▣ bab 69

306 56 8
                                    

"Maksud kau, Shahmir just ikut apa yang mak dia suruh? Gitu?" Nain bertanya selepas Nicha selesai bercerita tentang perbualan dia dengan Shahmir malam tadi.

Nicha mengangguk. Kemudian dia mengambil cawan berisi hot caffe latte di atas meja di depannya lalu dibawa ke bibirnya lalu dihirup sedikit demi sedikit.

Dia kini sedang berada di cafe angahnya. Tadi dia ke sini dengan menaiki grab car. Sebelum datang ke sini, dia sempat menelefon Nain dan meminta kakak iparnya itu untuk turut datang ke cafe ini.

"So, dia bukan suka kau la kan? Dia more to terpaksa? Kan kan?" Nain menyoal lagi.

Angguk.

"Habis tu kau nak buat apa sekarang ni? Kau cakap tadi nanti parents Shahmir datang hantar rombongan meminang pulak kan."

"Nanti aku mintak tolong kat mak untuk tolak pinangan tu. Jangan risau ok. Kau jaga je diri kau elok-elok. Jaga baby dalam perut kau ni bebaik. Takyah risaukan aku." Nicha kembali menghirup caffe latte. Bibirnya terukir sebuah senyuman indah.

"Kau punya senyum ni lain macam pulak aku tengok Cha." Balas Nain sambil mengusap perlahan perutnya yang dah semakin membesar. Kandungannya kini telah pun masuk 6 bulan.

"Apa yang lain?" Kening Nicha terangkat sedikit dengan kenyataan yang diberi Nain tadi.

"Senyum kau macam orang yang tengah angau bercinta. Kau tengah bercinta ke?"

Terlepas gelak dari mulut Nicha saat dia mendengar bicara dari sahabat baiknya itu.

"Obvious sangat ke?" Tanya Nicha selepas itu.

"What? Seriously Cha? Kau bercinta ke? Dengan sape doh? Weh sampai hati tak bagitau aku." Nain bercakap penuh teruja. Sambil tu tangannya menepuk lengan Nicha yang sedang ketawa.

"Aku nak bagitau lah ni. Baru start bercinta semalam. Dengan crush aku lah. Dengan sape lagi." Balas Nicha sambil ketawa kecil.

"Your crush Hadi kayu tu ke? Ke kau ada crush lain yang aku taktau?"

"Yes. Hadi kayu. Amirul Hadi yang itu lah. Dia dah tak kayu dah In sekarang." Senyum tak lekang dari bibir Nicha saat dan tika ini.

"Perghhhh. Weh, cer citer camne korang boleh bercinta. Dia suka kau jugak ke Cha? Weh tak sangka gila siot." Ujar Nain penuh teruja.

"Aku lagi ah tak pernah sangka dia akan suka aku jugak. Langsung tak pernah terlintas kat otak aku ni, orang yang aku crush selama empat tahun lebih tu yang pergi confess kat aku dulu."

"Then kau cakap apa kat dia masa dia confess tu Cha?" Soal Nain lagi.

"Aku..."


Kayu. [√]Where stories live. Discover now