▣ bab 54

271 60 23
                                    

Nicha mengunyah roti Egg Mayo yang diberi Hadi tadi dengan penuh lahap. Sungguh dia berasa lapar yang tiada taranya. Kini dia sedang berada di dalam kereta Hadi, dan duduk di belakang seat pemandu iaitu di belakang seat Hadi.

40 minit lalu...

"Hello?" Nicha yang sedang menggeledah kabinet dapur untuk mencari makanan terhenti dari melakukan aktivitinya itu dan menjawab panggilan telefon dari Hadi.

"Assalamu'alaikum. Nicha, you busy ke?" Hadi membalas di hujung talian sana.

"Tak pun. Why?" Soal Nicha sambil tangan kanannya memegang perutnya yang semakin pedih. Eh dia lupa nak jawab salam yang diberi Hadi, maka dijawabnya hanya dalam hati.

"Keluar nak?"

"Hah? Keluar kemana?" Nicha merespon dalam kebingungan. Buang tabiat ke crush nya yang 'kayu' tu tetiba ajak dia keluar or dalam bahasa lainnya dating?

"Keluar jenjalan. Tapi kalau you tak nak..."

Belum pun sempat Hadi menghabiskan bicaranya, Nicha segera memotong percakapan lelaki itu;

"Jenjalan kat mana? Ada makan-makan tak?"

"Mestilah ada, kita pusing-pusing mall and dinner sesama. Then kalau ada movie best, kita tengok sekali nak tak?" Cadang Hadi panjang berjela.

Nicha kerut dahi, ni siapa yang call dia ni? Apahal tetiba Hadi kayu dah tak kayu? Hmmm.

"Ok boleh. Tapi dengan syarat you kena belanja I. Amacam?" Tak padan dengan perut tengah pedih, boleh lagi si ketot ni cakap macam tu dengan tujuan saja je nak menggedik dengan crush nya itu.

"Okay, no hal. So, I datang sekarang ok ke? You boleh lah kot siap siap. Dalam 25 minit lagi I sampai." Ujar Hadi penuh semangat.

Wow, setuju cam tu je? Interesting. Hmmm. Bisik Nicha sendirian.

"Eh jap, nak mintak tolong sikit boleh?" Nicha bertanya sambil menggigit hujung bibirnya sambil tangan kanannya masih menekan-nekan perutnya yang tak hilang lagi rasa pedih.

"Sure. Apa dia?"

"Belikan I something untuk I makan dalam kereta You nanti boleh? Untuk alas my perut. Roti pun ok. Sebab I tak makan pape lagi ni dari pagi tadi." Ujar Nicha minta simpati.

"Ok InshaaAllah boleh. So can I gerak sekarang?"

"Boleh boleh. I pun nak siap siap ni. Nanti dah sampai call k?"

Selepas menamatkan perbualan, Nicha segera menutup pintu kabinet dapurnya dan berlalu ke biliknya untuk bersiap. Sebelum itu, sempat dia membuka peti ais dan mencapai sebotol air mineral dan meneguk rakus. Haus, lapar, semua bersatu!

Kayu. [√]Where stories live. Discover now