"Morning Cha! Nah, aku belikan your favourite coffee."
Nicha terkejut sikit. Dengan penuh pelik, dia pandang Delaila yang masih setia menyuakan secawan hot costa coffee kepadanya yang baru tiba di office pagi ini.
"Thanks." Sepatah Nicha menjawab lantas menyambut coffee tersebut.
Dia senyum sedikit janggal ke arah Delaila yang tetiba menegurnya setelah hampir empat bulan tidak mempedulikan dirinya. Tegur package bagi kopi lagi tu! Hmmm. There's something fishy going on here.
"Kau sihat?"
Nicha berkerut melihat sikap Delaila yang kelihatan jelas cuba untuk berdamai dengannya.
Apahal dengan Del ni? Dulu dia jugak yang cakap; anggap aku dengan dia tak pernah kenal. Sekarang apa cer lak ni? Desis hati Nicha.
"Sihat je alhamdulillah macam biasa. Tak sihat kalau, aku tak datang kerja." Nicha menjawab dengan senyuman janggalnya seperti tadi.
"Cha, aku nak mintak maaf sebab issue aku putus dengan Qiden tu aku salahkan kau. Aku tahu aku tak patut salahkan kau. Kau maafkan aku tak?" Soal Delaila sambil duduk di kerusinya menghadap Nicha di sebelah meja kerjanya.
"Aku dah lama maafkan kau Del. So, jangan risau."
Walaupun Nicha tak marah Delaila, tapi untuk dia akrab semula dengan rakan sekerjanya itu seperti dulu, jujur dia tak mampu. Delaila seolah-olah tak menghargai dirinya sebagai sahabat. Datang dan pergi sesuka hati.
Kopi yang diberi Delaila itu tidak dihirup barang sedikit pun. Dia tak kisah kalau Delaila nak terasa hati atau apa terhadapnya. Sebab sebelum ni wanita itu langsung tak menjaga hatinya. Kenapa pula sekarang ni dia nak kena jaga hati wanita itu?
***
"Betul ke Hadi suka perempuan tu Del?" Afiqah menyoal Delaila semasa makan tengah hari.
"Aku taktau lah Fiqa. Dia macam takmau berbaik dengan aku. Macam mana aku nak korek rahsia dia. Kau je lah tanya Hadi. Lagipun kalau Hadi suka Nicha pun, biar je lah. Hadi kayu, Nicha batu. Elok sangatlah tu bercouple, dedua membosankan." Jawab Delaila acuh tak acuh.
Dia bukan ikhlas pun nak berbaik dengan Nicha. Pagi tadi tu dia terpaksa je belikan kopi untuk gadis itu.
"Hei, Hadi tu kayu kayu pun dia still handsome ok. Tapi kan, kalau betul Hadi suka perempuan tu, kenapa diorang tak makan sama time lunch eh?"
"Nak makan sama apanya, si Nicha tu kaki tidur time lunch." Balas Delaila.
Dulu ada la sekali dua dia tengok Nicha turun untuk lunch. Itu pun dia boleh kira setahun just dua tiga kali je perempuan tu makan waktu lunch. Selain daripada tu, dia tahu Nicha memang akan tidur kat workspace nya.
Jauh di sudut hatinya, kadang Delaila rindu akan kemesraannya dengan Nicha suatu waktu dahulu. Tapi dia tahu, mereka takkan dapat jadi macam dulu dah even diorang berbaik semula. Nicha sendiri pernah cakap dengan dia dulu; 'Aku mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan. So walaupun aku dah maafkan orang tu, tak semestinya aku boleh lupa apa yang dia dah buat kat aku.'
//bila la nak jumpa penamat citer kayu ni. Hmmmmmmm.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...