"Radzi. Weh, aku nak tanya something ni." Afiqah bersuara sederhana perlahan. Saat ini mereka sedang berada di sebuah court badminton."Apa dia?" Radzi menoleh sekilas ke kirinya. Dia membuka penutup botol air mineral di tangannya dan meneguk rakus air tersebut.
"Emmm, tahun lepas dalam bulan 12, ada tak Hadi dapat satu kotak coklat?"
Dahi Radzi berkerut memandang Afiqah yang memang sedari tadi duduk di sebelahnya.
"Cemana kau tahu?" Soalan gadis itu dibalas soalan oleh Radzi.
"Errr, sebab aku yang bagi coklat tu. Aku tahu dia cuti time tu, dia balik Johor. So, aku saja buat surprised and rasanya until now dia still taktau kot aku yang kirim coklat tu untuk dia." Senyuman malu-malu terhias pada wajah Afiqah ketika dia berterus terang kepada Radzi. Sesekali matanya melirik ke tengah court di mana Hadi sedang rancak bermain badminton dengan Elizabeth.
"Hek eleh, kau rupanya yang bagi. Kau suka Hadi ke Fiqa? Serius ah weh?" Radzi menyoal.
Afiqah mengangguk. "Tapi kau jangan bagitau dia tau."
"Hey guys, jom lepak Burger King. I'm hungry lah." Tetiba batang tubuh Elizabeth si gadis berbangsa Cina yang tadi sedang bermain badminton di tengah court kini sudah pun terpacak di hadapan Radzi dan Afiqah.
Amirul Hadi muncul beberapa saat kemudian di sisi Elizabeth sambil mengelap peluh pada tengkuknya dengan menggunakan tuala selamat pagi.
"You ni Eliz, baru lepas exercise main badminton dah nak telan burger. Gila eh?" Radzi sengaja mengusik. Elizabeth hanya tayang muncung sedepa.
"Jom lah. Bukannya selalu kita dapat lepak sesama." Afiqah bersetuju dengan ajakan Elizabeth.
"Sorry, aku nak balik. Puteh still kat rumah kau Afi. Kesian pulak mak kau kena jaga dia lebih masa." Hadi bersuara lantas mengambil barang miliknya dan berlalu dari situ. Tapi Afiqah sempat menyambar lengan jejaka itu.
"Hadi! Wait. You know, mak saya tak kisah pun jaga Puteh over time. Dia kan sayang Puteh. Don't worry k." Lengan Hadi masih dipaut kemas oleh Afiqah saat ini.
Keluhan maha berat terluah dari rongga pernafasan Hadi. Sekilas dia menoleh ke arah Afiqah, Radzi dan Elizabeth yang berdiri di belakangnya.
"Haih. Ok. Tapi sekejap je."
"Bereh." Jawab Afiqah ceria. Bukan senang nak ajak mamat kayu ni lepak. Ini pun tadi jenuh juga nak ajak dia main badminton. Puas dirayu dipujuk baru dia nak.
***
"Eh?" Nicha mengerdipkan matanya berulang kali. Notification facebook nya itu ditenung sekali lagi.
Amirul Hadi accepted your friend request la dey. Write thank you my love on Amirul's Timeline.
"Wohohhh. Finally! Lepas lima bulan aku add, baru kau accept. Never mind, yang penting sekarang kau dah jadi kawan aku even just dalam facebook." Nicha tersengih keriangan.
Sambil tu dia mengklik fb mamat kayu tersebut.
Di-scroll timeline fb milik Amirul Hadi.
Friends 267 (1 Mutual).
"Haha, yang sorang mutual friend dengan aku tu is Qiden. Dia ni betul la anti-social. Buat fb since tahun 2009 tapi friends just dua ratus lebih je. Aigooo." Bebel Nicha sambil bersila di atas katilnya.
Relationship; ♥ Single.
"Yessss. So, maknanya aweq yang selalu naik kereta dia tu bukan girlfriend dia. Erghh, that girl, pergi balik nak naik kereta bakal laki aku. Naik ah grab car." Still lagi Nicha membebel sendirian. Di dalam biliknya, di atas katil bujangnya.
Gender; Male.
"Duh, of course lah dia lelaki. Apalah aku ni. Hmmm, interested in men and women. Aik, itu je yang dia letak kat 'about'? Otak ah. Asal sikit noh."
Dibelek pula Photos yang ada di facebook milik lelaki kayu itu.
"What the banana oh nana. Seketul ni je gambar yang dia upload? Yang lain mesti dia private ni en. Erghhh apa duh Hadi ni."
Nicha melihat sekali lagi bahagian Photos. Disentuh/ klik pada 'photos of amirul' tapi yang tertera di skrin hanyalah; No photos to show.
Kemudian dia klik pula bahagian 'albums'. Di situ pula hanya terdapat satu je album iaitu tidak lain dan tidak bukan merupakan album profile picture Amirul Hadi dan di dalamnya hanya terdapat seketul gambar. Yes, dp kucing berwarna putih itulah satu-satunya gambar yang terdapat di timeline fb Amirul Hadi.
Nicha hampir nak meradang tapi tak jadi sebab; "Bersyukurlah Cha, at least dia accept jugak kau. Takpelah. Even fb dia takde apa yang menarik, tapi dia still menarik pada mata kau. Kan? Hmmm, dia punya status last update pun tahun 2016 bulan 7. Haih Hadi... nampaknya kau ni bukan sebarang kayu."
•••
Awak yang dikasihi, kalau nampak typo mohon bagitahu k. Ok bye aku nak layan komik.
ㅡkina.kinot
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...