▣ bab 59

255 59 10
                                    

Ahad keesokannya, Amirul Hadi keluar rumah seawal pukul 6.53 pagi untuk berjogging di sekitar taman perumahannya. Tadi selesai saja solat Subuh, dia membelek telefon pintarnya sekejap.

Terdapat beberapa notifikasi yang masuk melalui aplikasi WhatsApp selepas dia membuka data internetnya. Dibuka dahulu mesej yang datangnya dari Nicha.

+ Hadi, I tertinggal ice bear yang you bagi tadi.

+ Hadi?

+ Tidur dah ke?

Tanpa sedar, Hadi tersenyum sendiri bila membaca WhatsApp dari Nicha itu. Mesej itu dihantar dalam pukul 12.55 malam, malam tadi.

Sebenarnya Hadi pun lupa pasal ice bear tu. Lepas hantar Nicha malam tadi, dia pulang ke rumahnya dan setibanya di rumah, dia terus masuk ke rumah. Kemudian dia mandi dan terus tertidur tanpa sempat melihat telefon pintarnya. Puteh pun dia tak sempat nak tengok.

Semalam sebelum dia keluar dating dengan Nicha, dimasukkan terlebih dahulu si Puteh ke dalam sangkar besarnya. Disiapkan juga makanan dan minuman untuk Puteh dalam sangkar tersebut. Sampai ke pagi ini kucing itu terkurung dalam sangkarnya.

Kebiasaannya Hadi akan tidur bersama kucing jantannya itu. Tapi disebabkan terlalu mengantuk dan letih malam tadi, dia jadi terlupa nak keluarkan Puteh dari sangkar.

You nak bila your ice bear? +

Sent.

Satu tick. Dua tick. Typing...

+ Isnin boleh?

+ You bagi kat office je nanti.

Ok. +

+ Ok. Thanks Hadi! 😘

Berbunga hati Hadi bila dia tengok emoji yang dihantar Nicha. Senyumannya makin melebar. Tapi dia hanya seen saja mesej Nicha yang dihantar berserta emoji itu.

Setelah itu, Hadi beralih ke mesej seterusnya pula. Mesej dari Afiqah.

+ Hadi...

+ Awak pergi mana?

+ Saya call awak tak pickup.

+ Hadiiiiiiii

+ Amirul Hadi Haji Daud.

+ Where are you?

+ Saya datang rumah awak pun, your car takde.

+ Awak keluar ke?

+ Keluar dengan sape?

+ Hadiiiiii please reply my WhatsApp.

+ 😢😢😢

Terlepas keluhan kecil dari bibir Hadi. Hilang sudah senyumannya sebentar tadi. Dibetulkan sedikit letak duduk kaca matanya sebelum dia membalas mesej Afiqah itu.

Sorry Afi. +

Aku lepak dengan member +
semalam.

Phone silent. +

Tak perasan kau call. +

Sent.

Selepas itu, Hadi bersiap untuk keluar berjogging. Sebelum keluar, dia melepaskan Puteh dari samgkar dan diberi sarapan untuk kucingnya itu. Kemudian barulah dia memulakan activiti jogging nya.


Kayu. [√]Where stories live. Discover now