AMARAN MAMA:
Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna
Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu?
Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah."
S...
Malas-malas Amirul Hadi menuruni tangga rumahnya dan menuju ke dapur selepas bangun dari tidur. Tadi lepas solat Subuh, dia berjogging. Pulang dari berjogging dia mandi dan tidur semula.
Lepas tu, tadi ni tepat pukul 8.39 pagi, dia terjaga dari lenanya bila dia terhidu satu aroma masakan yang sangat harum. Mesti isterinya sedang masak sesuatu di dapur sekarang ni.
"Morning sayang! Jap lagi kita breakfast sesama ok." Isterinya menyapa penuh ceria sambil menoleh ke arahnya.
"Morning... Am lapar. Sayang masak apa tu?" Soal Amirul Hadi sambil melangkah ke arah Nicha.
"Nicha masakkan welcome-welcome pisang special untuk Am." Jawab Nicha sambil sibuk memalingkan jemput-jemput pisang yang digorengnya di dalam kuali.
Sesampainya Hadi di belakang Nicha, lelaki itu terus saja memeluk tubuh Nicha dari belakang. Manakala kepalanya didaratkan ke bahu kanan Nicha.
"Hey. Apa ni. Orang tengah menggoreng ni." Protes Nicha. Dia melihat lengan sasa Hadi yang terdedah telah pun melingkari sekitar bahunya. Hadi memakai sleeveless shirt color putih kegemarannya berserta track suit.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(position Hadi & Nicha)
"Five minutes. Just give me five minutes." Rengek Hadi dengan mata terkatup dan tanpa melepaskan pelukannya.
"Ok boleh. Tapi Am kena tolong Nicha cuci mangkuk dan cawan lepas kita breakfast nanti. Deal?"
"Ok sayang. Deal." Balas Hadi yang masih tidak meleraikan back hug nya.
Chup. Serentak itu dicium sekilas pipi kanan Nicha.
Terkejut Nicha dengan aksi spontan Hadi.
"Yahhh!" Terjerit Nicha dibuatnya.
Akhirnya Hadi melepaskan pelukannya dan tergelak melihat muka cemberut isterinya.
"Why so cute ah?" Usik Hadi sambil mendaratkan ciuman ke pipi sebelah kiri Nicha pula.
"Yahhhhhhh Am!" Jeritan Nicha kali ini naik satu oktaf berbanding tadi.
Amirul Hadi ketawa mengekek bila melihat reaksi Nicha selepas dicium. Dia sengaja mengusik isterinya itu. Dia tahu Nicha tak suka dicium. Masa awal perkahwinan mereka dua bulan lalu, Nicha pernah bagitau; dia prefer pelukan daripada ciuman.
Pelukan pula bukan sebarang peluk. Nicha hanya suka pelukan dari belakang.
Back hug.
Bila ditanya kenapa, Nicha hanya menjawab; "Saja."
Sedangkan pada pemahaman Hadi, pelukan dari belakang itu membawa maksud si pemeluk bersedia untuk melindungi insan yang dipeluknya itu daripada sebarang ancaman dan bagi orang yang dipeluk pula akan terasa selamat dan rasa dilindungi.
Puteh yang sedang enak melepak di ruang tamu tadi, kini telah pun datang mendekat ke arah Nicha di dapur. Kucing milik suaminya itu menggesel pada kaki Nicha.
Nicha mencangkung di depan kucing jantan itu sambil membebel. Tangannya naik mengusap kepala dan badan si Puteh.
"Puteh, kau tengoklah papa kau tu, pepagi dah menggatal dengan aku."
"Biarlah, kan Puteh. Lagipun papa menggatal dengan wife papa sendiri. Bukan dengan orang lain." Balas Hadi sambil ketawa.
Dia kemudiannya membancuh dua cawan kopi three in one untuknya dan Nicha.
Selesai menggoreng jemput-jemput pisang, Nicha mengemas dapur dan meletakkan mangkuk bekas adunan tepung cekodok pisang itu ke dalam sinki agar mudah untuk suaminya mencuci nanti.
"Am bawak depan eh welcome-welcome sayang ni." Ujar Hadi.
Mereka berdua biasanya makan di depan tv. Di ruang tamu.
"Ok. Thanks Am sebab tolong buatkan kopi." Senyum dihulur buat suami tercinta.
"No biggie. Am tunggu kat depan ok."
Chup.
Kali ini Amirul Hadi melepaskan ciuman sesaatnya pada bibir Nicha. Orang putih panggil ciuman jenis 'peck kiss'.
"Yahhhhhhhhhh Amirul Hadi!" Kali ini lebih panjang dan lebih kuat suara Nicha menjerit.
Amirul Hadi hanya tergelak dan berlalu menuju ke ruang tamu sambil membawa dulang/ talam yang berisi dua cawan kopi dan sepinggan jemput-jemput pisang hasil tangan Nicha.
-TAMAT-
10:58 pm Monday Apr 06,2020 13 Syaaban 1441H Kluang, Johor