Dia menekan loceng di luar pintu rumah adiknya, Hafiz. Selang beberapa saat Hafiz muncul membuka pintu untuk abangnya, Hadi."Dah lama ke kau sampai?" Hafiz bertanya.
Amirul Hadi tak menjawab. Amirul Hafiz pula tak memaksa. Dia faham dan tahu akan perangai abangnya itu. Seorang manusia pendiam tahap terabyte. Dan seorang manusia yang sangat malas nak bercakap.
Dipelawa abangnya itu masuk ke rumah bujangnya. Hadi masuk dan melabuhkan duduk di atas sofa yang tersedia di ruang tamu apartment Hafiz.
Mata Hadi melihat sekeliling ruang dalaman rumah sewa adiknya.
Teratur. Bersih.
Manakala Hafiz pula pergi ke dapur. Sekembalinya dia ke ruang tamu, dia meletakkan dua mug berisi hot chocolate di atas meja kopi yang terletak di depan sofa. Di depan sofa yang Hadi sedang duduk.
"Weh minum dulu." Hafiz melangkah ke kamar tidurnya selepas mempelawa Hadi minum.
Rumah sewa Hafiz nampak teratur dan kemas adalah kerana dia tinggal seorang diri. Dan dia juga suka mengemas. Dia sakit kepala kalau tengok rumah bersepah.
Hafiz keluar dari biliknya sambil membawa seketul laptop. Lepas tu dia letakkan laptop itu di depan Hadi iaitu bersebelahan dua mug tadi. Kemudian dia menyambungkan charger ke tubuh laptopnya. Betri laptopnya dah lama rosak. Malas nak beli betri baru.
"Tolong weh tengokkan lappy aku ni. Penat aku tekan button on, still tak nak hidup." Hafiz bersuara sambil duduk di sisi Hadi. Dia mencapai satu mug yang masih berisi air hot chocolate.
Satu mug lagi dah pun kosong. Hadi dah telan air tu tadi.
Tanpa bersuara, Hadi mula membongkokkan sedikit badanya menghadap laptop itu. Dia menekan butang on pada tubuh laptop Hafiz. Skrin laptop tersebut masih gelap tidak ada tanda-tanda mahu menyala.
Kemudian, Hadi mencabut wayar charger laptop itu lalu dia menekan tiga kali button on. Lepas tu, barulah dia cucuk semula charger laptop tersebut dan kali ini agak lama sedikit dia menekan butang on.
Selang tiga saat, laptop Hafiz itu mulai menyala.
Setelah laptop tersebut hidup, Hadi menongkat dua sikunya di atas pahanya. Jari jemarinya mula menekan dan menari pada papan kekunci laptop itu.
Sesekali Hadi membetulkan letak duduk cermin matanya dan kemudian menyambung semula menekan entah-hapa-hapa-entah di dada keyboard itu. Hafiz menganga je di sebelahnya.
Hafiz dah biasa tengok abangnya membaiki laptop atau komputer yang rosak. Saat ini, sekali lagi dia menyaksikan ketangkasan jemari Hadi menekan setiap button yang ada pada keyboard laptopnya.
Dan mata Hafiz sedikit berpinar melihat code perkataan dan nombor yang muncul berpusu-pusu di dada skrin laptopnya. Code yang langsung tidak dia fahami walau sepatah haram.
Hadi masih tenang menghadap laptop Hafiz. Wajahnya masih begitu. Mendatar seperti biasa.
Dulu Hafiz pernah dengar kawan-kawan Hadi mengatakan abangnya ni seorang komputer genius. Tak dinafikan, abangnya memang cekap mengendalikan segala hal berkaitan pc, laptop, handphone, smartphone dan gajet-gajet yang lain. Kalau nak suruh Hadi hack akaun media sosial sesiapa pun dia boleh buat dengan hanya petik jari je.
Hadi menolak sedikit laptop itu ke depan Hafiz. Laptop itu dah pun siap diservis. Laptop itu dah pun kembali hidup. Laptop itu dah boleh digunakan semula. Hafiz tersenyum.
"Thanks bro." Hafiz berkata sambil menepuk bahu Hadi. Hadi hanya mengangguk. Dia bangun dari duduk.
"Eh, kau tak nak tidur sini ke Di? Office kau kat depan tu je kan? Esok nak pegi kerja, kau pakai je baju aku." Hafiz bercakap sambil mendongak ke arah Hadi yang sudah berdiri di sebelahnya.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...