"Weh, dah nak pukul satu pagi. Aku nak balik." Nicha berkata selepas dia menamatkan lagu yang dikarok bersama Qiden itu tadi.
"Eh rilek ah. Baru satu pagi. Jom lepak mamak."
"Palotak kau. Esok aku kerja lah gila."
"Dah tu kau tak nak lepak lah ni?"
"Esok lah weh. Aku dah tak larat ni. Ngantuk plus letih."
"Esok aku dah nak balik JB semula."
"Hak elah, awal noh nak balik. Abes tu kau stay mana malam ni?" Nicha membalas sambil menguap berkali-kali.
"Entah lah. Aku stay kat rumah kau boleh? Satu malam je." Qiden menjawab selamba.
"Eh mestilah boleh.... Boleh blah." Jawab Nicha. Serentak itu phone di tangannya diketuk penuh kegeraman ke kepala teman baiknya itu.
"Woi sakitlah. Aku gurau je lah ngok. Aku stay rumah abang aku malam ni. Dia cakap rumah dia area sini." Qiden menggosok perlahan kepalanya. Sakit juga kena ketuk dengan android si Nicha tu.
Selepas mereka berdua keluar dari pusat karaoke itu, Qiden menghantar Nicha pulang. Kebetulan pula Qiden datang ke sini dengan memandu kereta milik bosnya.
Semasa dalam perjalanan nak menghantar Nicha, dia sempat menelefon abangnya untuk bertanya di mana lokasi rumah sewa abangnya itu.
Tak disangka abangnya menyewa di apartment yang sama dengan Nicha. Apartment yang sama, tapi rumah berbeza.
Selepas memarkir kereta, Qiden dan Nicha keluar dari kereta bos Qiden.
Qiden berjalan di sisi Nicha. Mereka berdua menuju ke elevator apartment.
"Abang kau duduk kat blok ni jugak ke?" Nicha menyoal Qiden.
Ketika ini mereka telah pun masuk ke perut elevator dan pintu lif tertutup. Nicha menekan salah satu butang lif. Kini lif tersebut membawa mereka ke aras 7.
Waktu-waktu pagi buta macam ni, takde orang guna lif. Kalau ada pun, mungkin tu jelmaan syaiton yang menyamar jadi hantu.
"Yup. Ni dia siap bagi nombor rumah lagi hah." Jawab Qiden sambil mengunjuk isi mesej yang dihantar oleh abangnya pada telefon pintarnya ke depan muka Nicha.
Nicha membaca nombor rumah abang kepada Qiden itu hanya dalam hati.
"What? Rumah abang kau sebelah rumah aku? Serius ah weh?"
"Manalah aku tahu. Aku pun baru first time datang rumah dia yang kat sini. Sebelum ni dia stay kat Subang." Qiden membalas sambil jungkit bahu.
Lif terbuka dan mereka keluar seiring dan sejalan seindah bunga di taman. K.
"Rumah abang kau yang tu hah." Nicha memberitahu Qiden yang masih berdiri di sisinya.
Nicha membuka pintu rumahnya, manakala Qiden melangkah ke sebelah rumah Nicha.
"Weh, jumpa esok. Time lunch kita lepak k. Aku dah ngantuk gilos ni, babai."
Sejurus Nicha habis cakap macam tu, dia terus masuk ke rumahnya. Qiden hanya mampu angguk kepala. Tak sempat dia nak membalas walau sepatah perkataan.
Qiden menekan loceng rumah abangnya. Namun masih tak dibuka.
Aduh dia ni, dah tidur ke apa?
Dibuka lock pada smartphone nya dan terus dia menelefon abangnya itu.
Selang beberapa saat, masih tidak berjawab.
Confirm dia tidur mati ni. Haish.
Qiden cuba lagi dan lagi menghubungi abangnya itu. Namun masih tiada yang menyambut panggilan telefonnya. Keluhan terlepas dari bibirnya.
Dia baru bercadang nak call abang sulungnya pula. Namun telefon pintarnya berdering minta diangkat. Dilihat skrin dan nama abang ngahnya tertera di situ. Segera di-slide skrin phone itu untuk menjawab.
"Kau dah sampai ke? Sorry weh, aku berak jap tadi. Ehehe." Ujar suara di hujung talian sanun.
"Ceh, berak rupanya. Aku ingat kau dah tidur. Aku dah kat depan rumah kau ni."
Selang beberapa ketika, pintu dibuka. Amirul Hafiz muncul sambil tersenyum ke arah adiknya, Amirul Haiqal.
"Masuklah."
Qiden senyum dan melangkah masuk selepas memberi salam sejahtera sebentar tadi. Dia menghulur tangan untuk menyalam abangnya. Hafiz menyambut salam Qiden dan mereka membuat bro hug. Rindu woi lama tak jumpa.
•••
Hai guys. Salam. Aku perasan view bertambah tapi no vote or comment. So, hope korang boleh tinggalkan jejak korang kat story ni. Please do support this kayu. Kalau tak best pun korang kena support jugak. Kah. K, gurau.
ㅡmama kyna 😘
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...