☯ bab 33

301 63 22
                                    

Nicha menghela nafas berat selepas dia selesai memadam kesemua gambar, audio dan video dalam folder CHAMER itu. Tapi ada satu file Microsoft Word yang dia biarkan tidak di-delete dalam folder tersebut.

Diklik dua kali pada file Microsoft Word itu, lalu terpaparlah sebuah puisi di dada skrin laptopnya.

Mata Nicha jatuh ke tajuk puisi tersebut. Kemudian dengan perlahan anak matanya terus meniti ke setiap bait puisi itu hingga noktah terakhir.

Title: Looking At You Nissa

When I first saw you
My heart pounded fast
I began to feel nervous
I'm out of words
As you came closer
I'm breathless,
But,
Looking at you Nissa,
Makes me feel more comforted
That you will always be my side
To share my worries
As you come closer
I thought I was lost in a fairy-tale land
Because,
Looking at you Nissa,
At the beautiful smile
Makes me want to faint
As if a dream has come true
For a young prince
I just can't stop thinking of you
When you're close to me
You put your arms around me tightly
As you will be there for me forever
I wish I could be just looking at you Nissa.

Senyuman sinis bersalut pilu tersungging di hujung bibir Nicha saat dia menamatkan bacaan puisi itu. Puisi tu hasil nukilan Shahmir untuk dirinya satu ketika dulu.

Sebenarnya, puisi tu Shahmir tulis dan hantar melalui facebook messenger. Tapi Nicha yang terlebih rajin copy paste puisi tu dan simpan dalam file Microsoft Word.

Rasanya, biarlah puisi ni aku simpan. Hanya ini je kenangan aku dan dia yang tersisa. Biarpun dulu waktu aku menjadi kekasihnya, aku selalu abaikan dia dan perasaannya, atas alasan aku tak suka lelaki romantik, jiwang dan mat bunga. Tapi sejujurnya aku masih terasa istimewa di hatinya pada saat itu.

Ya, seketul manusia yang bernama Nicha ini memang species tak reti nak menghargai kasih sayang, pengorbanan dan kesetiaan insan yang bernama Shahmir. Entahlah. Aku pun taktau kenapa aku selalu ignored dia bila dia call aku tiap malam, nyanyikan lagu sambil main guitar. Bagi hadiah bunga, coklat, dan tulis puisi untuk aku di setiap hari ulang tahun kelahiran aku.

Aku pulak jenis yang tak tahu nak berjiwang. Masalahnya Shahmir tu jiwang sangat. Dah la panggil aku 'sayang' lepas tu bila on the phone selalu cakap berbisik macam cakap dalam kelambu. Rimas doh.

Dia bukan taktau aku ni species minah sempoi tak masuk dengan benda benda romantis tu semua. Tapi dia masih lagi kekalkan layanan penuh romantis fantasia bulan madu dia ke aku. Naik lemas aku dibuatnya.

Tapi... bila satu hari tu tetiba dia cakap nak putus dengan aku, aku hampir nak terkena heart attack tau. Gila kau tak terkejut.

Patutlah masa tu dia dah makin jarang call aku. Jarang chat aku. Dan lama kelamaan aku sedikit pelik. Tapi masa tu aku kisah apa. Lagi dia tak call, lagi aku happy sebab at least takde lah aku nak menadah telinga macam orang pekak dengar dia bercakap sambil berbisik.

Cumanya, bila dah lama-lama tu, rasa pula kehilangan. Dan yang tak boleh blah, masa dia cakap nak putus dengan aku, aku tak reply sepatah haram pun kat dia. Dia minta clash just melalui facebook messenger. Tapi sampai sekarang chat dia tu aku cuma seen je dan tak pernah aku balas.

Mungkin dia bengang aku tak reply chat dia, so dia unfriend la aku kat fb. Ada aku kisah? Oh memang aku kisah masa tu. Tapi well, ego aku lagi tinggi kot. Peduli apa aku. Kau nak unfriend ke, nak block ke. Sukati kau lah. Aku malas nak ambil tahu.

Dulu, aku pernah story dengan Nain and Kak Elly; masa tu aku baru je lepas broke up dengan Shahmir. Aku cakap, Shahmir selalu buat aku menangis. Dia selalu sakitkan hati aku. Tapi hakikatnya, aku yang selalu sakitkan hati Shahmir. Dia yang selalu pendam sedih dia sorang-sorang.

Kadang bila aku fikir balik apa yang aku buat kat dia dulu tu, aku rasa kejam jugak aku ni. Aku selalu takut nak bercinta lagi. Aku takut pasangan aku tu nanti akan buat macam apa yang aku pernah buat pada Shahmir.

You know, what goes around, come around right? Itu yang sering menghantui akal dan hati aku tiap kali aku mula rasa sayang kat someone. Amirul Hadi misalnya. Aku selalu fikir, kalau la aku couple dengan Hadi, adakah aku akan dikecewakan dan dilayan macam sampah? Seperti apa yang pernah aku perlakukan terhadap Shahmir.

"Cha! Oi dah siap ke belum? Kau nak pergi rumah Syila pukul berapa?" Tetiba wajah Kak Chik terjengul di muka pintu bilik Nicha.

"Allahuakbar. Terkejut kita lah Achik ni. Kita gerak pukul 11 la. Ni awal lagi. Baru pukul 9. Kita pun tak mandi lagi ni." Balas Nicha sambil menoleh ke arah Kak Chiknya itu.

Selepas Kak Chiknya berlalu dari situ, Nicha berpaling kembali menghadap komputer ribanya. Dia menamatkan catatan pendeknya tadi lalu disimpan semula file yang terkandung puisi dari Shahmir dan catatan ringkasnya itu ke dalam folder CHAMER.

Selepas dia off kan laptopnya, Nicha mencapai pula phone di atas katil. Dibelek phone miliknya dan dilihat terdapat notifikasi whatsapp dari Qiden.

+ Oi, macha

+ Bangun!!!

+ Tidur je kerja kau.

+ Jadi tak pergi wedding Syila?

Laju jari jemarinya membalas whatsapp teman baiknya itu.

Aku dah lama bangun la gila +

InshaaAllah jadi +

Jumpa di sanun +

Kayu. [√]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang