☯ bab 1

1K 134 37
                                    


Pintu bilik Nain diketuk perlahan dari luar. Selepas sekali ketukan, Nicha terus memulas tombol pintu bilik tersebut. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam bilik teman baiknya itu dan dengan selamba dia melabuhkan duduk di birai katil milik Nain.

"In, Jom keluar. Lepak McD. Bosan weh cuti camni terperap kat rumah." Nicha mengajak sambil memandang Nain yang sedang sibuk dengan telefon pintarnya.

"Malaslah nok. Aku time cuti lah nak lepak kat rumah. Kau nak lepak McD, pergi ajak Kak Elly."

"Kak Elly takde la sengal. Dari semalam lagi dia takde. Kan dia pergi shoot wedding orang kat Kuantan."

"Ha'ah ek lupa lak. Kalau gitu, kau ajak ah pakwe kau. Serius weh, aku malas giler nak keluar hari ni. Hari ahad adalah hari untuk aku bersenang lenang kat rumah. Kau harus faham."

Panjang pula Cikgu Nain ni membebel. Haih.

"Aku ketuk kang kepala kau In. Bila masa aku ada pakwe ngok."

"Dah tahu takde, pergi ah cari. Hak alaaa, takkan itu pun aku nak kena ajar."

"Ha'ah In, memang pun nak cari pakwe tu senang macam cari ikan kat Giant." Balas Nicha sambil menjulingkan matanya ke atas.

Nain hanya hulur sengih segaris.

"Tak pun kan Cha, kau couple je laaa dengan Qiden. Habis citer. Dia pun baru putus dengan awek dia last month."

Nain ni memang ikut sedap mulut je bila bercakap.

"Weh, kau ni pun agak ah. Dia tu best friend aku kot. Tak ke pelik couple dengan best friend sendiri. Aish."

Belum pun sempat Nain membalas kata-kata Nicha, smartphone di tangan Nain bergema dengan lagu nyanyian Calvin Harris ft. Rihanna menandakan seseorang menelefonnya.

Nain menjawab salam si pemanggil setelah dia menjawab panggilan telefon itu tadi. Dari butir percakapan Nain di telefon, Nicha bagai dapat meneka siapa yang sedang menelefon kawan baiknya itu.

Selepas menamatkan talian, Nain memandang Nicha dengan muka sedikit teruja.

"Kau dah kenapa? Tunang kesayangan call terus excited. Ceh!"

"Eleh jeles lettewww. Ni haaa, dia ajak..."

Tak habis lagi Nain bercakap, Nicha dah potong percakapan temannya itu, "Erghhh tak kuasa haku nak jeles. Tunang kau tu bukan orang lain pun."

"Ish ye lah, ye lah bukan orang lain. Ni hah, dia ajak lepak kat café dia. Jom weh."

"Amboih kau In. Tadi aku ajak lepak kat McD punyalah banyak alasan kau. Tapi bila Hadi ajak pergi café dia, laju bukan main kau ek."

"Alaaa kau ni. Takyah ah nak perli-perli. Dah cepat siap-siap. Lambat, tinggal."


***



Amirul Hadi berjalan santai masuk ke sebuah café. Dia memilih sebuah meja yang paling hujung dan sedikit jauh dari pelanggan lain. Sesekali dia membetulkan letak duduknya cermin mata di atas batang hidungnya.

"Ya encik, nak minum apa?" Tanya seorang pelayan wanita kepada lelaki berkaca mata yang baru melabuhkan punggung di dalam café itu.

"Hot chocolate." Jawabnya tanpa sebarang emosi. Wajahnya bagai tiada perasaan.

Mendatar.

"Itu saja encik? Makan?" Tanya pelayan café itu lagi kepada sang jejaka di hadapannya.

Geleng.

Pelayan wanita itu berlalu dari meja itu dan menuju ke belakang untuk memberi pesanan minuman dari 'lelaki bermata empat' itu kepada tukang buat air.

Ketika Amirul Hadi sedang asyik membuang pandang ke sekitar café itu, tiba-tiba matanya terpaku pada seseorang yang baru saja masuk ke dalam café yang sama.

Dua orang perempuan. Seorang bertudung bawal, dan seorang lagi mengenakan shawl di kepala. Mata Amirul Hadi lebih tertumpu pada si gadis bertudung bawal. Wajah perempuan itu seolah familiar pada pandangannya. Tapi dia tidak pasti, di mana dan bila dia pernah berjumpa dengan perempuan itu.

Pandangan Hadi masih tak berganjak dari memerhatikan gadis ikan bawal itu. Gadis itu nampak macam terlebih ramah. Wajahnya tak lekang dek senyuman sedari tadi.

Sedang Amirul Hadi asyik memerhatikan si gadis ikan bawal, tiba-tiba gadis itu turut memandang ke arahnya. Dan buat seketika, mata mereka bertentangan dan kemudian Hadi segera melarikan anak matanya dari menikam ke wajah awek tersebut.

Hadi tersangat pasti, dia memang pernah berjumpa dengan perempuan itu. Akalnya berjaya menganalisa wajah itu selepas beberapa ketika. Dia kemudiannya menghirup sedikit hot chocolate yang baru dihantar oleh pelayan di café itu ke meja yang sedang dihuninya.

Sesekali matanya mencuri pandang pada si gadis ikan bawal itu. Gadis itu masih bercakap tanpa henti bagai tiada lagi hari esok untuk bersembang. Si gadis shawl dan seorang lelaki kacak di depannya hanya melayan saja kerenahnya itu.

Dari pemerhatian Hadi, perempuan yang memakai shawl itu mungkin kawan kepada si gadis ikan bawal. Manakala lelaki tampan dan tinggi lampai itu pula mungkin abang atau adik atau saudara atau sepupu kepada gadis ikan bawal itu. Sebab, wajah mereka berdua seakan-akan sama. Macam muka photostat. Tapi versi lelaki dan perempuan.

Kayu. [√]Where stories live. Discover now