▣ bab 58

255 59 6
                                    

"So, da tiga minggu la eh akak gaduh dengan Hafiz?" Nicha bertanya.

"Haah."

"Oh patut la akak ajak kita tengok wayang esok ek, rupanya tengah gaduh dengan hubby dia. Haha."

"Kau nak teman aku ke tak ni esok?" Soal Elly malas nak melayan Nicha yang sedang memerlinya.

Salahnya juga, dulu masa sakan bercinta dengan Hafiz, memang dia keluar berdua dengan Hafiz je. Kesian si Nicha ketot ni kena tinggal sensorang kat rumah.

"Nak! Mestilah nak." Laju Nicha menjawab.

"Tadi, selain tengok wayang, kau buat apa je dengan Hadi?" Tetiba rasa nak tahu pula apa je aktiviti dua ketul makhluk tu.

"Jenjalan je pusing mall. Lepas tu makan. Solat. Then keluar masuk kedai dalam mall tapi tak beli pape. Eh, alaaa kita lupa, Hadi ada bagi kita something tadi." Nicha bagai baru tersedar dan teringat akan sesuatu.

"Dia bagi kau apa?"

"Bear. Dia bagi kita Ice bear. Aduh, tertinggal lak benda tu kat seat belakang kereta dia."

"Cemana lak boleh tertinggal?"

"Kita letak kat seat belakang masa sebelum masuk wayang, pastu masa balik kita duduk kat seat depan sebelah Hadi. Dia pun bengong lupa jugak. Haish." Bebel Nicha sambil menaip sesuatu pada smartphone nya.

"Nanti suruh la dia bagi kau Isnin ni kat office. Ok la Cha, aku masuk tidur dulu." Kata Elly sambil bangun dari sofa dan berjalan menuju ke bilik tidurnya.

"Eh jap, nak tanya. Akak tak hisap vape dah ke sekarang? Rasa macam dah lama tak nampak akak ber-vaping kat rumah."

"Aku berhenti vape dah since tahun lepas. Good night Cha. Jangan lewat sangat tidur."

Kayu. [√]Where stories live. Discover now