Tiba di sisi Kak Elly, Nicha memandang gadis tomboy itu sejenak. Kemudian, tangannya mencapai android milik Elly yang terdampar di atas meja kopi di hadapan tv. Disentuh-sentuh skrin smartphone Kak Elly itu beberapa kali.Lagu Hellevator by Stray Kids yang sedang memekak di dada skrin tv LED yang besar gedabak itu kini bertukar ke lagu O Sole Mio by SF9.
"Aduuuuuh Cha. Lagu apa kau tukar ni?" Bebel Kak Elly dengan dua tangannya mencekak pinggang sambil matanya memandang Nicha yang kini sedang duduk di atas sofa.
"Taktau. Kita bukan k-popers. Kita just pilih je lagu tu. Ce akak try joget. Macam nice gak rentak dia. Takde ah serabut sangat macam lagu yang akak joget tadi." Nicha kini dah pun menanggalkan tudung bawalnya dan diletak di sisinya. Kakinya disilangkan.
Nain menarik lengan Kak Elly untuk melihat ke skrin tv.
"Best gak lagu ni kak. Jom kita try." Ujar Nain sambil menoleh ke arah Kak Elly.
Mereka berdua kelihatan fokus memandang skrin tv. Mereka seolah-olah sedang menghafal step tarian dari boy band SF9 itu.
Nicha menguap. Matanya dah mula mengantuk. Sedangkan perutnya terasa begitu lapar kerana dari siang tadi dia tak makan apa-apa pun. Plus badannya kini dah terlalu letih kerana kerja yang dibuat sepanjang hari ni banyak bebenor.
Mata Nicha yang semakin kuyu dan layu dapat menyaksikan Nain dan Kak Elly yang kini telah memulakan tarian mengikut lagu O Sole Mio tersebut. Tarian mereka sangat berseni.
Kalau Nicha join diorang berdua menari, memang takde beza antara tiang lampu berjoget dengan Nicha berjoget.
***
Kak Elly dan Nain membuat high five setelah selesai menari. Mereka ketawa puas hati dan serentak itu menoleh ke belakang. Kelihatan Nicha sudah terlentok di sofa dengan mata yang tertutup separuh.
"Allahu. Dia lom makan lagi tu Kak Elly. Haih, boleh pulak dia pegi tidur." Beritahu Nain kepada Elly.
Nicha kalau tidur memang mata dia jarang tertutup rapat. Biasanya matanya akan terbuka sikit.
"Kau panaskan dulu lauk tadi In. Aku kejutkan dia."
Nain mengangguk dan berlalu ke dapur. Dia panaskan nasi dan ayam masak merah yang dimasak olehnya bersama Kak Elly sebelum maghrib tadi.
Sayur tidak dipanaskan. Kerana dia sedia maklum kawan baiknya si Nicha memang anti-sayur.
Musuh ketat katanya. Ceh. Tapi bila sayur yang mak mentua aku (mak Nicha la) masak, reti pulak budak bertuah tu makan. Cerewet level apa pun aku taktau la si Nicha ni. Nain mengomel sendirian.
Kepala Nain tertoleh ke meja makan bila dia terdengar bunyi kerusi ditarik. Nicha melabuhkan punggungnya di situ dan menongkat dagu dengan dua tangannya.
"Ngantuknyaaaaaa." Rengek Nicha serupa budak tadika umur 5 tahun.
"Aku suruh basuh muka tu tadi tak nak. Ish kau ni kan... Asal balik lambat sangat tadi? Tautak bahaya jalan sorang-sorang dah memalam macam ni. Lain kali kalau dah malam baru nak balik, bagitau aku. Aku boleh amekkan kau." Elly yang kini turut duduk di sisi Nicha membebel sambil memandang ke gadis yang berwajah lesu itu.
"Hmmm. Akak kadang bukan ada kat rumah pun." Jawab Nicha acuh tak acuh.
Mental dan fizikalnya benar-benar letih hari ni.
"Kau ada problem ke Cha? Muka kau letih sangat doh. Plus macam tengah broken pun ada aku tengok. Kenapa ni beb?" Nain menyoal.
Sambil tu tangannya menghulur sepinggan nasi berlaukkan ayam masak merah kepada Nicha. Nicha menyambut pinggan tersebut.
Kemudian dicapai sudu dan garfu yang memang tersedia di atas meja makan itu.
"Thanks In. Siapa masak ni?" Nicha tak menjawab persoalan yang ditanya oleh Nain.
"Kak Elly yang masak. Aku masak nasi dengan sayur je. Kau nak sayur ke?" Soal Nain.
"Takmo." Nicha membalas ringkas. Dia makan perlahan-lahan. Macam orang takde nafsu makan.
"Cha, kau ni tak ok ni. Ce share dengan aku and Nain apa yang tak kenanya dengan kau. Siapa buat kau sedih ni? Cakap ngan aku. Biar aku lempang dia. Berani beraninya dia lukain adik kesayangan aku. Haih."
"Kita ok laaaa kak. Just penat sikit je. Hari ni banyak kerja."
"Toksah nak menipu la Cha. Kau ingat kitorang percaya ke. Kau fikir kitorang baru kenal kau semalam ke?" Sampuk si Nain.
Nain kalau bersembang dengan Nicha dan Elly, automatically slang utara dia tak kedengaran langsung.
"Shhh. In, biar dia makan dulu. Sokay Cha. Kalau kau tak ready lagi nak share, take your time k. Kitorang tak paksa." Elly cuba berdiplomasi.
Namun Nicha hanya diam. Dia makan slowly hingga habis. Tapi dalam kadar masa yang agak lama. Nak tertidur Elly dan Nain temankan dia makan. Aigooo.
"Kita jealous." Nicha bersuara secara tiba-tiba selepas dia selesai mencuci pinggan yang digunakannya tadi.
Spontan mata Elly dan Nain yang sebelum ini tertumpu pada smartphone masing-masing, kini tertancap ke muka Nicha.
•••
Haiiiii. Ok double updated. Tetiba rajin lak malam ni. Tapi esok (sabtu) i kena kerja. Hahaha Hahaha Hahaha Haha. Kbai. :"
Btw, thanks korang yang support this Kayu. Nah ♥ satu kali. :))
Kalau ada typo please bagitau k. Maklumlah, taip dalam keadaan mengantuk. Hihu.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...