Selepas mengharungi kesibukan jalan raya, akhirnya Myvi Hadi berjaya juga sampai di the Starling Mall dengan selamat. Hadi memarkirkan keretanya di level 2 dan berhampiran dengan mall entrance. Keluar dari kereta, Hadi menekan button pada remote kunci keretanya untuk menge-lock keretanya. Setelah itu, mereka berdua berjalan menuju ke pintu masuk mall.
Hadi melihat sekilas jam tangannya. Pukul 5.49 petang. Kemudian dia menoleh ke arah Nicha yang berjalan di sisinya.
"Nicha, kita solat Asar dulu jom." Ajak Hadi.
"Ok." Tanpa banyak songeh, Nicha hanya bersetuju. Tadi masa keluar rumah belum masuk waktu Asar lagi, ni dah sampai mall, alang-alang solat lah dulu kat surau mall then baru jenjalan dengan Hadi pusing satu mall. Ehek.
Mereka berdua berpisah sementara untuk solat.
Selang lebih kurang 10 minit, Hadi selesai menunaikan fardhu Asar dan dia menunggu Nicha di luar surau mall tersebut.
Memandangkan surau untuk lelaki hanya bersebelahan dengan surau perempuan, maka Hadi memilih untuk menunggu di tengah-tengah antara dua surau itu, tapi tidak lah sampai mengganggu orang yang keluar masuk ke surau. Dia berdiri sambil membelek smartphone nya.
Tidak lama selepas itu, Nicha keluar dari surau mall dan menyarung kasutnya. Sambil tu dia meliarkan matanya melihat sekitar untuk mencari kelibat Hadi.
Nampak saja lelaki yang masih menjadi crushnya itu berdiri tidak jauh dari dirinya, Nicha tidak terus memanggil Hadi. Ditatap saja Hadi dalam jarak yang sederhana dekat sambil bibirnya terukir senyuman. Kelihatan lelaki itu khusyuk benar dengan telefon di tangan.
Pada pengamatan Nicha, wajah Hadi nampak lebih berseri bila lelaki yang dah tak kayu tu berwudhuk. Eh tiber.
Takde lah, Nicha nampak rambut depan Hadi (atas dahi) macam masih basah. So sebab tu Nicha rasa seri kat muka mamat tu bertambah even muka lelaki tu dah kering dah air wudhuknya.
Disebabkan Nicha malas nak memanggil Hadi, dia pun bagilah WhatsApp kat Hadi. Lepas sent mesej tu, dia tengok ke arah Hadi.
Jom.
Lepas membaca mesej yang dihantar Nicha itu, barulah Hadi mengangkat wajahnya dan bertatapan sebentar dengan Nicha yang menggamitnya untuk pergi dari situ bersama-sama.
"So ke mana kita?" Soal Nicha semasa mereka berdua keluar dari area surau mall.
"Makan dulu jom. Oh ya, sebelum tu jom naik atas dulu." Balas Hadi sambil membetulkan kaca matanya.
"Naik atas nak buat apa?"
"Kita usyar movie apa yang best. Kalau ada seat kosong lagi, boleh kita beli tiket dulu."
"Hmmm. Ok. Tapi jangan lewat sangat tau Hadi kalau nak pilih showtime. I tak nak balik lambat sangat. Nanti Kak Elly bising lak kat I."
"Ok, no problem. Elly tahu ke you keluar dengan I? Tadi you cakap dia takde kat rumah."
"Tahu. I WhatsApp dia tadi lepas solat asar kat dalam surau. Dia pergi shoot wedding orang kat Klang rupanya. Dia cakap dengan I jangan balik lewat sangat. Hehe."
Dari floor 2, mereka berdua menaiki escalator menuju ke level 5 yang menempatkan MBO cinema. Sesampainya mereka di atas, Nicha sedikit terkejut melihat begitu luas kawasan di aras tersebut. Masa Hadi first time datang MBO kat mall ni dulu pun dia jakun gak tengok level 5 ni luas macam ni.
"Whoa. Luasnya area atas ni." Tutur Nicha penuh excited.
"Plus cantik. Kan?" Tambah Hadi.
"Haah. Luas, cantik, modern."
Hadi berjalan ke arah MBO self-service ticketing kiosk di satu sudut. Nicha hanya mengekor di belakang lelaki itu. Langkah Hadi agak laju, terkedek kedek si Nicha nak mengejar langkah kaki Hadi. Nak pimpin tangan dengan Hadi supaya tak tertinggal jauh takleh lagi, sebab lom kahwin dengan mamat tu. Ehek.
Tiba di depan mesin layan diri ticketing kiosk itu, Hadi segera memilih satu movie.
"Cerita ni you suka tak?" Hadi bertanya sambil menoleh ke sisinya. Namun kosong. Kiri dan kanannya kosong tiada bayang tubuh Nicha. Lalu dia menoleh ke belakang tubuhnya, dan kelihatan Nicha begitu gigih berjalan menuju ke arahnya.
Ceh, aku cakap sorang-sorang rupanya. Lambat betul si ketot ni jalan. Bisik hati Hadi sambil menyembunyikan senyumannya.
Setibanya Nicha di sisi kanan Hadi, terus gadis berketinggian 147cm itu merungut kerana Hadi tidak menunggunya.
"You apahal jalan laju sangat." Rungut Nicha sambil memasamkan muka.
"Mana ada laju, you yang jalan slow sangat. Mana I tahu. Haha." Tanpa sedar, Hadi dah ketawa dua kali depan Nicha untuk hari ini saja.
Nicha terkebil-kebil melihat perubahan sikap Hadi yang kadangkala sukar untuk dijangka. Sekejap beku, sekejap kayu, eh tiber ramah. Dah kenapa dengan crush nya ini.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...