Sedutan bab 45:
"Hmmm, so boleh tak You teman I makan?"
"Sure. You nak makan apa?" Soal Hadi.
Nicha hampir terlupa, crushnya itu adalah mamat kayu yang selama ni tersangat pendiam.
How come orang pendiam, kayu dan robot macam Hadi tetiba boleh jadi ramah dengan dia? Ini boleh mendatangkan kebingungan ye tuan tuan dan puan puan.
Bab 46:
Tanpa sedar, Nicha merenung muka Hadi bagai nak tembus.
"Nicha?" Panggil Hadi apabila soalannya hanya dijawab dengan renungan mata bulat Nicha.
"Oh haaa. I rasa nak makan roti." Lepas jawab macam tu, baru Nicha tersedar akan jawapannya itu.
'The hack makan roti time-time gini? Masalahnya aku terkejut masa dia panggil nama aku tadi sampai tak sedar terjawab nak makan roti. Dah nak lunch ni makan lah benda berat sikit Nicha oi.' Rungut Nicha sendirian.
"Roti? You suka makan makanan Thai tak?" Soal Hadi.
Kini Hadi dan Nicha mula berjalan sebelah menyebelah. Cuma mereka mengekalkan jarak yang agak ketara. Seolah-olah mereka berdua macam strangers yang kebetulan berjalan seiring.
"Hmmm biasa I makan tomyam diorang je. Why?" Nicha bertanya sambil menoleh ke arah Hadi di sisi kirinya.
"Kalau macam tu, jom kita makan kat Boat Noodle. Roti sangkaya situ sedap. Then boleh la you lunch sekali kat situ lepas makan roti." Balas Hadi sambil tangan kirinya diseluk ke dalam saku track suit yang dipakainya.
'Boat Noodle? Apa benda tu? Ah follow je lah mamat kayu ni. Dia kata sedap, kang kalau tak sedap aku belasah je dia. Haha. Ok tak, gurau je. Mana aku sanggup nak belasah my crush. Even nak jentik sikit pun i tak sanggup you. Haha ok geli lak aku dengan diri sendiri. Pehal doh tetiba aku menggedik.' Bisik hati Nicha.
Dalam perjalanan nak ke Boat Noodle, kedua-dua insan tersebut hanya berdiam diri. Cuma sesekali mereka menoleh ke arah satu sama lain namun tidak berkata apa-apa lalu memandang ke depan semula.
'Duh. Awkward teruk bila taktau nak sembang apa.' Desis hati Nicha.
Sesampainya mereka di premis Boat Noodle, kelihatan beberapa buah meja yang masih kosong. Hadi memilih satu meja di satu sudut hujung sedikit daripada kaunter casher. Nicha hanya mengikut saja dan duduk berhadapan dengan Hadi.
Sementara Nicha membelek menu, Hadi mengambil pensil dan kertas order yang memang tersedia di atas meja tersebut.
"You nak air apa?" Soal Hadi selepas dia menge-tick roti sangkaya di dada kertas order itu.
Nicha mengangkat wajahnya dari menu di tangan. "Hmmm, nak air yang sedap. You tolong suggest, can ah?" Balas Nicha sambil senyum segaris.
"Ok." Dan kemudian Hadi menge-tick beberapa item lagi pada senarai menu di atas kertas order tersebut.
Setelah itu, dia bangun dan memberi kertas itu kepada waiters di situ.
Sekembalinya dia di meja, dilihatnya Nicha sedang sibuk dengan smartphone di tangan. Lalu Hadi turut melayani phonenya dan apa lagi, main game ah.
Kesunyian benar-benar merantai atmosphere meja mereka berdua saat ini. Dedua anti-social. Nicha berhenti scroll instagram miliknya dan memandang Hadi di depannya apabila dia menyedari dia bukan bersendirian di situ.
Kelihatan Hadi kayu begitu khusyuk dan tawaduk melayan phone di tangannya.
Hampir lima minit Nicha merenung wajah Hadi, secara tetiba Hadi memandang Nicha. Nicha tergamam sekejap sampai tak tentu arah dibuatnya. Tapi matanya masih tetap melekat pada wajah Hadi.
Entah kenapa anak matanya tak mahu berlari ke arah lain. Maka kini mata mereka berdua bertembung buat seketika dan jantung Nicha seolah berhenti berdegup.
Lidah Nicha kelu seribu bahasa saat Hadi tersenyum kecil ke arahnya. Namun moment itu tersangat pantas kerana, kini Hadi sudah pun kembali menatap dan melayani phone nya semula.
Waiters menghantar makanan yang dipesan oleh Hadi. Hanya Nicha yang mengungkap kata terima kasih buat si pelayan itu sebelum pelayan tersebut berlalu.
Hadi masih lagi diam. Nicha mulai keliru dengan sikap Hadi. Tadi pada awalnya, Hadi begitu ramah dengan dirinya. Namun sekelip mata saja Hadi berubah menjadi diri dia yang normalㅡ yang senyap dan pendiam.
"Makanlah. Sedap tau roti dia ni." Ujar Hadi dengan wajah bekunya.
'Dah apahal pulak mamat ni buat muka beku dia balik. Aku nak muka dia yang awal-awal tadi. Peliklah dia ni.'
***
Selepas Nicha membuka seat belt pada kereta Hadi, dia berkata; "Thanks Hadi." Dan Hadi hanya mengangguk kecil dengan wajah yang mendatar.
Nicha sedikit hampa bila Hadi tidak tersenyum kepadanya. Sepanjang perjalanan dari Aeon Mall sampailah ke rumah Nicha, mereka berdua hanya membisu tak bercakap apa-apa.
"Bye. See you tomorrow." Ujar Nicha lagi dan kemudian terus keluar dari perut kereta Hadi.
Tanpa menoleh ke arah Nicha, Hadi terus berlalu pergi. Nicha pula hanya terkebil sendirian melihat kereta Hadi yang semakin menghilang dari pandangannya.
Keluhan maha berat terlepas dari bibir mungilnya. Dia kemudiannya berjalan longlai ke arah lif untuk naik ke rumahnya.
Sesampainya di rumah, dia segera masuk dan mengunci pintu lantas merebahkan tubuhnya ke atas sofa di ruang tamu.
Tudung dan sweater-nya telah selamat dicampak ke hujung sofa.
'Kenapa Hadi macam tu? Sekejap ramah. Sekejap pendiam. Psycho ke apa mamat tu?' Desis hati kecil Nicha.
'Tapi takpe lah, kira ok lah dapat tengok dia senyum sikit tadi kat aku. Haha. Hmmm tapi sekejap sangat dia senyum macam tu. Tapi kalau dia senyum lama-lama kang aku pulak yang mencair kat situ. Oh bagus jugak dia senyum sikit je, itu pun aku rasa macam nak pengsan dengan senyuman dia yang mahal tu.'
//to be continued...
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...