▣ bab 50

282 61 17
                                    

Hari ni hari Ahad. Delaila biasanya turun ke Johor Bahru sebulan empat kali untuk bertemu Qiden si kekasih hatinya. Kebiasaannya dia datang hari sabtu dan dia akan tinggal di rumah ibu dan bapa tiri Qiden. Ahad keesokannya baru dia kembali semula ke KL.

Sebelum ni, Delaila hanya bermalam di hotel setiap kali datang ke JB. Tapi bila dah kerap sangat datang, sampai setiap minggu dia ke Johor, Qiden mengajaknya tidur di rumah ibunya.

Ibu Qiden dah pun anggap Delaila macam menantunya.

"Aunty, Haiqal dah pergi kerja ke?" Delaila bertanya perihal Qiden semasa dia turun dari tingkat atas rumah ibu Qiden dan menuju ke ruang makan.

Ketika ini ibu Qiden sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya. "Haah, baru je dia pergi tadi. Meh lah sarap dulu Del. Hari ni Del nak shopping dengan Aunty tak? Kita jenjalan dulu before Del balik KL petang ni. Nak tak?" Bicara ibu Qiden, Puan Suhaila mengajak penuh ramah.

"Del ok je Aunty. Tapi nak gerak pukul berapa tu eh?" Tanya Delaila sambil mengambil tempat di sebelah ibu Qiden.

Dia turut bersarapan bersama parents Qiden.

"Lepas breakfast ni lah kita gerak."

"Ok boleh." Jawab Delaila sambil tersenyum. Dia pun dah biasa jenjalan dengan ibu Qiden di JB ni. Dia tak boleh nak jenjalan dengan Qiden sebab lelaki tu kerja Sabtu dan Ahad.

Bengkel kereta tempat yang Qiden kerja tu cuti hari Jumaat je. Dulu kalau Qiden datang ke KL hari Sabtu atau Ahad, dia ambil annual leave sebenarnya. Cutinya hanya sehari dalam satu minggu.

Kayu. [√]Where stories live. Discover now