☯ bab 17

384 86 19
                                    


Sedang Hadi berfikir akan isi email yang dihantar oleh Nicha itu, matanya melilau ke sekitar ruang bilik tersebut.

Tiba-tiba matanya terpandang seketul kotak coklat Kit Kat Chunky berbentuk hexagon sederhana besar di sudut kiri meja kerjanya. Spontan dahinya berkerut.

Coklat siapa tu? Getus hatinya.

Kerusi pusingnya digerakkan ke arah coklat tersebut. Kemudian tangannya mengambil kotak coklat itu. Terdapat sehelai sticky notes bersaiz kecil ditampal pada bawah kotak Kit Kat itu.

Just for u Hadi. ♥

Hadi terkebil membaca sebaris ayat pada sticky notes itu. Dia tertanya sendirian, siapalah yang bagi coklat tu untuknya.

"Coklat tu secret admirer kau bagi minggu lepas." Radzi memberitahu.

Hadi menoleh ke arah Radzi yang sudah pun duduk di sebelahnya. Dia tak perasan pula partnernya itu masuk tadi.

"Siapa?" Hadi bertanya.

"Entah. Aku pun taktau." Radzi jungkit bahu.

"Habis tu siapa yang letak coklat ni kat meja aku?"

"Aku yang letak. Khamis lepas ada sorang mamat delivery datang opis kita ni. Dia kata ada sorang awek mintak dia hantar coklat tu untuk kau. Time tu Elizabeth yang tolong sign and amekkan coklat tu. Tung ah ada secret admirer."

"Untung pebendanya. Bukan aku kenal pun siapa dia. Radzi, dia bagi seketul ni je ke coklatnya?" Hadi bertanya inginkan kepastian. Dia masih bingung memikirkan email si Nicha yang dibacanya sebentar tadi. Adakah coklat yang diperkatakan oleh Nicha itu merupakan coklat yang dia terima dari secret admirer nya?

"Eh tak. Kau punya coklat tu banyak senanya. Secret admirer kau tu bagi macam-macam jenis coklat untuk kau kat dalam satu kotak. Kotak tu macam saiz laptop kau ni haaa tapi dia kecik sikit." Terang Radzi sambil matanya terarah ke laptop Hadi di depan mereka.

"So, mana coklat yang lain?" Hadi menjadi semakin curious.

"Dah kena amek dengan Nicha."

"What? Nicha?" Aku dah agak dah. Ish, budak ketot ni kan...

"Yup. Nicha. Alaaa, budak pompuan yang pendek-pendek tu lah. Dia selalu bawak sling bag pack color hitam, yang pakai tudung bawal."

"Aku kenal budak Nicha tu. Tapi masalahnya... apahal dia amek coklat aku tu semua? Dah tu tinggalkan yang ni je untuk aku." Soal Hadi sambil memegang kotak Kit Kat yang berbentuk hexagon itu.

"Minggu lepas, masa hari Jumaat, Nicha lepak kejap kat bilik kita ni time lepas office hours. Masa tu aku lom balik lagi sebab ada kerja sikit nak kena settle. Dia duduk kat kerusi kau sambil sembang dengan aku, then tetiba dia ternampak satu kotak kat meja kau."

Radzi jeda seketika dan menyambung kembali bicaranya.

"Kat atas kotak tu, just ada nama penuh kau and alamat office kita ni je. Nama si pengirim takde sebab dia letak nama dia as 'secret admirer' je. Hah, lupa nak cakap, kotak tu lutsinar. So memang nampak ah dari luar segala macam jenis coklat kat dalam kotak tu. Nicha punyalah teruja kau tautak bila nampak coklat-coklat tu."

"Zi! Banyaknya coklat! Siapa weh yang bagi Hadi coklat-coklat ni?" Nicha memangku kotak lutsinar itu sambil membaca apa yang tertera pada kad yang terdapat di atas kotak itu.

"Secret admirer? Wow, tak sangka ek muka ketat macam dia pun ada peminat." Ujar Nicha sambil mencebik. Hatinya dipagut cemburu.

"Haha. Even muka dia ketat, dia still handsome tau." Radzi membalas sambil menoleh sekilas ke arah Nicha yang sedang membelek kotak tersebut.

"Zi, aku tak tahan weh tengok toblerone dengan bueno ni. Duh, serius weh aku nak mintak sikit coklat dia ni boleh tak?" Nicha bertanya. Wajahnya dibuat riak meminta simpati ke arah Radzi.

"Kalau coklat tu aku punya, dah lama aku bagi kau makan, Cha. Masalahnya tu coklat Hadi. Kalau kau nak, kau kenalah tanya dia."

"Ok. So aku amek dulu coklat dia ni. Nanti aku bagitahu dia." Sejurus Nicha habis kata begitu, tangannya terus mengeluarkan seketul kotak berbentuk hexagon dari dalam kotak lutsinar itu.

Kemudian dia meminta sehelai sticky notes milik Radzi berserta sebatang pen. Radzi hanya menurut. Dihulur sticky notes dan pen kepada Nicha.

Nicha menyambut pen dan sticky notes itu lantas menulis sesuatu di atas kertas kecil itu. Kemudian dia melekatkan sticky notes itu di bawah kotak coklat berbentuk hexagon yang dikeluarkan tadi.

"Ok Zi. Thanks. Nah." Ucap Nicha semasa mengembalikan pen itu kepada Radzi.

Radzi kerut dahi apabila Nicha bangun dari kerusi Hadi. Lagak gaya gadis itu seperti mahu pergi dari situ.

Radzi tak kisah kalau Nicha nak pergi, sebab waktu pejabat pun dah lama habis. Tapi yang membuatkan Radzi berkerut dahi adalah kerana gadis itu turut memeluk kotak lutsinar tersebut seolah-olah nak bawa keluar kotak tu dari bilik technician tersebut.

"Eh jap Nicha. Kau nak bawak ke mana kotak coklat tu?"

Nicha yang baru berdiri segera menoleh ke arah Radzi. Dia sengih segaris.

"Aku nak bawak balik rumahlah. Ok apa, aku tinggalkan satu coklat tu untuk dia. Yang lain ni biar aku yang makan, sebab aku rasa dia bukan suka sangat makan coklat." Jawab Nicha selamba sambil bersedia untuk keluar dari bilik itu.

"Eh tapi, seriuslah kau nak amek semua tu? Kau ada number Hadi ke? Cemana kau nak bagitahu dia?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Radzi.

"Takde. Tapi chillax. Jap lagi aku sent email kat dia. Oh ye, dah alang-alang kau belum tutup pc kau, meh pinjam jap pc kau. Aku nak bukak email aku."

Radzi menamatkan sesi imbas kembali perbualannya bersama Nicha tempoh hari. Hadi yang mendengar Radzi bercerita hanya mengeluh kecil.

Selang beberapa minit kemudian, barulah Hadi membalas email si Nicha. Jarinya menaip sesuatu pada ruangan reply. Selesai menaip, dia segera menekan button send. Wajahnya masih mendatar seperti selalu.

Tak sampai lima minit, Nicha dah membalas kembali email yang dihantar oleh Hadi.

Fuh, kemain laju dia reply. Takde kerja ke apa minah ni? Hadi berbisik sendirian.

Berkerut seribu dahi Hadi saat balasan email dari Nicha itu dibaca olehnya. Namun tidak menunggu lama, Hadi mula menaip sesuatu untuk mereply semula email budak ketot tu. Tanpa dia sedari, bibirnya tersungging senyuman sinis. Heh.






Kayu. [√]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang