☯ bab 18

349 78 18
                                    

Nicha yang ketika ini sedang leka membuat design untuk cover sebuah novel terhenti saat telinganya mendengar satu bunyi dari komputer kerjanya. Bunyi tersebut adalah bunyi email yang masuk ke mailboxnya.

Jarinya pantas menekan-nekan mouse untuk membuka email tersebut. Senyuman terukir di bibirnya saat nama si pengirim email itu terpapar di dada screen komputernya.

Re: chocolate.
From: amirul hadi (hadi)
To: nur anissa (nicha)
____________________________________

Ok.

____________________________________
From: nur anissa (nicha)
To: amirul hadi (hadi)
Sent: jumaat minggu lepas
Subject: chocolate.

Hai Hadi! Aku ambil coklat kau sikit eh. Thank you! Huhu.

Senyuman Nicha terus pudar saat dia membaca isi email tersebut. Wajahnya berubah murung. Sedihnya... kenapa dia reply ok je?

Dengan tak bermaya dan tak bersemangat, Nicha gagahkan juga untuk membalas email tersebut. Kemudian, Nicha menyambung semula membuat kerjanya yang tergendala sebentar tadi.


***


Tak sampai lima minit, Nicha dah membalas email yang dihantar oleh Hadi. Email Hadi yang berbunyi 'Ok' tu lah.

Fuh, kemain laju dia reply. Takde kerja ke apa minah ni? Hadi berbisik sendirian.

Berkerut seribu dahi Hadi saat balasan email dari Nicha itu dibaca olehnya.

Re: chocolate.
From: nur anissa (nicha)
To: amirul hadi (hadi)
____________________________________

Hmmm, ok je kau reply? Macam tak ikhlas je...

____________________________________
From: amirul hadi (hadi)
To: nur anissa (nicha)
Sent: hari ni tadi
Subject: chocolate.

Ok.

____________________________________
From: nur anissa (nicha)
To: amirul hadi (hadi)
Sent: jumaat minggu lepas
Subject: chocolate.

Hai Hadi! Aku ambil coklat kau sikit eh. Thank you! Huhu.

Namun tidak menunggu lama, Hadi mula menaip sesuatu untuk mereply semula email budak ketot itu. Tanpa dia sedari, bibirnya tersungging senyuman sinis. Heh.

Aku jawab Ok pun salah ke? Suka suki dia je cakap aku tak ikhlas. Haish. Rungut si Hadi. Sambil tu tangannya lincah menari di atas keyboard komputernya.

Habis tu kau nak aku reply apa? Dah aku jawab ok tu, maksudnya ok lah. Amek je lah coklat tu semua. Bukan aku kisah pun.

Belum pun sempat Hadi menekan button send, telefon di atas mejanya berdering. Dia menjawab panggilan telefon itu dan bercakap sepatah dua dengan si pemanggil di hujung talian.

Selepas meletak gagang telefon, dia bangun dari kerusi pusingnya. Sempat juga dia men-delete email yang ingin dibalas kepada Nicha sebentar tadi. Terasa malas pula nak melayan email gadis ketot itu.

"Kau nak ke mana Di?" Radzi menyoal.

"Floor dua. Nak set up komputer kat sana."

"Oh, ada budak baru nak masuk ke? Intern ke staff?"

"Lusa ada staff baru nak masuk."

Kayu. [√]Where stories live. Discover now