Tepat pukul 2.31 petang, barulah Nicha tersedar dari lenanya yang agak panjang. Selepas melihat jam pada skrin telefon pintarnya, dia meletakkan semula smartphone itu di sisi badannya yang masih melingkar di atas katil.
Dipejam celikkan matanya beberapa kali bagi membuang rasa mengantuk yang masih berbaki. Selepas itu dia bangun sambil melunjurkan kakinya di atas katil. Kepalanya mendongak ke atas sambil dia memejamkan mata. Rambut separas tengkuknya kelihatan begitu serabai.
Selang beberapa minit kemudian, dia membuka matanya secara drastik dan mencapai smartphone yang tersadai di sebelah bontotnya. Otaknya bagai teringat akan sesuatu.
Rasanya macam ada orang call aku masa aku sedap tidur pagi tadi. Detik hati Nicha.
Laju saja tangannya membuka lock pada smartphone nya dan menge-check log panggilan keluar masuk.
"Omagad!" Nicha terkejut badak bila melihat nama Hadi Kayu di ruangan history call log telefonnya.
Dia nak apa doh call aku? Aku pergi jawab pulak tu panggilan dari dia, sebab incoming ni maksudnya aku picked up phone. Aku ada cakap apa doh. Serius mengantuk gila pagi tadi, sampai tak sedar aku pergi angkat phone masa Hadi call. Oh gosh! Bebel Nicha sambil mengusutkan lagi rambutnya yang dah sedia kusut.
Selepas menaip sesuatu dan dihantar pada WhatsApp Hadi, barulah Nicha bangkit dari katil dan mencapai tuala pada penyangkut di belakang pintu biliknya. Kemudian langkah kakinya dihayun menuju ke tandas di sebelah bilik tidurnya.
***
Petang itu, Hadi hanya duduk di rumah saja. Dia kini sedang menikmati ais krim Wall's perisa Strawberry Cheesecake di ruang tamu rumahnya. Puteh pula sibuk mencakar-cakar kukunya pada Poles Board Tree di satu sudut ruang tamu Hadi.
Sumber: Google
Selesai menikmati ais krim, Hadi melihat telefon pintarnya yang terletak elok di atas meja kopi di depannya. Bunyi notifikasi yang masuk pada telefonnya itu membuatkan Hadi mencapai alat telekomunikasi tersebut.Dibuka WhatsApp yang dihantar oleh Nicha.
Hai. 🌼
Pantas Hadi membalas mesej tersebut.
Hai. Busy ke?
Sent.
Selang setengah jam kemudian, WhatsApp Hadi masih tak berbalas.
Terdetik di hati Hadi, kemana pula Nicha pergi sampai tak reply WhatsApp darinya. Sabtu macam ni apa je yang Nicha biasa buat ek?
Tak pernah-pernah Hadi peduli akan rutin harian orang lain, tiba-tiba dia rasa prihatin akan kehidupan Nicha.
Tapi apa yang nak dihairankan, sekarang ni dia dah mula suka kat Nicha, so sebab tu la dia rasa nak ambil tahu pasal semua aktiviti Nicha pada waktu cuti-cuti begini.
***
Selesai mandi dan menunaikan solat Zuhur, Nicha mengambil phone di atas katilnya lalu dibawa keluar bilik. Sunyi je rumah. Mana Kak Elly? Dituju bilik Kak Elly dan diketuk dua tiga kali pintu kamar itu sambil melaung nama gadis tomboy itu. Tapi tidak bersahut.
Lalu Nicha memulas tombol pintu bilik Kak Elly dan ditolak daun pintu tersebut. Kemudian dia menjengahkan kepalanya sedikit masuk ke ruang bilik tidur utama rumah itu, namun bilik itu kosong tak berpenghuni. Katil dan cadar pun kelihatan kemas teratur.
Ditutup pintu bilik Kak Elly dan dia mengatur langkah menuju ke dapur. Lapar teruk weh dari pagi tak makan pape.
Lepas solat Subuh pagi tadi, dia terus panjat katil dan tidur semula sampailah ke pukul 2 lebih tadi baru dia bangun.
Sesampainya dia di dapur, dia membuka tudung saji di atas meja makan. Kosong. Tiada sebarang makanan di bawah tudung saji itu.
Perutnya terasa pedih akibat tiada sebarang makanan yang masuk ke perutnya hari ini. Lapar sungguh. Semasa dia sedang sibuk membuka kabinet dapur dan peti ais untuk mencari makanan yang boleh dibuat alas perut, tetiba phone di tangan kirinya berbunyi minta dijawab.
Hadi Kayu.
Nama yang tertera di dada skrin phone Nicha itu membuatkan dahi gadis itu berkerut. Apahal dia call aku?
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...