"Hai Hadi. Morning!" Nicha memberanikan diri menegur Amirul Hadi pagi itu. Hajat Nicha untuk membancuh secawan kopi terbatal bila dia terpandang akan Hadi.
Hanya mereka berdua saja yang ada di pantry pejabat pada ketika ini. Hadi kelihatan sedang berselera menikmati sarapan paginya sewaktu Nicha masuk ke pantry sebentar tadi.
"Hai." Jawab Hadi sepatah. Wajahnya dimaniskan sedikit walaupun agak kaku. Diteruskan suapan nasi goreng ke mulutnya dengan tertib.
"Kenapa breakfast sorang? Kawan you yang selalu dengan you tu mana? Dia cuti ke?" Soal Nicha sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Hadi.
"Tu." Jawab Hadi ringkas sambil menalakan pandangan ke pintu pantry yang terletak di belakang tempat Nicha duduk.
Spontan kepala Nicha berpaling untuk melihat orang yang diperkatakan sebentar tadi.
"Hei Nicha. Pergh, pepagi dah dating dengan Hadi." Sapaan penuh keramahan termuntah dari bibir Radzi si assistant Hadi.
Alahai mamat kayu ni, buat aku cuak je. Aku fikirkan Afiqah yang muncul. Sebab aku maksudkan kawan dia yang itu. Bukan si Radzi ni. Adoi.
"Banyaklah kau dating. Aku just temankan Hadi breakfast. Kannn Hadi?" Balas Nicha.
"Hmmm." Pendek gila jawapan Hadi.
Radzi hanya senyum penuh makna sambil tangannya lincah membancuh secawan nescafe untuk dirinya sendiri.
"Kau pehal senyum macam tu Radzi oi. Betul lah aku cuma teman Hadi sebab dia sorang je tadi kat sini."
"Eh aku tak cakap apa-apa pun k. Senyum pun salah ke?" Radzi membalas masih dengan sengihan terhias di wajahnya.
"Your smile tu sesuatu sangat." Ujar Nicha.
"Ok lah, gerak lu. Pape roger. Teruskanlah ber dating. Aku takmo kacau." Kata Radzi dengan ketawa kecil dan berlalu dari situ.
Hadi baru selesai menikmati sarapannya. Dia memandang Nicha yang sedari tadi merenungnya. Dia nak makan pun rasa serba tak kena bila gadis bermata bulat di hadapannya itu memerhatikan dia secara terang-terangan.
"You tak sarapan ke?" Tetiba Hadi bertanya.
Nicha seakan terpaku mendengar sebaris soalan itu keluar dari mulut sang kayu.
"Dah tadi. I just makan roti and susu. Afiqah mana? Biasa you sarapan dengan dia."
"Dia cakap dia malas nak breakfast hari ni."
"Oh. Macam tu pulak. You beli nasi goreng yang you makan tadi tu kat mana?" Nicha rasa bagai tak mahu berhenti berbual dengan Hadi.
Sebab belum tentu lepas ni dia berpeluang bersembang macam ni lagi dengan Hadi.
"Kat Ariana depan office kita ni je." Jawab Hadi.
"Sedap ke?" Nicha pernah juga makan kat kedai makan Ariana yang dimaksudkan oleh Hadi, tapi masa tu Nicha gigit ayam goreng kat kedai tu punyalah keras.
"Sedap."
"Oh really? I nak try la nasi goreng situ esok. Tapi I nak breakfast dengan you. Boleh tak?" Nicha makin hilang kawalan.
Entah dari mana dan bagaimana dia memperoleh keberanian untuk berkata seperti itu pun dia tak tahu.
Semuanya spontan keluar dari mulutnya.
Satu yang Nicha perasan, dulu dia ber kau-aku bila sesekali bercakap dengan Hadi.
Tapi sekarang tetiba je jadi I - You. Kejadah apakah yang telah merasuk Nicha? Paling penting, Hadi pun layankan je bila Nicha ber I - You dengan dia.
"Boleh." Jawab Hadi ringkas.
Jantung Nicha bagai nak terkeluar bila dengar jawapan Hadi. Seriously dia jawab boleh tadi? Seriously?
"Ok so, esok kita jumpa kat sini. Breakfast sini je lah. Nanti esok, kalau i lambat, boleh tak you tolong tapaukan that nasi goreng untuk i?"
"Sure."
"Thanks Hadi." Dan senyuman Nicha tak lekang dari bibirnya sepanjang hari.
Angau lah tu. Ceh.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...