▣ bab 40

290 62 16
                                    

Dalam tempoh dua tahun yang dah berlalu, sebenarnya tiada apa pun yang berubah dalam hidup Nicha. Semuanya masih sama macam dulu. Mungkin ada sedikit perubahan, tapi ianya terlalu sedikit.

Nicha masih memendam rasa suka terhadap Amirul Hadi secara senyap. Dia setia memandang Amirul Hadi hanya dari jauh.

Nicha pernah juga menghantar ucapan 'Happy Birthday' kepada mamat kayu tu melalui aplikasi Telegram, dan Hadi hanya membalas 'Thanks' sahaja.

Bukan Nicha tak pernah cuba untuk melupakan Hadi kayu, tapi susah gila weh. Mungkin sebab dia bekerja di bawah bumbung yang sama. Selalu terserempak. Lagi pula Nicha sejenis yang susah nak move on bila ternampak semula orang yang ingin dia lupakan.

Kadang tu, makin bertambah pula rasa sayang dia terhadap Hadi kayu. Sedangkan, Hadi kayu takde buat apa-apa pun kat Nicha. Senyum kat Nicha? Pernahlah sekali dia senyum. Sembang dengan Nicha? Ah dalam mimpi pun Hadi kayu tak sudi nak bersembang dengan Nicha.

Tapi yang peliknya, entah kenapa Nicha makin hari makin suka, makin sayang dan makin rindu kat Hadi kayu. Walaupun Hadi kayu tak pernah pun layan Nicha, dan besar kemungkinan Hadi kayu tak akan pernah suka Nicha, tapi Nicha masih tetap rasa bahagia.

"Biarlah kalau dia tak suka aku pun. Biar aku je yang suka dia. Dia tak perlu susah-susah nak suka aku jugak. Aku tak mintak pun dia balas rasa suka aku. Cukup aku je yang suka dia, itu pun dah buat aku happy." Monolog Nicha sendirian.

Bagi Nicha, kebahagiaan sebenar adalah menyayangi tanpa mengharap diri kita disayangi.

Kes dia minta emaknya menghantar pinangan untuk Hadi kayu hanyalah gurauan semata. Mana mungkin dia berani buat macam tu. Mujur emak tidak terus bersetuju dengan permintaan gilanya waktu itu.

"Cha, Qiden cakap dia nak datang pukul berapa?" Tetiba Emak muncul dari arah dapur dan bertanya tentang Qiden.

"Entah." Nicha yang sedari tadi melingkar di atas permaidani lembut di ruang tamu membalas pendek pertanyaan emaknya.

"Eh budak bertuah ni. Pergilah WhatsApp dia, tanya nak datang pukul berapa. Siapa je yang datang dengan dia." Balas emak sambil menepuk bontot err pungung anaknya yang masih berbaring di ruang tamu.

"Awww sakitlah Mak. Nantilah kita whatsapp dia. Ni awal lagi kan. Takkan dia nak datang pepagi kot." Jawab Nicha yang masih dalam posisi melingkar dan berbaring sambil mengusap bontotnya yang ditepuk emak tadi.

"Kalau kau tak WhatsApp sekarang, biar mak je yang WhatsApp dia. Emak ada nombor Qiden." Emak mengugut sambil mengeluarkan smartphone miliknya dari saku baju kurung yang tersarung pada tubuhnya.

"Eh? Kenapa mak pakai baju kurung? Aik, siap bertudung segala ni dah kenapa mak? Mak nak keluar ke?" Nicha yang baru menyedari emaknya berpakaian macam tu -menyoal pelik.

Belum pun sempat emak menjawab, kedengaran bunyi kenderaan yang diyakini sebuah kereta memasuki halaman rumah mereka.

"Ada orang datang ke Mak?" Nicha bingkas bangun dari baring sambil duduk berlunjur di atas permaidani lembut itu. Rambut lurusnya yang separas bahu kelihatan serabai.

"Eh itu macam Qiden." Emak bersuara.

"What? Mak biar betul."

Nicha terus berdiri dan menuju ke sebelah emaknya yang sedang melihat ke halaman rumah melalui jendela yang tertutup. Mujur cermin tingkap ni jenis yang orang dalam je boleh nampak luar. Orang kat luar tak nampak dalam rumah. Lebih kurang macam tingkap tinted la kot.

Tapi kalau buka lampu time malam, orang luar boleh je nampak langsir dalam rumah. Tingkap rumah ni jarang dibuka. Memang sentiasa bertutup 24/7.

"Omagad Mak. Apa kejadah Qiden datang pepagi buta ni? Kita ingat dia nak datang malam. Aigooo." Nicha dah serupa cacing kepanasan bila dia nampak Qiden yang telah pun keluar dari kereta myvi di seat sebelah pemandu.

Nicha macam pernah nampak Myvi tu. Tapi di mana ek?

"Takyah nak pepagi buta sangat Cha. Dah pukul 11 pagi. Kau dah mandi belum?" Emak bertanya sambil menjungkit keningnya ke arah Nicha.

Laju je kepala Nicha menggeleng tanda dia belum mandi.







Kayu. [√]Where stories live. Discover now