanya. Dia mengangguk.
Ragu-ragu aku menyambut huluran chocolate bouquet dari dia. "Thanks." Ucapku perlahan sahaja. Mukaku yang sedari tadi mendatar, kini tersenyum sedikit.
"My pleasure. Oh by the way, sorry sebab saya ada cakap saya ni abang awak dekat student yang tolong panggilkan awak tadi. Sorry eh."
Dah agak dah. Tak kan lah angah aku tetiba rajin nak datang sini semata-mata nak melawat aku.
"Eh takpe. Lagipun, takkan kau nak cakap kau ni pakwe aku. Matilah aku kena gosip nanti."
Dia tergelak kecil. Kemudian dia berkata, "Ok lah Nicha, study leklok. Saya balik dulu. Next week ada imtihan kan? Allah yuftah 'alaik. Takmo nakal-nakal k."
"InshaaAllah. Haah, kitorang imtihan next week. Mesti Qiden dengan Arep yang bagitahu kau kan."
Dia senyum dan sekadar mengangguk kecil. Sebelum dia berlalu ke pintu di seat pemandu, aku tetiba teringat sesuatu.
"Weh, kau tak kerja ke hari ni?" Soalanku itu membuatkan dia menoleh ke arah ku semula.
Dia menggeleng. Masih lagi bibirnya dihias dengan senyuman indah. "Saya dah berhenti kerja. Next week saya kena daftar masuk KMJ."
"Whoa, tahniah weh."
Dia senyum dan anggukkan kepalanya. Sebelum ni, dia bagitahu aku yang dia kerja part time ikut kontraktor buat bangunan or rumah-rumah. Tapi aku pelik, asal entah kulit muka dia still maintain cerah. Tak gelap pun. Bukan ke biasanya kalau kerja gitu muka akan jadi gelap. Ni aku tengok muka dia makin handsome pulak.
"Kenapa awak tenung muka saya macam tu?" Dia bertanya. Aku sengih segaris menutup rasa malu sebab kantoi tenung muka dia.
"Errr takde lah, aku just pelik sebab muka kau tak gelap pun. Bukan kau kata kau kerja buat bangunan ke? Kan kerja tu kena berjemur kat tengah panas."
Dia tergelak lagi. Entah kenapa aku suka pulak bila dengar dia ketawa.
"Thanks Nicha sebab puji saya handsome."
"Eh, bila masa aku cakap kau handsome? Euwww. Perasan." Kataku pura-pura meluat. Tapi serius aku dah mula selesa berbual dengan dia.
"Oh, takde puji eh. Haha. Saya tutup muka time kerja. So nampak mata je. Tu yang muka ni still handsome. T-shirt pun saya pakai yang long sleeve." Dia bercakap sambil diselangi ketawa kecil.
"Ceh, patutlah. Eh, lupa nak tanya. KMJ tu kat area mana eh?" Soalku kepadanya. Memanglah aku tahu KMJ tu stand for Kolej Matrikulasi Johor. Tapi aku tak tahu KMJ tu kat area mana.
"Kat area Tangkak, sayang." Jawabnya masih tak berhenti mengoyak senyum.
Aku terkebil bila dia sebut word 'sayang' tu tadi. Haih. Sikit je lagi nak cair. Mujurlah aku sempat control jiwa ni. Bukan aku tak biasa dengar dia panggil aku sayang. Tapi kali ni dia panggil gitu face to face kot. Selalunya dia panggil camtu kat phone je. Hikhik. Segan kita. Euwww asal tetiba aku gedik lak ni. Erghhh.
"Ok lah awak. Saya gerak dulu. Assalamu'alaikum." Usai berkata begitu, dia masuk ke perut keretanya. Atau mungkin kereta ayahnya. Malas nak tanya dia bawa kereta siapa.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...