Asyikin (Kak Chik Nicha) memarkir kereta proton Iriz miliknya di bahu jalan tidak jauh dari rumah Syila. Selepas dia membuka lock pada pintu keretanya, adiknya Nicha terus keluar dari perut keretanya tanpa berkata sepatah perkataan pun sambil membawa hadiah untuk si pengantin.
"Weh Nicha. Tunggu la aku. Bertuah punya budak. Boleh pulak dia keluar macam tu je. Ingat aku pak supir dia ke. Eiii budak ni." Bebel Kak Chik as known as Asyikin di dalam keretanya sambil menapak keluar dari keretanya. Selepas dia menekan button pada kunci keretanya untuk locked keretanya, dia sedikit terburu-buru mengejar langkah adiknya yang dah menonong ke satu arah.
"Qiden! Oi rindu aku tak?" Suara Nicha yang agak kuat itu menarik perhatian beberapa tetamu yang hadir di bawah kanopi di halaman rumah keluarga Syila.
Asyikin membuat facepalm bila melihat gelagat adik bongsunya itu. Mujurlah suasana di situ sedikit hingar dengan lagu yang dipasang oleh DJ jemputan.
"Rindu lah gila. Aku ingat kau dah lupa daratan tak reti-reti nak balik Johor. Kau datang sorang je ke?" Soal Qiden sambil tersenyum manis ke arah Nicha.
"Aku datang dengan kak chik aku." Spontan Nicha berpaling untuk mencari di mana kakaknya berada. Terlihat kakaknya sudah pun berdiri di belakangnya.
Sengih tergayut di bibir Nicha. "Achik nak makan dulu or nak follow kita masuk jumpa Syila?"
"Masuk jumpa Syila dulu lah." Balas Asyikin.
"Qiden, aku masuk dulu. Kau dah makan ke? Weh kau datang sorang ke ni?" Nicha menyoal teman baiknya itu.
"Aku datang dengan awek aku."
"What? Wait, awek? Kau bukan dah broke up ke? Awek mana lak ni?" Nicha bingung seketika.
Qiden hanya tergelak melihat kerutan di dahi Nicha.
"Nanti aku kenalkan dia kat kau. Kau pergilah masuk dulu jumpa Syila."
***
"Nicha." Satu suara menyapa Nicha dari sisi kirinya. Saat ini Nicha dan kakaknya, Asyikin baru saja selesai menjamu selera.
Spontan kepala Nicha menoleh ke kirinya dan mendongak sedikit.
"Del? Weh, kau buat apa kat sini?" Membulat mata Nicha memandang Delaila yang berdiri di sebelahnya.
Bertambah bulat mata Nicha yang dah sedia bulat bila melihat Qiden sedang tersenyum di sisi Delaila.
Belum pun sempat Delaila membalas pertanyaan Nicha itu, kini Nicha menyambung lagi bicaranya sambil berdiri; "Jangan cakap yang Del ni awek kau Qiden. Tak kelakar ok."
"Sorry Cha. Tapi yup memang betul, Del la awek yang aku nak kenalkan kat kau tadi." Jujur Qiden.
"Apa ni Del? Daus pe citer?" Nicha masih belum dapat terima kenyataan itu. Setahu dia, Delaila dah ada boyfriend yang bernama Daus. Tapi bila tetiba je Delaila couple dengan Qiden, sukar untuk dia percaya.
"Cha, aku dah lama putus dengan Daus. Sorry sebab tak bagitau kau. Aku start contact Haiqal lepas kita lunch sesama tahun lepas yang sekali dengan Hadi and Hafiz. Tu pun gigih aku contact Haiqal ni guna fb." Giliran Delaila pula berterus terang.
"Dah lama ke korang couple?"
"Baru je bulan lepas." Qiden menjawab.
"Asal korang berahsia dengan aku?" Senada saja Nicha bertanya.
"Aku takut nak bagitau kau, sebab takut kau marah aku. Ye laaa, aku kan ada Daus sebelum ni. Mesti kau cakap aku jenis tak setia. Tapi Cha, trust me. Daus yang tinggalkan aku dulu. Dia cheating on me." Delaila menjelaskan serba ringkas.
Nicha terduduk kembali. Fikirannya kian kosong. Tika itu juga tanpa sengaja matanya tertumpu ke satu arah di sebuah meja tidak jauh dari tempat dia duduk. Kelihatan sepasang suami isteri yang sedang tersenyum bahagia dan diselangi gelak tawa sambil menikmati hidangan yang disediakan di majlis perkahwinan Syila.
Sepasang suami isteri yang dilihat Nicha itu adalah Shahmir dan Farah. Kalau tadi fikiran Nicha kosong sebab terkejut dapat tahu relationship antara Qiden dan Delaila, kini hatinya kian retak menanti belah memandang dua sejoli itu.
Ditambah pula DJ jemputan di majlis persandingan Syila ni sedang memutarkan lagu syahdu nak mati. Kau bayangkan, DJ tu pergi pasang lagu Wany Hasrita yang tajuk Rintihan Rindu tu.
Kepala otak Nicha jadi tepu dengan lagu itu. Lirik lagu itu benar-benar merobek hatinya yang selama ni dah meninggalkan kesan parut yang begitu dalam.
Wajah Nicha benar-benar beku tak beremosi. Padahal dalam hatinya kini sedang meraung kuat tak bertepi. Namun tiada setitis pun air mata yang jatuh di pipinya. Raungan dan lolongan jiwanya yang bernada sayu itu hanya didengari oleh dirinya sendiri.
"Achik, kita nak balik." Perlahan saja suara Nicha menuturkan ayat itu.
Serentak itu dia bingkas bangun dan berlalu dari situ. Asyikin yang faham akan situasi adiknya itu turut bangun dan sempat pula dia bersalam dengan tuan rumah (ibu kepada Syila) sebelum dia membuntuti langkah Nicha.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...