Hari ni sabtu. Nicha hanya membongak kat rumah sewa dia. Nain balik ke rumah family dia kat Kedah. Sekarang ni tengah cuti sekolah. Untung jugak jadi cikgu ni, bulan Disember dapat cuti lebih sikit. Kak Elly pula pergi shoot wedding orang kat Melaka.Dan akhirnya Nicha ditinggalkan sendirian di apartment itu.
"Bapak bosan siot. Amende aku nak buat ni. Ughhhh."
Nicha membebel sensorang di atas katilnya sambil bergolek ke kanan dan kiri dan ke kanan semula dan ke kiri lepastu ke kanan balik.
"Halahhh halahhhh lapo pulak dah perut ni. Nak masak tak geti. Nak pegi café angah, malas. Eh lagipun café dia lom bukak pepagi buta cenggini. Haih."
"Aduyai, nak makan apa ni ek. Stok megi ada lagi ke tak? Ah malasnya nak bangun pegi dapo. Warghhhhh."
Nicha masih tak henti bercakap sendirian sambil meneruskan aktiviti menggolekkan badan sekepingnya itu kat atas katil.
Tangannya meraba bawah bantal mencari smartphone. Jumpa je terus diambil dan ditekan button kat tepi badan phone itu.
Kemudian Nicha sapu skrin ke kanan dan memasukkan password lalu membuka mobile data. Beberapa saat dia menunggu notifikasi dari semua apps yang ada kat smartphone dia tu. Tapi dah lima belas minit dia tenung phone tu, takde satu pun notifikasi yang masuk.
Itu maknanya kau forever alone Nicha oi. Hashtag sis tabah.
"Beginilah hidup orang bujang dan single. Takde sape nak wasep. Hmmm."
Sekarang ni dia dah berhenti main golek-golek. Tapi dia masih lagi dalam posisi berbaring dan mengiring ke kanan. Penat weh bergolek dari tadi.
"Baik aku tepon mak."
Selepas Nicha habis bersembang dengan ibunya di Johor, dia membuka aplikasi twitter dan me-retweet segala tweet yang enak dibaca.
Lepas tu dia jenguk instagram pulak. Kalau kat instagram biasanya dia akan layan video-video dari akaun farhanmzln, luqmanpodolski, adibalexx, dan teega.my.
Lepas dah penat layan segala macam video kat insta, dia dah taktau nak buat apa. WiCet dia takde. Eh eja wicet cenggitu ke?
Facebook dia malas nak on. Memang dah makin jarang dia on facebook sejak dia putus cinta dulu. Bagi Nicha, facebook tu teramat banyak kenangan dia dan Shahmir. Kenangan yang dulunya manis kini dirasakan teramat melukakan.
"Ah layan lagu je lah."
Nicha menyentuh apps Joox dan memainkan playlist lagu kegemarannya. Sambil tu dia korek hidung dan ikut menyanyi bait lirik lagu yang dimainkan. Suara dia sumpah weh sumbang. Tak sedap langsung.
Tapi apa dia kisah. Dia sorang je kat dalam bilik tu. Dia sorang je kat rumah tu. So apa ada hal kalau tak sedap pun. Kan?
***
Suara Ariana Grande ft. Nicki Minaj yang bergema dari corong speaker smartphone Nicha membuatkan dia tersedar dari lena nan panjang.
Dicapai phone-nya yang entah dah berapa lama entah memekak dengan ringtone Side To Side itu.
"Lo. Nape ngah?" Ujarnya setelah menyapu skrin phone untuk menjawab panggilan dari angahnya. Matanya dibuka separuh. Masih kelihatan mamai.
"Woi, bukak pintu. Kau tautak dah berapa lama aku tercongok kat depan pintu rumah kau ni?" Kedengaran suara Luthfil Hadi menjerkah di hujung talian sanun.
"Hmmm, tunggu jap."
Tap. Nicha terus matikan talian telefon tersebut dan mencampak phone itu ke sebelahnya yang masih terlentang kat atas katil.
Dia melihat jam di dinding terus berdetak ahhhh, k dia tengok jam kat dinding biliknya yang telah menunjuk ke pukul 12.39 tengah hari.
Aduyai, lamanya aku tertidur. Haih. Mindanya sempat berbicara sendiri.
Kemudian dia bingkas dari pembaringan dan menguap luas sambil menutup mulut dengan belakang telapak tangan kirinya.
Seiring itu dia menggumamkan kalimah 'astaghfirullah al-azim'.
Dia menggeliat seketika lantas bangun dan melangkah dengan malas ke ruang tamu untuk membuka pintu utama.
"Nah. Amek ni." Kata Luthfil Hadi sambil menghulur bekas makanan.
"Amende ni?" Tanya si Nicha. Tangannya membuka penutup bekas makanan itu sambil berjalan di belakang abangnya yang menuju ke meja makan.
"Apa nak jadi laaa kau ni Cha. Umur dah 24. Tahun depan nak masuk 25. Bangun tidur lambat. Ni mesti tak mandi lagi ni kan." Bebel Luthfil Hadi tanpa menjawab pertanyaan Nicha.
Tak payah jawab pun weh, sebab adik bongsunya itu boleh tengok sendiri apa yang dibawa olehnya tadi.
Luthfil Hadi menarik kerusi pada meja makan lalu duduk. Nicha pula duduk berhadapan dengan angahnya.
"Rilek ah Ngah, time cuti je kita bangun lambat. Bukan selalu pong. Nanti-nanti je lah angah sambung bebel k. Kita nak makan dulu, dah kebuloq dah ni. Thank you Ngah masakkan sepahgeti ni."
Lepas berkata macam tu, Nicha mencapai sudu dan garfu yang memang dah sedia ada kat atas meja makan tu dan dia terus menikmati spageti carbonara yang dimasak oleh abang kesayangannya.
Dia dah biasa makan tanpa cuci muka terlebih dahulu. Tak cuci muka takpe lagi, ni gosok gigi pun tak. Aigooo. Serabai jugak Nicha ni.
Luthfil Hadi hanya mampu mengeluh melihat perangai adiknya itu. Dia ke apartment adiknya ni pun sebab tunangannya, Nain yang bagitau dia; Nicha tinggal seorang kat rumah sewa ni.
Sebagai abang yang prihatin, dia sanggup datang ke sini bawakan makanan untuk adiknya. Sebab dia tahu sangat akan tabiat adiknya yang tak reti memasak. Bukan tak reti, tapi lebih kepada malas nak masak. Heh, adik siapalah tu. Hmmm.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...