Afiqah melangkah ke rumah sewa Amirul Hadi yang terletak betul-betul di hadapan rumah keluarganya. Tadi Hadi baru je WhatsApp dia minta tolong jagakan Puteh. Lelaki itu nak balik ke Johor seminggu.
Loceng di luar pagar rumah jejaka itu ditekan dua kali. Salam juga dilaung sederhana kuat. Selang beberapa minit kemudian, Hadi membuka pintu utama rumahnya sambil memeluk Puteh.
Afiqah membetulkan tudung dan cardigan pada tubuhnya saat Hadi berjalan menuju ke arahnya. Lelaki kayu itu hanya memakai sleeveless t-shirt dan track suit. Lengan sasa lelaki itu dipandang sekilas.
"Tolong jagakan dia macam biasa k." Hadi menyuakan Puteh kepada Afiqah selepas dia membuka pintu pagarnya.
Afiqah menyambut Puteh dan dia mengangguk kecil. Hadi turut menyerahkan cash kepadanya bagi perbelanjaan makan dan minum Puteh selama seminggu.
Biasanya kalau Hadi pergi kerja, Hadi akan beri kunci pendua rumahnya kepada Afiqah untuk memudahkan gadis itu menjaga Puteh. Entah kenapa dia terlalu senang percaya pada anak gadis depan rumahnya itu pun dia tak tahu.
"Awak balik sini semula hari apa?"
"Aku balik sini maybe Sabtu depan. Kalau ada apa-apa just call me or WhatsApp aku. Thanks Afi."
Afiqah hanya tersenyum dan membalas, "Okay. So awak dah nak gerak ke ni?"
Hadi hanya angguk sekali.
"Take care Hadi. Drive carefully. Nanti kalau awak dah sampai Kluang bagitahu saya." Ujar Afiqah dengan senyuman manisnya.
Hadi senyum paksa ke arah Afiqah yang sedang mengelus lembut kepala Puteh.
Apahal pulak aku nak kena bagitahu kau kalau dah sampai Kluang? Kau bukan bini or awek aku pun. Heh.
Hadi masuk kembali ke rumahnya untuk mengambil begnya dan mengunci segala pintu dan tingkap. Setelah selesai, dia mengatur langkah ke kereta Myvi miliknya yang tersadai elok di halaman rumah sewanya.
Semasa Hadi di dalam perut keretanya, dan baru saja dia nak mengundur keretanya untuk keluar dari pekarangan rumah sewanya, tiba-tiba cermin keretanya diketuk seseorang dari luar.
Hadi melihat siapakah gerangan manusia yang telah mengetuk cermin keretanya.
Afi? Dia nak apa lagi ni? Haih.
Diturunkan cermin keretanya dan hanya menaikkan kedua belah keningnya isyarat menyoal 'ada apa wahai cik Afiqah?'.
Gadis itu tersenyum sambil menghulur satu bungkusan eh bukan, satu plastic bag eh bukan jugak, satu paper bag kepada Hadi.
Hadi menyambut dan melihat isi di dalam paper bag itu. Ada tiga biji tupperware.
"Apa ni?" Hadi bertanya kemudiannya.
"Mak saya kirim makanan sikit untuk awak. Nanti makan tau."
"Oh. Okay. Terima kasih cakap kat mak kau. So, aku nak gerak dah ni. Kau memang nak stay kat rumah aku ke? Tak nak balik rumah kau?" Sedikit pedas perlian Hadi untuk Afiqah yang masih terpacak di sisi luar Myvinya.
Tak reti-reti nak balik ke apa perempuan ni?
"Hmmm, haaa saya nak baliklah ni. Awak drive elok-elok. Okay bye. Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam."
***
Nicha berjalan lambat-lambat di belakang Luthfil Hadi dan Nain. Dia melihat kemesraan angahnya bersembang dengan Nain. Dia mengeluh perlahan.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...